Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
A mother recovering from some postpartum complications

Komplikasi Postpartum: Beberapa Keadaan yang Memberi Kesan Kepada Anda Selepas Bersalin

 

Selepas anak anda dilahirkan, badan anda sedang terus berusaha untuk pulih dan memiliki kekuatan luar biasa bagi menyelamatkan dunia.

Selepas anak anda dilahirkan, badan anda sedang terus berusaha untuk pulih dan memiliki kekuatan luar biasa bagi menyelamatkan dunia. Hanya semata-mata untuk menjaga anak anda yang baru lahir. Selalunya anda akan mengalami perubahan dalam badan yang boleh ditampung dan tidak berbahaya untuk jangka masa panjang. Namun, ada masanya badan anda akan mengalami komplikasi atau masalah kesihatan selepas bersalin.


Pendarahan selepas bersalin

A mother resting after experiencing postpartum hemorrhage

Antara komplikasi postpartum yang anda mungkin hadapi adalah pendarahan selepas bersalin. Pendarahan postpartum adalah apabila terdapat pendarahan berlebihan selepas melahirkan anak. Ia berlaku apabila seorang wanita kehilangan darah lebih daripada 500ml atau 1000ml dalam tempoh 24 jam selepas melahirkan anak. Ia terjadi kerana beberapa sebab, termasuk kontraksi rahim yang lemah selepas bersalin, luka rahim atau pembekuan darah yang lemah. Keadaan ini adalah serius, jadi hubungilah pakar penjagaan kesihatan anda jika mengesyaki pendarahan selepas bersalin. Namun, ianya jarang berlaku; jadi anda tidak perlu berasa tertekan terhadap risiko untuk mengalami keadaan ini.


Jangkitan Luka Caesarean

A mother holding her stomach in pain

Jika anda telah menjalani pembedahan caesarean, anda mungkin mempunyai risiko untuk mendapat komplikasi postpartum yang tertentu iaitu jangkitan. Anda perlu menghubungi pakar penjagaan kesihatan anda jika anda mengalami sakit perut yang teruk, kemerahan di bahagian insisi dan juga lelehan dari bahagian tersebut. Ini jelas memberi kesan hanya kepada mereka yang melalui c-section; kami pasti anda kurang cenderung untuk mempunyai jangkitan luka c-section jika anda bersalin secara semula jadi.


Kemurungan selepas bersalin

A mother suffering from postpartum depression

Komplikasi postpartum bukan sahaja terhad kepada kesihatan fizikal, malah kesihatan mental juga. Seperti yang dibincangkan dalam salah satu artikel kami yang lain, kemurungan selepas bersalin bukan sahaja emosi. Ia adalah satu kesedihan, marah dan rasa bersalah yang berterusan dan boleh memberi kesan kepada anda dan cara anda menjaga anak anda. Anda mungkin rasa bersalah dan tidak cekap untuk menjaga anak anda. Anda juga mungkin mempunyai hilang selera makan. Berbincanglah dengan pakar penjagaan kesihatan yang pakar dalam kemurungan postpartum ini kerana kemurungan boleh bertahan sehingga setahun atau lebih jika tidak dirawat.


Jangkitan puerpera

A mother with an puerperal infection experiencing fever

Jangkitan puerperal adalah sebarang jangkitan bakteria pada saluran reproduktif wanita. Salah satu jangkitan yang paling biasa adalah pada rahim, di mana ia boleh berlaku jika bahagian plasenta terperangkap dalam rahim dan bukannya terpisah. Anda mungkin perasan gejala selesema, demam ringan dan kadar jantung yang lebih tinggi. Pakar penjagaan kesihatan anda mungkin mengesyorkan antibiotik.


Mastitis

A mother holding her breast, which is in pain from mastitis

Jangkitan tisu payudara anda dikenali sebagai mastitis. Ia boleh berlaku apabila saluran susu tersumbat dan susu akan terperangkap di dalam payudara. Ia mungkin juga disebabkan oleh bakteria yang memasuki payudara. Hasil keadaannya adalah kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara anda. Beberapa gejala termasuk bengkak payu dara, sakit, dan berasa tidak sihat.

Jika anda mengesyaki anda mempunyai apa-apa komplikasi selepas bersalin, anda perlulah bercakap dengan pakar penjagaan kesihatan anda untuk sebarang nasihat. Lainlah jika anda sendiri seorang doktor, perkara yang terbaik adalah untuk menyerahkan kepada mereka yang pakar.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.