Feed icon
Artikel

Memupuk Tabiat Makan yang Sihat

Apabila usianya bertambah, tabiat makan Si Manja turut mengalami perubahan. Pada usia ini, kanak-kanak biasanya kurang makan dan semakin memilih makanan yang diinginkan.

3 minit
hingga baca
By Danial Ahmad , Author
Feb 19, 2021

Apabila usianya bertambah, tabiat makan Si Manja turut mengalami perubahan. Pada usia ini, kanak-kanak biasanya kurang makan dan semakin memilih makanan yang diinginkan. Kemahiran motor mereka juga berkembang dan semakin baik apabila mereka lebih kerap bermain dan kurang tidur. Pada peringkat ini, anda seharusnya terus memupuk tabiat makan yang sihat di samping menyediakan diet yang seimbang dan konsisten untuk Si Manja.

Ada ketikanya Si Manja mudah terleka dengan persekitarannya. Dia suka merangkak di sekeliling rumah atau mencari permainan baru yang boleh disentuh dan dimain berbanding dengan duduk dan makan di atas kerusinya. Apabila Si Manja ingin makan, anda mungkin mendapati mereka agak memilih tentang makanan yang disediakan. Walaubagaimanapun, anda masih boleh menggalakkan Si Manja makan secara sihat dengan menambahkan snek sihat ke dalam diet biasa mereka. Contohnya dengan mencampurkan sayur seperti lobak merah yang diracik halus ke dalam bijirin mereka atau buah berwarna yang boleh menarik minat mereka. Untuk lebih kreatif, sediakan bijirin mengikut resipi menjadi biskut sihat yang boleh digigit. Satu lagi cara untuk memastikan tabiat makan yang sihat untuk Si Manja makan adalah dengan makan bersama keluarga. Apabila Si Manja semakin besar dan aktif, dia boleh mula menyesuaikan dirinya mengikut waktu makan anda sekeluarga dan memupuk tabiat makan yang sihat.

Untuk memastikan perut Si Manja dapat menyerap lebih nutrisi, cubalah Bijirin Bayi CERELAC® untuk kanak-kanak berumur 12 bulan yang dirumus khas dengan menggunakan teknologi CHE (Cereals Hydrolysed Enzymatically). Kaedah ini memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam. Ia juga mengandungi probiotik B.lactis yang membantu memperbaiki mikroflora usus yang berfaedah dalam sistem penghadaman Si Manja dan mengurangkan risiko cirit-birit. CERELAC® untuk kanak-kanak berumur 12 bulan mengandungi multibijirin boleh meningkatkan citarasa Si Manja untuk menerima pelbagai rasa dan tekstur yang berlainan.

Jangan rasa bimbang walaupun tabiat makan Si Manja sedang berubah. Anda harus terus memberikan diet yang seimbang daripada kumpulan makanan berlainan. Namun, jika Si Manja menunjukkan sikap atau cara di luar kebiasaannya, rujuklah kepada pakar pediatrik Si Manja.

Setiap detik yang dilalui bersama Si Manja semasa dia membesar adalah memori yang indah dan penuh keterujaan. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tumbesaran kanak-kanak, layari bahagian Pengenalan Makanan Pelengkap. Jangan lupa untuk mencuba sajian enak dan seimbang yang kami sediakan dalam Sudut Resipi kami. Si Manja pasti suka mencuba resipi-resipi yang berlainan!

 

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.