Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

7 Sebab Ketawa Baik untuk Si Manja

KETAWA LAH PUAS-PUAS: 7 Sebab Ketawa Baik untuk Si Manja (Dan juga ANDA)

Landing image

Saat si manja ketawa, suasana di sekelilingnya ceria, betul tak? Bila sering ketawa, memang terserlah kebahagiaannya namun bukan itu saja, ketawa juga dapat memastikan si manja sentiasa sihat. Memang betullah kata orang, ketawa itu sebaik-baik ubat. Jom tengok kenapa ketawa itu mujarab.

Breathe easy

1. Mudah Bernafas:

Tahu tak bahawa dengan ketawa, si manja dapat menarik dan menghembus udara dengan banyak? Paru-paru dapat ‘bersenam’, pernafasan diperbaiki dan ini memudahkan lebih banyak oksigen masuk ke saluran darah; oksigen inilah yang dibawa ke otak di mana ia membantu untuk mengembangkan lagi kapasiti mental si manja.

A funny type of workout

2. Betul, Ianya Suatu Jenis Senaman:

Ketawa dapat membakar kalori dengan menggunakan otot-otot di wajah sambil meregangkan dan menegangkan abdomen. Si manja hanya perlu tergelak-gelak untuk bakar sehingga 40 kalori!

A killer boost

3. Ejen Badan Sihat:

Sel-sel T merupakan sel-sel hebat yang membantu untuk melawan sebarang penyakit. Ketawa dapat membantu sel-sel darah putih ini untuk melawan sebarang jangkitan dan penyakit yang cuba menyerang badan si manja anda!

No pain, all gain

4. Banyak Gelak, Badan Tak Sakit:

Ketawa juga dapat membebaskan hormon endorfin di mana ianya berfungsi untuk menahan segala kesakitan yang dialami oleh badan secara semula jadi. Ini dapat memberikan kelegaan dan kesejahteraan kepada si manja.

You're all heart

5. Jantung Pun Lebih Sihat:

Sesetengah kanak-kanak tidak dapat bergerak aktif dan bersenam akibat kecederaan atau pun penyakit yang dialami. Namun mereka tetap dapat membuat senaman kardio untuk jantung dengan hanya ketawa. Lakukan senaman kardio ini tanpa perlu menjejakkan kaki di gim!

Stress less

6. Stres? Apa tu?:

Laaaa si manja pun mungkin mengalami rasa resah dan stres. Apa lagi, usik lah si manja sampai dia ketawa agar semua sistemnya teransang – otot, pernafasan, peredaran darah dan gastrousus – jadi si manja lebih relaks dari segi fizikal dan mental

7. Good night, sleep tight

7. Tidur Lena Sayangku:

Ketawa ialah suatu terapi yang relaks dan menenangkan, tidur malam juga lebih lena. Jadi cubalah berjenaka bersama si manja sebelum masuk tidur. Orang kata, tidur dengan hati yang senang, paginya juga bermula dengan riang.

Proses tumbesaran yang ceria sememangnya lebih mudah dengan LACTOGROW® 3 yang dirumus secara saintifik dengan kultur probiotik L. reuteri untuk membantu meningkatkan fungsi dan keselesaan sistem penghadaman kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun. Ia turut mengandungi DHA, kalsium tinggi, serta Happy Nutri - gabungan 15 vitamin & mineral penting agar perut Si Manja selesa dan tidak meragam untuk Grow Happy sepanjang masa!

Be Part of Our Family Now

Here’ s where you’ ll find everything you need to make the best of those first 1, 000 days of parenthood… TOGETHER.

  • Benefits Nutrition Learn about nutrition at your pace
  • Benefits Practical Tools Try out tailored practical tools
  • Benefits Help Get help & answers you need anytime
  • Benefits Coupons Enjoy great deals and coupons

Join NOW >

Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.