Feed icon
Artikel

Minggu ke-3 Kehamilan: Perkembangan dan pemakanan

Anda berada di permulaan perjalanan kehamilan anda. Tidak banyak yang boleh anda lihat pada peringkat ini, tetapi itu tidak bermakna tidak banyak perkara yang sedang berlaku.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-3

Hi, selamat datang ke kalendar kehamilan minggu demi minggu kami! Pada mulanya ‘rutin’ bulanan anda tidak datang seperti kebiasaannya. Anda mungkin merasakan ia lewat sedikit. Tetapi kemudian, dalam hati anda berkata “adakah aku…?” Lalu anda memutuskan untuk membuat ujian kehamilan dan keputusannya positif. Tahniah! Perjalanan yang indah akan bermula, salah satu anugerah terbaik dalam hidup anda. Sememangnya tiada apa yang dapat dilihat lagi pada peringkat ini, tetapi ianya tidak lama.

Jantung janin mula berdenyut! Dari gumpalan kecil, cakera embrio yang akan menjadi si manja anda kini sudah terdiri daripada tiga lapisan sel yang akan membentuk pelbagai bahagian tubuhnya. Proses menakjubkan ini - lapisan dalaman, endoderma, akan membentuk organ-organ saluran pencernaan, hati, pankreas dan organ-organ sistem pernafasannya. Lapisan luar, ektoderma, akan membentuk sistem saraf dan organ-organ yang berbeza serta kulit, kuku dan rambutnya. Lapisan ketiga akan membentuk sebahagian besar struktur rangka, jantung, saluran kencing dan organ seksualnya. Di tengah-tengah mesoderma adalah notokord yang akan berfungsi sebagai tulang belakang sementara dan di mana sistem saraf pusat, otak dan kepala akan terbentuk. Cakera embrio berkembang dari kira-kira 0.4 mm pada awal minggu hingga 1.5-2.5 mm menjelang akhir minggu.

PEMAKANAN

Menjaga diri sendiri dan apa yang anda makan kini lebih penting daripada sebelumnya. Persoalan yang sering timbul adalah "Adakah saya perlu makan untuk dua orang?" Tidak, ibu mengandung tidak perlu "makan untuk dua orang", yang bermaksud dua kali lebih banyak daripada apa yang biasa mereka makan. Tetapi anda perlu memilih makanan berkualiti tinggi yang mengandungi semua nutrien penting. Dua nutrien yang penting untuk perkembangan janin pada peringkat awal kehamilan adalah asid folik dan zat besi.

Asid folik membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran tulang belakang dan otak yang dipanggil kecacatan tiub neural. Ia juga membantu tubuh menghasilkan sel-sel baharu. Sayur-sayuran berdaun hijau yang gelap, seperti kubis daun dan bayam sangat kaya dengan asid folik. Kacang kering dan kacang pea, oren, bijirin dan bijian yang diperkuat dengan asid folik adalah sumber tambahan yang baik. Amat penting pada minggu-minggu awal, asid folik membantu tiub neural si manja anda berkembang ke tulang belakang dan otak mereka.

Zat besi adalah nutrien penting untuk diambil semasa kehamilan, kerana tubuh anda memerlukannya lebih daripada biasa. Kewujudan insan kecil di dalam kandungan anda membawa kepada peningkatan jumlah darah akibat pembentukan janin dan uri. Zat besi membantu menyalurkan oksigen melalui darah, dan diperlukan untuk pembahagian sel dan untuk pertumbuhan si manja yang sihat di masa depan.

Sumber zat besi terbaik termasuk dari haiwan seperti daging merah, ikan dan ayam. Kacang kering, kacang dan lentil, bayam, buah-buahan kering dan bijirin sarapan yang diperkuat dengan zat besi juga merupakan sumber yang baik. Makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti oren, tomato, dan strawberi akan membantu tubuh anda menyerap zat besi dari sumber bukan haiwan. Sentiasa dapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan anda jika anda bimbang anda mungkin tidak memenuhi keperluan anda sebelum mengambil sebarang vitamin atau mineral tambahan.

TIP

Sesetengah makanan harus dielakkan sama sekali semasa hamil. Makanan laut mentah yang berpotensi mengandungi toksin boleh mendatangkan risiko kepada janin. Tak salah pun lupakan sementara kerang, tiram mentah, sushi & sashimi dan juga ikan salmon. Daging, ayam dan telur mentah atau kurang masak juga mungkin mengandungi bakteria yang boleh membahayakan si manja yang sedang berkembang. Jadi cuci sayur-sayuran anda dengan sempurna dan elakkan mengambil mayonis atau sos salad yang dibuat daripada telur mentah.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.