Feed icon
Artikel

Title Minggu ke-7 kehamilan: Perkembangan dan diet

Anak di dalam kandungan anda cukup mengagumkan dengan saiz 18 mm panjang. Walaupun anda belum merasakannya, tapi dia terus berkembang. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

2 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-7

Hi, bagaimana dengan kandungan anda hari ini?

Mengidam untuk makan benda-benda masam sebenarnya lebih daripada klise semasa hamil. Perkara yang anda suka sebelum hamil mungkin berubah sekarang. Malah minyak wangi kegemaran anda kini boleh membuat anda muak. Tabiat anda mungkin berubah kerana tahap perubahan hormon anda memberi kesan kepada deria bau anda. Keinginan baru anda kini mungkin mengidam untuk makan jeruk. Malangnya, anda juga mungkin mengidam benda-benda yang anda tidak suka sebelum ini. Ramai bakal ibu mengalami masalah loya, terutamanya pada awal pagi.

Dengan terbentuknya otot pertama, si manja anda kini mampu bergerak sedikit. Kaki dan lengan semakin membesar, siku terbentuk dan jari kaki dan jari tangannya mula kelihatan seperti jari 'sebenar'. Semua organ penglihatan juga terbentuk dengan baik. Banyak juga perubahan minggu ini!

PEMAKANAN

Tubuh anda kini di bawah pengaruh hormon semula jadi. Ia perlu menyimpan beberapa tisu lemak untuk mula bersiap sedia untuk menghadapi bulan-bulan terakhir kehamilan dan selepas itu penyusuan susu ibu. Semasa trimester pertama, jika anda memulakan kehamilan anda pada berat badan yang sihat, anda mungkin tidak perlu makan lebih banyak kalori. Walau bagaimanapun, pastikan anda mengambil makanan dari setiap kumpulan makanan, dan berbincang dengan doktor anda tentang multi-vitamin dan suplemen mineral yang direka khusus untuk wanita hamil.

TIP

Sedar tak anda tidak suka dengan makanan yang berbau kuat kebelakangan ini? Itu normal! Adalah menjadi perkara biasa semasa hamil cuba mengelakkan daripada makanan tertentu dan lebih-lebih lagi yang mempunyai bau yang kuat, terutamanya semasa trimester pertama. Untuk mengatasi masalah ini, hanya pilih makanan yang 'serupa', iaitu satu dalam kumpulan makanan yang sama. Jadi, jika tak tahan bau hanyir ikan, makanlah ayam atau daging putih yang lain. Jika anda tidak boleh memakan sayur-sayuran berwarna oren atau kuning, gantikannya dengan memakan lebih banyak buah-buahan yang kaya dengan nutrien yang sama, seperti betik dan buah pic.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.