Feed icon
Artikel

Risiko Kesihatan: Semuanya Dalam Gen-gen

Kanak-kanak mewarisi gen-gen daripada kedua ibu bapa mereka. Ciri-ciri yang diwarisi adalah seperti warna rambut dan mata, bertangan kanan atau kidal, jenis darah dan sama ada dia ada lesung pipi atau tidak.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Kanak-kanak mewarisi gen-gen daripada kedua ibu bapa mereka. Ciri-ciri yang diwarisi adalah seperti warna rambut dan mata, bertangan kanan atau kidal, jenis darah dan sama ada dia ada lesung pipi atau tidak. Tahukah anda bahawa gen-gen dan kesihatan adalah berkaitan? Terdapat gen-gen yang boleh mengakibatkan Si Manja mewarisi penyakit keturunan seperti alergi, keobesan dan penyakit kencing manis. Kadang-kadang, ciri-ciri ini boleh muncul berasaskan jantina, warisan ciri-ciri tertentu dari satu atau kedua-dua ibu bapa, faktor alam sekeliling dan sebagainya.

Sebagai contohnya, seorang anak boleh menjadi obes apabila dewasa jika bapanya juga obes, lebih-lebih lagi jika ibunya merokok. Risiko keobesan anak ini akan berkurang jika hanya ibunya yang gemuk. Rikiso keobesannya lebih tinggi jika kedua-dua ibu bapa mempunyai ciri keobesan dalam sejarah keluarga masing-masing.

Risiko seorang anak mendapat penyakit kencing manis tertakluk kepada gen-gennya. Jika ibu atau bapa anak itu menghidap penyakit kencing manis sebelum mencapai unur 50 tahun, anaknya mempunyai kebarangkalian sebanyak 14 peratus untuk menghidap penyakit kencing manis. Kebarangkalian anak mendapat penyakit kencing manis adalah rendah jika ibu atau bapa dikesan dengan penyakit itu apabila tua. Jika terdapat penyakit kencing manis dalam sejarah keluarga kedua-dua ibu dan bapa, anaknnya akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menhidap penyakit tersebut.

Alergi juga merupakan salah satu contoh gen-gen boleh mejejaskan kesihatan. Si Manja boleh mendapat alergi berdasarkan sejarah keluarga. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai alergi, sebanyak 50 peratus kepastian anak mereka juga akan mendapat alergi. Risiko alergi meningkat kepada 80 peratus apabila kedua-dua ibu bapa dan anak-anak mereka yang lain menghidap penyakit ini. Kajian menunjukkan bahawa gen-gen dan sejarah keluarga penting dalam meramalkan kesihatan seseorang anak. Namun demikian, ini tidak bermakna kita tidak boleh merendahkan risikonya.

Ibu bapa boleh mula dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif, memastikan berat badan yang betul dan membuat pemeriksaan kesihatan yang kerap. Untuk Si Manja, pemakanan yang sihat dan seimbang amat penting. Tabiat pemakanan yang baik harus dimulakan dari zaman kanak-kanak lagi. Pastikan Si Manja mengambil jenis dan kuantiti protein, kabohidrat, lemak dan zat-zat lain yang betul. Ini boleh membantu Si Manja mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti keobesan, kencing manis dan alergi pada masa depan.

Rujukan:
1. Morandi A, Meyre D, Lobbens S, Kleinman K, Kaakinen M, et al. (2012) Estimation of Newborn Risk for Child or Adolescent Obesity: Lessons from Longitudinal Birth Cohorts. PLoS ONE 7(11): e49919. doi:10.1371/journal.pone.0049919
2. American Diabetes Association. Genetics of Diabetes. Available at: http://www.diabetes.org/diabetes-basics/genetics-of-diabetes.html. [Accessed 29 June 2015]
3. Kjellman, JACI 1999.
4. Exl et al Nutrition 2001.
5. Koletzko B, et al. Can infant feeding choices modulate later obesity risk? Am J Clin Nutr 2009;89:1502S-8S.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.