Feed icon
Artikel

Minggu ke-12 kehamilan: Perkembangan dan diet

Tahniah! Anda kini hampir ke penghujung trimester pertama. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

WEEK 12 DEVELOPMENT

Hi apa khabar bakal ibu semua! Diam tak diam dah 12 minggu usia kandungan anda kan? Ada 2 berita baik minggu ini. Pertama - pada akhir trimester pertama kebanyakan ibu mengatakan bahawa rasa loya mereka hilang dalam sekelip mata. Kedua - pada masa inilah anda mula merasa si manja anda bergerak, ia biasanya bermula sekitar bulan ke-4 kehamilan. Teruja kan? Tapi, jangan pula risau kalau ia tak berlaku dengan serta-merta, terutamanya jika anda kali pertama mengandung. Anda mungkin tidak tahu apa rasanya. Ia bukan macam rasa ‘gempa bumi’, perlahan jer sebenarnya, macam rasa ada rama-rama terbang dalam perut anda. Apabila anda merasakannya, anda boleh menggosok perut anda dan ucapkan salam!

Dengan berakhirnya trimester pertama, anda kini boleh melihat wajah si manja anda. Ya, wajahnya memang cantik! Sumsum tulangnya menghasilkan sel darah sendiri, tetapi hati dan limpa (yang menghasilkan sel darah merah) akan menghasilkan sebahagian besar sel darah sehingga kelahiran. Selepas kelahiran, ia akan meneruskan fungsi penting ini sepanjang hayat anak anda. Jika si manja anda anak lelaki, zakarnya sudah jelas kelihatan semasa ujian ultrasound. Sekarang, terpulanglah kepada anda untuk memberitahu jantina si manja anda kepada keluarga dan kawan-kawan ataupun tidak. Tapi, kalau nak buat surprise, ikutlah kata Siti Nurhaliza ‘biarlah rahsia’!

PEMAKANAN

Asyik lapar je? Walaupun anda tidak memerlukan lebih banyak kalori daripada sebelum anda hamil atau semasa trimester pertama anda, tidak lama lagi anda memerlukan kira-kira 340 kalori tambahan semasa trimester kedua untuk menyokong anak anda yang semakin membesar. Mendapatkan kalori tambahan dengan mengambil makanan berkhasiat dan makanan ringan dari lima kumpulan makanan (buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, tenusu, dan daging/ikan/makanan berprotein) akan membantu anak anda membesar dan berkembang dengan sihat - baik di dalam rahim anda mahupun dalam kehidupannya di masa depan. Tapi, berapakah jumlah kalori tambahan dalam makanan yang sihat? Sediakan 1 hidangan roti bijirin penuh, ditambah dengan 60g dada ayam, 1 sudu teh mayonis, sayur-sayur dan tomato. Tambahkan sepotong kecil buah-buahan dan ½ gelas susu untuk diminum. 'Hidangan mini' yang sihat ini mengandungi kira-kira 340 kalori.

TIPS

Ramai wanita tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika mereka jatuh sakit semasa hamil. Demam selsema atau sakit perut biasanya tidak meninggalkan kesan ke atas anak di dalam kandungan. Apa yang penting maklumkan kepada pakar sakit puan anda tentang sebarang penyakit kerana mereka tahu apakah rawatan dan ubat mana yang boleh membantu seorang ibu tanpa menjejaskan anak di dalam kandungannya. Jangan cuba memilih ubat sendiri.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.