MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: Childhood Allergies

Add this post to favorites

Alergi Kanak-kanak

Bagaimana untuk mengelakkan risiko alergi? Nutrisi bagi perlindungan untuk alergi makanan. Alergi makanan merupakan salah satu kebimbangan yang besar dalam kalangan ibu bapa.

7 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Bagaimana untuk mengelakkan risiko alergi?



Nutrisi bagi perlindungan untuk alergi makanan
Alergi makanan merupakan salah satu kebimbangan yang besar dalam kalangan ibu bapa. Kanak-kanak kecil mudah terdedah terhadap alergi makanan kerana sistem penghadaman dan imun mereka masih belum matang. Alergi makanan boleh menyebabkan kesengsaraan dan juga menjejaskan keselamatan anak anda! Jika alergi makanan anak anda tidak diurus secara baik, ia boleh mengakibatkan alergi kanak-kanak yang lain seperti asma dan ekzema apabila dia semakin besar nanti.


Tip-tip kesihatan untuk kesejahteraan hidup anak anda

  • Selepas usianya meningkat ke empat hingga enam bulan, anda boleh memperkenalkan makanan baru seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin satu demi satu kepada anak anda. Anda boleh mengenal pasti makanan mana yang menyebabkan reaksi alergi jika anda cuba makanan-makanan ini satu demi satu.
  • Anda juga boleh memberinya formula susu hipoalergenik yang dirumus khas dengan nutrisi yang baik. Ia dapat mengurangkan risiko anak anda mendapat alergi.


Keimunan yang kuat untuk perlindungan yang lebih baik

Berdasarkan kajian terkini dan kemajuan dalam sains makanan, terdapat makanan kanak-kanak yang diperkaya dengan ramuan-ramuan berfaedah yang dapat membantu menguatkan sistem imun kanak-kanak dan melindungi mereka daripada serangan alergi. Mari kita lihat beberapa ramuan-ramuan berfaedah ini.

Probiotik adalah bakteria berfaedah  seperti bifidobakteria, yang membantu merangsang kematangan dan fungsi kesihatan usus anak anda. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang memiliki alergi mempunyai bilangan bakteria bifidobakteria yang lebih kurang berbanding kanak-kanak tanpa alergi. Rantaian panjang asid lemak poli tak tepu (Long chain polyunsaturated fatty acids - LCPUFAs) adalah jenis lemak yang berfaedah dan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan risiko alergi. Kajian menunjukkan bahawa sejenis LCPUFA iaitu asid docosahexaenoic (DHA), boleh membantu mengurangkan risiko alergi rinitis dan asma bagi kanak-kanak sehingga usia empat tahun.


Rujukan:

  1. Björkstén B, Naaber P, Sepp E, Mikelsaar M (1999). The intestinal microflora in allergic Estonian and Swedish 2-year-old children. Clin Exp Allergy 29:342-346
  2. Nafstad P, Nystad W, Magnus P, Jaakkola JJ. Asthma and allergic rhinitis at 4 years of age in relation to fish consumption in infancy. J Asthma 2003;40:343-8 


Tolong! Anak saya ada alergi makanan!

Alergi makanan adalah satu kebimbangan besar dalam kalangan ibu bapa yang membpunyai kanak-kanak muda. Kanak-kanak kecil mudah terdedah kerana sistem penghadaman dan sistem imun mereka belum matang. Alergi kanak-kanak boleh menyebabkan kesengsaraan dan juga menjejaskan keselamatan mereka! Jika alergi makanan kanak-kanak tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menjadi bentuk alergi yang lain seperti asma dan ekzema apabila dia semakin besar nanti.

Apa yang menyebabkan alergi makanan?
Semua jenis makanan boleh menyebabkan reaksi alergi, tetapi makanan yang biasa menyebabkan alergi bagi kanak-kanak kecil ialah telur, susu lembu, kacang tanah, kacang soya dan gandum.

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini selepas makan beberapa jenis makanan, dia mungkin mengalami alergi makanan:

  • Bengkak di bahagian lidah dan tekak
  • Kesukaran bernafas
  • Gatal-gatal
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Kekejangan perut


Jumpalah doktor anda supaya dia boleh mendiagnosis anak anda dengan betul dan mengajar anda untuk menguruskan alergi anak anda.


Menjaga alergi makanan anak anda
Selain mengikuti nasihat pakar kesihatan anda, anda boleh rujuk petua berikut untuk membantu anda mengelakkan anak anda terdedah kepada makanan yang dapat menyebabkan alerginya .

  • Apabila membeli makanan, sentiasa baca label makanan dengan teliti untuk memastikan bahawa produk makanan tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan serangan alergi.
  • Apabila makan di luar, minta orang yang menyediakan makanan supaya tidak memasuki ramuan-ramuan yang boleh mencetuskan alergi anak anda.
  • Beritahu mereka yang akan memberi anak anda makan apabila anda tiada (jagaan harian, pengasuh) tentang alergi anak anda.
  • Sentiasa bawa bersama dan arif menggunakan suntikan adrenalina dan antihistamin untuk merawat reaksi alergi anak anda semasa kecemasan. Ajar ahli keluarga dan orang lain yang rapat dengan anak anda untuk menggunakan adrenalina. Pakaikan gelang ID yang menerangkan alergi anak anda pada tangannya.
  • Anda boleh memberi anak anda NANKID® OPTIPRO® HA 3 yang kurang alergenik dan lebih mudah dihadam berbanding dengan susu lembu biasa.


Rujukan:

  • Exl BM, Fritsche R. Cow’s milk protein allergy and possible means for its prevention. Nutrition 2001; 17 (7/8): 642-651.
  • Of an expert panel meeting, Meeting report: Reducing Allergy Development in Infants, June 5, 2001.
  • Sicherer SH, et al. Maternal & infant diets for prevention of allergic diseases: understanding menu changes in 2008. J Allergy Clin Immunol 2008; 122: 29-33..


Memahami serangan alergi
Ketahui dengan lebih lanjut tentang alergi kanak-kanak supaya anda boleh melindungi anak anda daripada kesengsaraan yang disebabkan alergi. Anda boleh mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk membantu anak anda setelah anda mengetahui bagaimana serangan alergi berlaku dan faktor-faktor yang mencetuskan serangan ini.


Apabila diserang alergi
Bahan yang menyebabkan seseorang alergi dipanggil alergen. Alergen biasanya tidak berbahaya dan tidak akan mencetuskan sebarang reaksi apabila orang biasa terdedah kepadannya. Apabila orang yang alergi terdedah kepada alergen tersebut, sistem imunnya akan mengenal pasti alergen ini sebagai bahan-bahan berbahaya dan bertindak balas secara luar biasa dengan melepaskan pelbagai bahan kimia yang menyebabkan tanda alergi.
Rajah di bawah meringkaskan apa yang berlaku apabila anak anda terdedah kepada alergen.

Jenis-jenis reaksi alergi

Reaksi alergi Tanda-tanda
Rinitis Kesesakan hidung, bersin, gatal-gatal hidung, lelehan hidung, gatal-gatal dalam telinga atau bumbung mulut
Alergi konjunktivitis Mata yang merah, gatal, dan berair
Dermatitis atopik Kulit yang merah, gatal, dan kering
Urtikaria Ruam gatal atau kudis
Dermatitis sentuhan Ruam gatal
Asma Sesak nafas, batuk, berdehit


Jika anda mengesyaki anak anda mempunyai alergi kanak-kanak, jumpalah doktor dengan segera. Doktor akan mengemukakan beberapa soalan dan menjalankan pemeriksaan fizikal sebelum membuat diagnosis sama ada anak anda beralergi dan juga untuk mengesyorkan ubat-ubatan yang sesuai.


Alergi kanak-kanak: adakah anak anda berisiko?
Biasanya, sistem imun kita dapat membezakan antara bahan-bahan asing yang tidak berbahaya (seperti protein makanan) dan bahan-bahan asing yang berbahaya (seperti kuman). Oleh itu, apabila anak anda mempunyai alergi, sistem imunnya bertindak balas secara luar biasa kepada bahan-bahan asing yang tidak berbahaya dan seterusnya menyebabkan reaksi alergi. Bahan yang menyebabkan seseorang alergi dipanggil alergen. Reaksi-reaksi alergi boleh memberi kesan kepada mata, hidung, tekak, paru-paru, kulit, atau saluran usus anak anda kerana badannya cuba untuk menghalang alergen dari menyerang.


Risiko kepada anak anda
Kes alergi semakin meningkat di banyak negara, termasuk Malaysia. 1 hingga 3 rakyat Malaysia dianggarkan mengalami beberapa bentuk alergi! Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda pasti ingin melindungi anak anda daripada kesengsaraan yang disebabkan oleh serangan alergi. Alergi juga boleh menjejaskan kehidupan anak anda yang bahagia dan aktif.

Kecenderungan untuk mendapat alergi boleh diwarisi melalui gen anda. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak berisiko untuk mendapat alergi jika salah seorang ibu bapa atau adik-beradiknya mempunyai alergi. Risikonya adalah lebih tinggi jika kedua-dua ibu bapa mempunyai sejarah alergi. Namun begitu, sesetengah kanak-kanak boleh mendapat alergi walaupun tiada sesiapa dalam kalangan ahli keluarga mereka beralergi.

  Risiko Rendah Risiko Tinggi
Sejarah Keluarga Tiada sejarah alergi Satu atau lebih ahli keluarga dekat dengan alergi
Kemungkinan kanak-kanak mendapat alergi 5 – 15% 20 – 40% 50 – 80%


Jika anda atau ahli-ahli keluarga anda mempunyai alergi, tanyalah doktor anda sama ada anak anda berisiko tinggi untuk mendapat alergi. Doktor anda juga boleh menasihati anda bagaimana untuk mengurangkan risiko anak anda.


Alergi
Reaksi alergi berlaku apabila badan tersilap menganggap bahan yang tidak berbahaya sebagai bahan berbahaya; dalam erti kata lain, ia merupakan satu tindak balas pertahanan terhadap serangan yang sebenarnya tidak wujud. Terdapat banyak tanda-tanda alergi yang senang dilihat. Yang paling biasa ialah ekzema, ruam, masalah penghadaman atau kesukaran untuk bernafas. Amalan kebersihan dan pencegahan makanan tertentu boleh membantu mencegah alergi. Ibu bapa perlu memberi perhatian khusus kepada sejarah alergi keluarga.


Persekitaran yang sihat:
Rumah merupakan tempat pembiakan alergen. Debu di dalam permaidani dan perabot, dan bulu haiwan peliharaan adalah punca alergi yang paling biasa. Untuk menangani punca-punca alergi yang biasa ini, anda boleh udarakan bilik di rumah anda setiap hari. Lapkan perabot dengan air, jangan hanya menggunakan pembersih vakum. Gunakan penutup tilam anti-hama dan tukar cadar setiap minggu untuk mengurangkan penyebaran hama.


Alergen utama di alam sekitar:

Hama dan lain-lain jenis debu. Hama yang bersaiz mikroskopik dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar sering menyerang rumah kita. Mereka menjadikan permaidani, langsir, tilam dan juga mainan lembut sebagai habitat mereka. Habuk pula mudah dihidu. Oleh itu reaksi alergi sering berkaitan dengan pernafasan, contohnya rinitis kronik dan asma dengan hidung yang tersumbat dan mata berair.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.