Feed icon
Artikel

3 Langkah Mudah untuk Meningkatkan Imuniti Si Manja

Sistem imun Si Manja ialah pertahanan utama tubuh terhadap mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit. Tanpa sistem imun yang kuat untuk melindungi Si Manja, dia mungkin terdedah kepada pelbagai penyakit.

2 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Sistem imun Si Manja ialah pertahanan utama tubuh terhadap mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit. Tanpa sistem imun yang kuat untuk melindungi Si Manja, dia mungkin terdedah kepada pelbagai penyakit. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk menggalakkan sistem imun yang sihat.

1. Tingkatkan Kesihatan Usus Si Manja
Oleh sebab usus ialah organ imun terbesar dan 80% daripada sel-sel yang menghasilkan antibodi terdapat dalam usus, pengambilan nutrisi yang betul adalah sangat penting.

  • Cubalah probiotik. Ia merupakan populasi besar bakteria berfaedah seperti probiotik L. reuteri untuk menyokong usus yang sihat dan juga melindungi badan daripada jangkitan bakteria berbahaya.
  • Pastikan Si Manja mendapat fiber dan air yang mencukupi setiap hari. Ini membolehkan pergerakan makanan dalam sistem penghadaman.


2. Bersenam Bersama-sama
Senaman adalah salah satu aspek penting dalam amalan gaya hidup sihat, dan Si Manja juga harus digalakkan bersenam.

  • Senaman boleh membantu mengawal berat badan, meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan melindungi badan daripada penyakit.
  • Walaupun tiada bukti mengenai perkaitan antara senaman dan peningkatan sistem imun, bersenam secara kerap boleh menjadikan badan sihat dan kurang jatuh penyakit.
  • Senaman boleh membantu Si Manja mengekalkan berat badan yang sihat kerana ia merupakan salah satu cara untuk mengelakkan penyakit tertentu.


3. Kekalkan Kebersihan Diri Si Manja
Pastikan Si Manja mengamalkan tabiat kebersihan diri yang baik, terutamanya selepas menjalankan aktiviti seperti ke bilik air, membelai haiwan peliharaan atau bermain di luar.

  • Jika anda atau pasangan anda berasa tidak sihat, elakkan daripada menyebarkan bakteria yang berbahaya.
  • Pastikan barang-barang peribadi yang tercemar seperti berus gigi tidak digunakan oleh Si Manja.


Jika anda ingin melengkapi pemakanan Si Manja dengan susu formula yang diperkaya, cubalah LACTOGROW®. Ia mengandungi probiotik L. reuteri yang boleh membantu sistem penghadaman Si Manja agar perut Si Manja selesa! 

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.