Feed icon
Artikel

Berkomunikasi dengan Si Manja

Si Manja anda membesar dengan pantas.  Mereka mula menemui benda baru, dan dunia ini merangsang kesemua deria Si Manja.

2 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Si Manja anda membesar dengan pantas.  Mereka mula menemui benda baru, dan dunia ini merangsang kesemua deria Si Manja. Ini semua hasil daripada kesabaran anda mendidik dan menjaga Si Manja dengan penuh kasih sayang. Tumbesaran ini berlaku pada peringkat yang utama, dari mula Si Manja mempunyai sifat ingin tahu, kepada perkataan pertama yang disebut dan sehinggalah Si Manja anda berumur setahun.

Komunikasi pertama Si Manja mungkin hanyalah beberapa patah perkataan yang sukar difahami, kerana itu adalah satu reaksi kepada bunyi yang anda keluarkan dan ekspresi wajah anda. Namun jika anda memanggil Si Manja dari bilik lain, dia tidak akan mempedulikan anda.

Si Manja anda memerhatikan setiap apa yang anda lakukan dan akan cuba untuk berkomunikasi mengikut rentak anda. Apabila Si Manja gembira, mereka akan menjadi lebih aktif untuk berkomunikasi tetapi jika sebaliknya, mereka akan menangis.

Bantu Si Manja Membina Kemahiran Berkomunikasi
Jangan menaruh harapan yang tinggi untuk mendengar perkataan yang sempurna keluar dari mulut Si Manja. Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu Si Manja bercakap dan membina kemahiran berkomunikasinya.

•    Ceritakan kepada Si Manja apa yang sedang anda lakukan - Ceritakan dengan jelas apa tujuan anda lakukan sesuatu.
•    Gunakan perkataan yang mudah dan pendek - Si Manja hanya boleh menerima informasi yang mudah pada peringkat ini. Jadi gunakan bahasa dan perkataan yang pendek dan mudah difahami.
•    Gunakan nama Si Manja dengan konsisten - sebagai contoh, tanya Si Manja, “Di mana bola Aidan?”, bukan “Tahukah anda di mana bola?”. Si Manja masih terlalu muda untuk memahami kata ganti nama seperti “anda” dan “saya”.
•    Lihat dan sentuh – Beritahu Si Manja benda yang Si Manja lihat dan sentuh. Perbuatan ini akan membantu Si Manja ingat benda tersebut dengan lebih mudah.
•    Gunakan buku bergambar - Si Manja mudah tertarik kepada buku yang bergambar. Jadi buku-buku bergambar boleh membantu anda memulakan perbualan!
•    Gunakan nada ceria apabila bercakap - Apabila bercakap dengan Si Manja, gunakan nada yang ceria kerana ia akan menarik minat Si Manja.
•    Gunakan pergerakan tubuh dan mimik muka - Walaupun perbuatan ini kelihatan seperti tidak membawa sebarang maksud, Si Manja amat mudah tertarik dengan mimik muka yang anda buat. Gunakan mimik muka gembira. Ini akan membuat Si Manja berkomunikasi dengan gembira.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.