MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Artikel

PLAYING: Is a Germ-Free Home Free From Allergy?

Add this post to favorites

Adakah Rumah Tiada-Kuman Menjadikannya Rumah Bebas-Alergi?

Sebagai ibu bapa, antara perkara yang dibimbangkan semasa membesarkan anak-anak adalah kuman di sekeliling rumah. Tiada ibu bapa yang ingin melihat Si Manja mengalami reaksi alergi atau tanda alergi seperti ruam alergi.

4 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Sebagai ibu bapa, antara perkara yang dibimbangkan semasa membesarkan anak-anak adalah kuman di sekeliling rumah. Tiada ibu bapa yang ingin melihat Si Manja mengalami reaksi alergi atau tanda alergi seperti ruam alergi. Ramai yang percaya bahawa kuman adalah punca segala penyakit, dan kerana itu rumah kita mestilah bersih dan tanpa kuman. Yang paling merisaukan adalah apabila rakan sekelas atau jiran menghidapi selesema yang mudah berjangkit! Walaupun kuman dan kebersihan perlu diberikan perhatian, keseimbangan juga penting untuk mencipta persekitaran yang sihat untuk Si Manja yang sedang membesar. Berikut adalah beberapa langkah-langkah untuk menjadikan rumah anda bebas-alergi.

Sebagai permulaan, rumah yang 99.9% tiada kuman tidak bermakna ia tiada alergen atau rumah bebas-alergi. Bagaimana Si Manja bertindak balas terhadap alergen adalah punca berlakunya alergi. Walaupun kotoran telah dibersihkan sepenuhnya, alergi masih boleh berlaku. Malah, alergi Si Manja boleh berpunca daripada reaksinya terhadap makanan tertentu seperti produk tenusu. Keadaan ini dikenali sebagai alergi makanan.  

Satu lagi fakta mengenai kuman adalah apabila Si Manja terdedah kepada kuman secara semulajadi, ia boleh menawarkan perlindungan dan imun yang lebih kuat pada kemudian hari. Ingatlah, sistem imun kanak-kanak perlu dilatih untuk menjadi lebih kuat. Seperti vaksin, pendedahan kepada kuman tertentu akan melatih sistem imun Si Manja untuk menentangnya. Apabila sistem imunnya telah biasa dengan bakteria tersebut, ia akan bertindak sewajarnya ke atas bakteria tersebut.

Untuk memiliki rumah yang bebas-alergi, ia juga amat penting untuk mengekalkan tahap kebersihan yang baik. Terdapat sesetengah tanda-tanda alergi yang boleh dicetuskan oleh alergen di rumah. Sebagai contoh, jika Si Manja alergik kepada hama habuk rumah (HMD), anda dinasihatkan agar membasuh cadar dengan air suam sekurang-kurangnya sekali seminggu dan jemur tilam serta bantal untuk membunuh HMD yang tersembunyi di situ. 

Antara langkah-langkah yang paling penting untuk mengawal alergi Si Manja adalah cuba kenal pasti pencetus alerginya dan tindak balas Si Manja terhadap alergi terdebut. Anda juga boleh minta pakar kesihatan anda melakukan ujian alergi. Ia akan membantu anda menguruskan tanda-tanda alergi dengan lebih baik sama ada dengan mengelakkan pencetus tersebut sepenuhnya atau mengurangkan pendedahan terhadapnya. Antara tanda-tanda biasa alergi termasuklah hidung yang gatal, berair atau tersumbat, bersin, gangguan salur pernafasan, batuk, sakit dada, terbersit, sesak nafas serta mata yang gatal, berair atau bengkak.

Jika Si Manja mengalami alergi, jangan lupa untuk merujuk kepada doktor untuk rawatan yang sewajarnya. Rawatan yang sesuai untuk orang dewasa tidak semestinya boleh digunakan untuk Si Manja.

Akhir sekali, jangan salahkan diri anda apabila Si Manja mengalami alergi. Kadang-kadang rumah yang paling bersih pun tidak mampu mencegah berlakunya alergi. Namun, ia adalah penting untuk anda sentiasa bersedia untuk bertindak mengikut nasihat doktor apabila Si Manja diserang alergi.

Tahukah anda?

Reaksi alahan di kalangan kanak-kanak seperti gatal-gatal, ruam dan perut kembung adalah tanda-tanda awal untuk alergi. Pemilihan protein yang tepat dalam diet Si Manja boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan ini. NANKID OPTIPRO® HA® 3 menggunakan Gentle Protein*, iaitu protein daripada susu lembu yang melalui proses NESTLÉ yang unik, menjadikannya 10x lebih kecil. Ianya menjadikan protein senang untuk dihadam dan mengurangkan kesan alergi atau reaksi alahan buat Si Manja.

Dengan NANKID OPTIPRO® HA® 3, anak anda bebas untuk terokai dunia dengan selesa.  

NANKID OPTIPRO® HA® 3 mengandungi Protein Hidrolisis, DHA & ARA dan 100 juta Probiotik B. lactis

*Merujuk kepada Protein Hidrolisis

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.