Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
A baby crying after vomitting

Bayi Muntah? Ketahui Punca dan Cara untuk Mengatasinya

 

Secara umumnya setiap bayi pernah mengalami muntah-muntah yang seringkali membuatkan ibu bapa menjadi risau dan cemas.

Secara umumnya setiap bayi pernah mengalami muntah-muntah yang seringkali membuatkan ibu bapa menjadi risau dan cemas. Terutamanya bagi pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata. Namun muntah itu adalah satu gejala bukannya penyakit, jadi ibu bapa tidak perlulah memikirkan sesuatu yang buruk akan berlaku tetapi memikirkan cara mengatasinya terlebih dahulu.


Apa itu Muntah atau Jeluak?
Muntah atau jeluak merupakan dua perkara lazim yang seringkali berlaku pada semua bayi. Perbezaan antara dua perkara ini adalah berdasarkan pada kesannya. Muntah adalah reaksi semula jadi badan untuk memaksa keluar kandungan dalam perut manakala jeluak pula adalah luahan cecair seperti susu dalam kuantiti yang kecil. Namun bayi muntah atas pelbagai sebab yang perlu anda tahu dengan lebih lagi.


Anak anda menyesuaikan diri
Ia adalah satu kebiasaan jika anak anda muntah dengan kerap dalam beberapa bulan pertama kehidupan setiap bayi. Ini kerana kanak-kanak sedang menyesuaikan diri dengan penyusuan ibu serta pembesaran mereka. Muntah ini juga dipanggil sebagai masalah refluks.


Pemberian susu formula yang berlebihan
Antara punca-punca yang mengakibatkan anak anda muntah ialah kerana diberikan terlalu banyak susu.


Teknik penyusuan yang salah
Teknik penyusuan yang tidak betul juga mengakibatkan anak anda menghirup lebih banyak udara yang menjadi punca mereka kembung perut serta kerap muntah beberapa kali.


Batuk atau jangkitan lain    
Batuk akibat jangkitan pada tekak atau paru-paru juga boleh membuatkan bayi muntah. Ada juga bayi yang tercekik akibat tersedak atau tertelan muntah dan menyebabkan masalah pernafasan.

Antara jangkitan sistemik yang memberi kesan pada seluruh badan anak anda adalah seperti jangkitan air kencing, darah, dan otak. Radang perut dan usus kecil juga merupakan punca-punca lain yang mengakibatkan muntah.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, sebagai ibu bapa anda perlulah bertanggungjawab dalam mengatasi masalah yang dihadapi anak anda.


Kerap sendawakan bayi selepas penyusuan
Antara cara-cara bagi mengatasinya ialah jika bayi muntah kerana mengalami kembung perut, sendawakan bayi dengan kerap selepas penyusuan. Sendawa menandakan susu telah selamat masuk ke dalam bahagian perut. Kemungkinan muntah akan semakin berkurangan.


Bertukar susu jika diberi susu formula mengikut nasihat doktor
Anda disarankan untuk menukar susu formula jika doktor mengesyaki anak anda mengalami masalah alergi. Ibu yang menyusukan bayi pula dinasihatkan untuk menukar pemakanan mereka selama satu hingga dua minggu jika perkara ini berlaku.


Kerap mengurut badan anak anda
Amalkan mengurut badan anak anda dengan kerap dan cara yang betul supaya dapat mengurangkan risiko refluks dan kembung perut. Mengurut bukan sahaja dapat menenangkan mereka malah dapat melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan otot-otot mereka.


Cara pemberian susu yang betul
Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang sebelah lagi.Menyusu dengan kadar yang sedikit dan mengehadkan setiap penyusuan kurang daripada 30 minit sekiranya anak anda menyusu botol. Jarakkan penyusuan seterusnya dalam 2 jam atau kurang kerana perut mengambil masa untuk kosong semula.

Ibu bapa haruslah peka dalam membezakan dua perkara ini kerana muntah yang berulang kali boleh mendatangkan masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan kanak-kanak. Lebih bahaya lagi kanak-kanak boleh mengalami penyakit yang serius.


Adakah muntah ini boleh menjadi lebih serius?
Namun ia juga bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal sekiranya muntah anak anda mengandungi sedikit cecair hempedu atau darah. Jika perkara ini berlaku, bayi anda perlu dibawa segera ke hospital untuk berjumpa doktor atau pakar pediatrik untuk pemeriksaan lanjut serta rawatan tertentu. Pastikan kesihatan anak anda sentiasa dalam keadaan yang terkawal dan teratur untuk terus membesar.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.