MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Artikel

PLAYING: Growing Up with a Healthy Eq (Emotional Intelligence)

Add this post to favorites

Tumbesaran dengan EQ (Kebijaksaan Emosi) yang sihat

Sebagai ibu bapa, anda semestinya inginkan yang terbaik untuk Si Manja. Kami ingin menyerlahkan potensi Si Manja dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. 

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

Sebagai ibu bapa, anda semestinya inginkan yang terbaik untuk Si Manja. Kami ingin menyerlahkan potensi Si Manja dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. Anda tidak harus menumpukan perhatian anda hanya pada perkembangan Si Manja dan melupakan kebijaksanaan emosi Si Manja.

Si Manja yang ceria akan membesar dengan lebih hebat berbanding dengan kanak-kanak yang merajuk, menangis dan mengamuk. Oleh sebab itu, peranan anda sebagai ibu bapa amat penting. Kebolehan untuk mengawal emosi adalah dikenali sebagai kebijaksanaan emosi (EQ). Seorang yang mempunyai EQ yang tinggi adalah seorang yang mempunyai pengetahuan yang baik tentang diri sendiri. Dia juga dapat menerima diri sendiri serta sensitif kepada isyarat-isyarat emosi yang lain. EQ yang tinggi akan bantu menyokong asas pertumbuhan yang sihat untuk Si Manja.

EQ kanak-kanak bermula dengan hubungan yang erat antara Si Manja dan anda. Anda perlu mendapatkan kepercayaan dan keselesaan Si Manja terlebih dahulu agar dia boleh menunjukkan emosinya terhadap anda secara jujur. Salah satu cara untuk membina kepercayaan ini adalah dengan berada bersama Si Manja apabila mereka memerlukan anda, contohnya apabila Si Manja mempunyai hari yang buruk ataupun mengamuk. Apabila hubungan anda dan Si Manja telah kukuh, inilah masanya untuk mengajar Si Manja tentang emosi dan perasaan yang kuat. Si Manja perlu faham bahawa setiap orang mempunyai emosi, tetapi ia adalah penting untuk menguruskan emosi tersebut. Anda perlu memahami Si Manja. Pemahaman ini akan mengajar Si Manja bahawa emosi adalah sebahagian daripada kehidupan dan tidak boleh ditolak dan diambil mudah. Penolakkan sebarang perasaan akan mengakibatkan kesan-kesan negatif kepada Si Manja.

Dalam masa mengajar Si Manja tentang penerimaan terhadap diri sendiri, sebagai ibu bapa anda perlu menerima Si Manja dan perangai mereka. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Sesetengah daripada mereka adalah aktif manakala sesetengah lagi lebih bersifat ingin tahu tentang dunia mereka. Anda tidak harus memaksa Si Manja kerana ia akan mendatangkan kesan yang buruk. Bantulah  Si Manja anda jika mereka tidak dapat mengawal emosinya. Anda juga perlu mengawal emosi anda. Apabila anda berasa tenang, Si Manja juga akan turut tenang. Ini akan membantu meningkatkan kebijaksanaan emosi Si Manja.

Akhir kata, anda perlu bersikap optimis, lebih-lebih lagi di rumah. Si Manja memerlukan sokongan anda. Anda membawa pengaruh utama dan contoh kepada Si Manja. Jadi, anda seharusnya pandai mengawal emosi dan tekanan diri anda. Anda boleh lakukan  hobi anda dan pergi bersenang-senang untuk meredakan tekanan yang anda hadapi. Proses membesarkan Si Manja juga adalah satu proses pembelajaran dan ia adalah pengalaman sekali seumur hidup.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.