MyFeed Personalized Content
Prakehamilan
Artikel

PLAYING: IVF Treatment: Everything You Need to Know

Add this post to favorites

Rawatan IVF: Segalanya yang Anda Perlu Tahu

Selalunya apabila anda tidak boleh hamil, anda hanya terima seadanya. Namun, pasangan moden mempunyai beberapa pilihan untuk mereka.

6 minit hingga baca Feb 19, 2021

Selalunya apabila anda tidak boleh hamil, anda hanya terima seadanya. Namun, pasangan moden mempunyai beberapa pilihan untuk mereka. Salah satu pilihan ialah rawatan persenyawaan in vitro (rawatan IVF). Walaupun namanya sedap dipanggil untuk beberapa teknologi baharu yang tidak diketahui, idea di sebaliknya adalah agak mudah. Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dan bagaimana ia berfungsi.


Apa itu rawatan IVF?
Rawatan IVF pada dasarnya ialah persenyawaan telur di luar badan dengan sperma yang diambil dari lelaki dan telur dari wanita. Sperma dan telur digabungkan bersama-sama, disenyawakan dan membentuk embrio. Embrio tersebut dimasukkan semula ke dalam badan wanita. Itulah kisah di sebalik rawatan IVF.


Mengapa pasangan memilih rawatan IVF?
Salah satu sebab utama mengapa anda mungkin berfikir rawatan IVF adalah kerana ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan; di mana ketidaksuburan bukan disebabkan oleh sebab-sebab yang lazim dan punca sebenar masih belum diketahui.

Bagi lelaki, ia biasanya sperma atau fungsinya terjejas. Contoh sperma yang tidak normal - kepekatan sperma yang rendah, sperma lemah atau saiz sel sperma yang tidak normal. Namun, jika ia adalah satu masalah sperma, anda mungkin mahu jumpa dengan pakar untuk menentukan masalah sebenar sebelum melakukan rawatan IVF.

Bagi wanita pula, terdapat syarat-syarat tertentu yang boleh mempengaruhi pilihan anda untuk rawatan IVF. Gangguan seperti kerosakan tiub fallopian, gangguan ovulasi, kegagalan ovari pramatang atau endometriosis, atau fibroid rahim boleh mengganggu persenyawaan telur.

Juga, jika seseorang pernah mempunyai pengikatan tiub sebelum ini, di mana tiub fallopio dipotong atau disekat untuk mencegah kehamilan, rawatan IVF boleh menjadi pilihan.


Bagaimanakah rawatan IVF berfungsi?

  1. Super Ovulation
    Anda mungkin diberi suntikan hormon kesuburan yang dikenali sebagai gonadotrofin untuk sekitar 12 hari. Ini akan membantu ovari menghasilkan lebih banyak telur. Anda mungkin mempunyai transvaginal ultrasound untuk memeriksa ovari dan ujian darah untuk memeriksa tahap hormon.
  2. Pengumpulan telur
    Telur anda mungkin dikumpulkan melalui pembedahan yang dikenali sebagai aspirasi folikel. Menggunakan kuar ultrabunyi sebagai panduan, jarum dimasukkan melalui faraj ke dalam ovari dan folikel yang mengandungi telur, dan sedutan menarik keluar telur dan satu cecair pada satu masa. Selepas pengumpulan, anda akan diberi ubat bagi menyediakan rahim anda untuk pemindahan embrio.
  3. Permanian dan Persenyawaan
    Proses permanian ialah proses di mana telur yang sihat akan diletakkan bersama sperma selama 16-20 jam. Telur-telur yang disenyawa akan membahagi kepada kumpulan sel-sel yang dikenali sebagai embrio.
  4. Pemindahan Embrio
    Embrio-embrio dipindahkan ke dalam rahim wanita. Spekulum digunakan untuk menahan faraj yang terbuka supaya mereka boleh melihat serviks. Katerer akan bergerak melalui serviks dan dengan itu, embrio diturunkan ke dalam rahim. Jika terdapat embrio tambahan, ia boleh disimpan untuk masa depan – jika kitaran pertama gagal atau jika anda mahukan seorang lagi bayi pada masa akan datang.


Kadar Kejayaan Rawatan IVF
Satu faktor besar dalam kehamilan yang berjaya melalui rawatan IVF adalah umur. Sama seperti konsep semula jadi, terdapat peluang yang lebih rendah untuk hamil apabila anda semakin tua. Sistem reproduktif (organ-organ dan sel-sel) wanita dan lelaki cenderung untuk merosot apabila semakin tua, seperti kelicinan kulit anda dan keupayaan untuk melakukan balik kuang. Sudah tentu, sel-sel yang sihat mempunyai peluang yang lebih baik untuk membentuk embrio sihat.

Badan yang sihat juga membantu. Jadi janganlah merokok, kurangkan kopi dan jangan ambil alkohol. Selain itu, anda perlu jaga berat badan anda dengan senaman dan makanan berkhasiat.

Jika anda pernah mempunyai anak sebelum ini, ia juga akan meningkatkan peluang anda untuk berjaya.


Kelebihan dan Kekurangan Rawatan IVF
Sekarang anda sudah tahu bagaimana rawatan IVF berfungsi, apa seterusnya? Lainlah dengan memilih sama ada untuk mengerintingkan rambut anda atau tidak, terdapat juga beberapa risiko jika memilih rawatan IVF. Namun begitu, anda tiada pilihan yang lebih baik.


Kelebihan
Rawatan IVF menawarkan pilihan untuk pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan seperti yang disenaraikan sebelum ini. Jika anda betul-betul mahukan seorang anak dan semua rawatan alternatif telah gagal, rawatan IVF boleh membantu anda melahirkan anak yang sihat.

Juga, dalam kes tiub fallopio yang tersumbat atau rosak, ia mengurangkan keperluan untuk pembedahan. Oleh sebab permanian berlaku di luar badan, pembedahan invasif pada tiub fallopio mungkin tidak diperlukan.


Kekurangan
Rawatan IVF terdapat risiko-risikonya.

  1. Kelahiran Berganda
    Jika anda benar-benar pasti bahawa anda hanya mahukan anak tunggal, ia boleh merosakkan rancangan anda. Dengan rawatan IVF, kelahiran anak mungkin berganda. Anda boleh dapat anak kembar atau kembar tiga. Walaupun ada yang meloncat kegembiraan mengenainya, ada juga risiko-risiko komplikasi seperti kelahiran pra-matang, keguguran, darah tinggi semasa mengandung, anemia, atau kecacatan kelahiran. Juga, anda mungkin belum bersedia dengan penggandaan kos penampungan. Membesarkan anak adalah satu urusan yang memerlukan perbelanjaan yang besar.
  2. Kesan-kesan sampingan daripada ubat kesuburan
    Ubat kesuburan yang digunakan sebagai persediaan untuk rawatan IVF mempunyai risiko-risiko tersendiri. Contohnya, anda mungkin mengalami sakit perut, murung, kembung perut dan sakit kepala.
  3. Perbelanjaan
    Rawatan IVF adalah tidak murah. Bayaran boleh termasuk caj bagi ubat, ujian, pemprosesan, dan pemindahan embrio. Jika kitaran pertama gagal, anda mungkin perlu mengeluarkan wang tunai tambahan untuk kitaran seterusnya.
  4. Kehamilan Ektopik
    Kehamilan ektopik adalah di mana embrio diimplan ke dalam tiub fallopio atau dalam rongga abdomen. Embrio tidak akan hidup di luar rahim dan boleh menyebabkan masalah seperti pendarahan dalaman.


Berapakah kos IVF?
Kos berbeza mengikut individu dan keperluan. Kitaran rawatan anda mungkin berbeza dari seorang ibu yang mempunyai harapan. Hospital dan klinik-klinik kesuburan mempunyai kadar yang berbeza. Sudah tentu, hospital awam adalah pilihan yang lebih murah. Hospital awam mungkin mempunyai kadar bayaran bermula dari RM8,000 manakala kadar perkhidmatan di klinik kesuburan swasta bermula dari sekitar RM15,000 bagi kitaran awal.


Kesimpulannya
Ia memang satu pilihan yang sukar untuk dibuat. Jika sudah tiada lagi rawatan lain dan anda betul-betul ingin mengandungkan anak sendiri, maka apa jua cara sekalipun anda perlu lakukannya.  Namun jika kos yang akan menjadi beban untuk membesarkan cahaya mata selama 20 tahun yang akan datang, anda mungkin mahu mempertimbangkan pilihan lain. Salah satunya adalah dengan pengambilan anak angkat. Kehadiran seorang anak angkat boleh menjadi sebahagian daripada keluarga bahagia yang anda dan pasangan ingin bina bersama.

Akhirnya, ianya adalah pilihan anda. Bincang dengan pasangan dan keluarga anda untuk dapatkan sokongan. Kami ingin mengucapkan selamat berjaya dan kami berharap anda akan dapat memiliki keluarga yang anda inginkan.

 

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.