MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Program pemakanan

PLAYING: Congratulations on reaching 1000 days!

Add this post to favorites

Tahniah kerana mencapai 1000 hari!

Tahukah anda? Dengan melengkapkan Program Nutrisi 1000 Hari Pertama, anda telah belajar untuk meningkatkan kadar tumbesaran dan perkembangan yang sihat buat Si Manja.

4 minit hingga baca Jan 26, 2022

Semakin Si Manja menghampiri usia 2 tahun, dia juga telah berjaya menghampiri 1000 hari dalam hidupnya yang berharga, bermula dari dalam kandungan anda. Hanya bermula daripada telur kecil yang telah disenyawakan, sehingga menjadi kanak-kanak yang pandai berjalan dan bercakap, mereka telah melalui perjalanan yang sangat panjang. Begitu juga dengan anda!

Melalui program ini, anda telah belajar segalanya bermula dengan menyusu, memberikan makanan pejal sehinggalah memberikan makanan menggunakan sudu makan, seterusnya pemberian makanan secara responsif. Dengan mendidik Si Manja amalan pemakanan yang sihat di usia awal, anda juga melatih mereka untuk membesar menjadi seorang kanak-kanak yang makan makanan seimbang. Tambahan pula, tabiat pemakan mereka boleh membantu untuk tumbesaran yang sihat pada masa sekarang dan hadapan. 

Amalan yang sihat bermula dari awal

Saintis telah menemui bahawa pola pemakanan sebenarnya diterapkan di usia awal. Kajian menunjukkan diet pemakanan kanak-kanak berusia 18-24 bulan telah terbentuk apabila mereka melihat amalan yang sihat atau tidak sihat kanak-kanak yang lebih besar ataupun orang dewasa. Kanak-kanak kecil yang telah mempunyai amalan makanan yang tidak sihat, seperti banyak minum air manis atau tidak makan makanan yang penting seperti sayuran dan buah-buahan akan cenderung untuk meneruskan pola pemakanan ini sehingga mereka besar. 

“Daripada mereka lahir sehingga berusia empat tahun, terutamanya pada usia dua tahun, diet kanak-kanak ini berubah dengan cepat daripada hanya minum susu hingga makan makanan bersama keluarga,” terang Kathleen Reidy, DrPH, RD, Ketua, Sains Nutrisi. “Kajian menunjukkan saat usia mereka meningkat, mereka lebih mengambil gula tetapi kurang mengambil sayuran serta buah. Membina amalan pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak di awal usia mereka akan meningkatkan tabiat yang lebih baik ketika mereka masuk ke alam persekolahan.”

Gambaran secara global

Kajian saintifik di Mexico, Russia dan Amerika Syarikat telah mendedahkan beberapa peningkatan dan kebimbangan terhadap pola pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil. Secara keseluruhannya, kira-kira 75% daripada kanak-kanak tersebut makan buah-buahan atau sayuran pada hari tinjauan pemakanan. Malangnya, 25% daripada mereka tidak makan buah-buahan atau sayuran. Di Amerika Syarikat, sayur yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak ialah kentang goreng. Jika diberikan peluang, mungkin kadar pengambilan sayur atau buah akan meningkat. Mereka pasti akan memilih sayuran kegemaran yang lain (seperti lobak merah) berbanding kentang goreng jika ia diberikan secara kerap atau apabila mereka melihat ibu bapa menunjukkan tabiat pemakanan yang sihat. Walaupun ramai kanak-kanak telah mengambil garam, gula-gula dan minuman yang manis dalam jumlah yang tinggi, kajian semasa menunjukkan penurunan pengambilan jus (di Amerika Syarikat) dan minuman bergula (di Mexico). Perubahan ini dilihat amat menggalakkan. 

Walaupun sesetengah kanak-kanak tidak mengambil nutrien yang cukup seperti vitamin D atau serat, tetapi anda masih ada masa untuk mengubahnya. Berita baik untuk Si Manja ialah anda telah mengikuti Program Nutrisi 1000 Hari Pertama. Anda telah mempelajari kepentingan nutrisi untuk perkembangan dan tumbesaran Si Manja yang sihat. Anda juga telah mengenalpasti kepentingan berkongsi makanan bersama keluarga dan peluang untuk menjadi contoh tabiat pemakanan yang baik untuk mereka. Program ini telah membantu anda betapa pentingnya pemberian makan secara responsif, termasuklah mematuhi isyarat lapar dan kenyang. Anda dapat memahami mengapa Si Manja memerlukan pelbagai makanan daripada kelas makanan yang utama supaya mereka menjadi sihat untuk hari ini, esok dan hari-hari yang akan datang. 

Sumber

  • Colchero MA, Molina M, Guerrero-Lopez CM. After Mexico implemented a tax, purchases of sugar-sweetened beverages decreased and water increased: Difference by place of residence, household composition, and income level. J Nutr 2017; 147(8):1552-7.
  • Deming DM, Afeiche MC, Reidy KC, et al. Early feeding patterns among Mexican babies: findings from the 2012 National Health and Nutrition Survey and implications for health and obesity prevention. BMC Nutrition 2015. DOI 10.1186/s40795-015-0035-5
  • Mura Paroche M, Caton SJ, Vereijken C, et al. How infants and young children learn about food: A systematic review. Front Psychol 2017; 8:doi.10.3389/psyg.2017.01046.
  • Reidy KC, Deming DM, Briefel RR, et al. Early development of dietary patterns: transitions in the contribution of food groups to total energy – Feeding Infants and Toddlers Study, 2008. BMC Nutrition 2017; 3(5): doi 10.1186/s40795-016-0124-0.
  • Russia FITS Summary Publication 2018 (not for distribution)
  • Welker EB, Jacquier EF, Catellier DJ, et al. Room for improvement remains in food consumption patterns of young children aged 2-4 years. J Nutr 2018; 148(9S):1536S-1546S.

Tarikh akhir semakan: Disember, 2018