MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel

PLAYING: 13-Week Pregnant: Development and Diet

Add this post to favorites

Minggu ke-13 kehamilan: Perkembangan dan diet

Permulaan trimester kedua bermakna bermulanya pelbagai perkembangan baru dalam kandungan anda. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

2 minit hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-13

Apa khabar bakal ibu semua? Selamat datang ke trimester baru kehamilan anda!

Biasanya, pada akhir bulan ketiga semua 'ketidakselesaan' kecil di awal kehamilan mula lenyap dan anda seharusnya merasa cukup selesa. Ambil setiap kesempatan yang ada untuk menikmati udara segar di luar.

Banyak perkembangan baru akan berlaku minggu ini. Anak anda sudah boleh menelan cecair amnion, yang diserap oleh saluran pencernaannya dan dikumuh sebagai air kencing melalui buah pinggangnya yang telah pun berfungsi. Kulitnya mempunyai sel-sel yang dipanggil melanosit yang akan berperanan untuk pigmentasi kulitnya selepas dia dilahirkan. Tulang-tulangnya terus terbentuk dan rangka kecilnya turut terbina secara beransur-ansur. Comelnya dia!

PEMAKANAN

Seperti yang anda ketahui, apabila anda hamil keperluan pemakanan anda berubah kerana anda perlu menampung pemakanan anak anda yang semakin membesar serta anda sendiri. Walaupun anda memerlukan kira-kira 50% lebih daripada beberapa nutrien penting untuk mewujudkan persekitaran yang terbaik bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anda, ini tidak bermakna anda perlu makan 50% lebih banyak kalori! Semasa trimester kedua, kira-kira 340 kalori lebih daripada apa yang anda makan sebelum anda hamil boleh memberi anda berat badan yang sihat dan tenaga yang cukup untuk anak anda. Adalah penting untuk anda memilih kalori dengan bijak: perubahan kecil boleh membawa perbezaan yang besar. Sebagai contoh, sarapan telur atau bijirin diperkuat membekalkan zink serta protein. Zink adalah mineral yang membantu membina sistem imun yang sihat dan protein adalah pembina untuk pelbagai keperluan, dari enzim hingga antibodi. Segelas susu atau yogurt akan memberi anda kalsium yang turut mengandungi vitamin D, adalah asas untuk tulang dan gigi yang sihat. Sepotong atau dua roti bakar bijirin penuh, bersama-sama dengan sepotong kecil buah-buahan, menyediakan serat dan karbohidrat, sumber tenaga utama untuk anda dan anak anda.

TIP

Anda merancang untuk penyusuan susu ibu? Kelebihan susu ibu untuk si manja anda (dan anda) sememang terbaik dan kehamilan adalah masa yang tepat untuk bersedia.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.