Feed icon
Artikel

7 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Susu Soya Untuk Kanak-Kanak | Nestle Start Well Stay Well

Sudah tentu para ibu begitu teliti membuat pilihan dalam pemberian susu untuk kanak-kanak. Kebanyakan ibu mengambil kira untuk membuat pilihan susu formula atas sebab beberapa faktor.

3 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Sudah tentu para ibu begitu teliti membuat pilihan dalam pemberian susu untuk kanak-kanak. Kebanyakan ibu mengambil kira untuk membuat pilihan susu formula atas sebab beberapa faktor. Ketahui fakta-fakta tentang susu soya yang anda perlu tahu untuk menyediakan anak anda pilihan susu yang tepat dan terbaik.


Penambahan nutrisi sebagai susu formula
Susu formula berasaskan soya diperbuat daripada kacang soya. Ia juga dirumus dan diubahsuai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien, sekaligus menjadikannya sesuai sebagai susu formula.


Sumber nutrisi yang terdapat dalam susu soya
Susu ini secara khususnya dirumus untuk kanak-kanak yang mengalami masalah penghadaman susu formula lembu. Susu formula ini mengandungi protein soya sebagai sumber protein utama, minyak sayuran sebagai sumber lemak, mengandungi karbohidrat, vitamin dan mineral lain. Kebiasaannya susu soya ini turut diperkaya dengan zat besi.


Susu khusus untuk penyakit Galactosaemia

Penggunaan susu soya hanyalah secara khusus untuk Si Manja yang menghidapi penyakit Galactosaemia iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kepada mereka yang menghadapi masalah penghadaman gula laktosa yang terkandung di dalam susu ibu dan susu lembu.


Alternatif untuk susu lain mengikut nasihat doktor atau pakar
Menurut sumber American Academy of Pediatrics, susu ini boleh menggantikan susu lembu formula tetapi tidak dapat mengatasi kandungan zatnya malah mempunyai kurang manfaat. Susu formula soya boleh diberikan kepada anak anda sekiranya disyorkan oleh doktor dan pakar. Pemberian susu berasaskan soya juga hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.


Kualiti protein yang rendah berbanding susu lain
Protein soya biasanya terhasil daripada sumber tumbuhan. Oleh itu secara khususnya, kualiti protein tersebut adalah lebih rendah berbanding kualiti protein daripada susu ibu mahupun susu lembu.


Perencat enzim mengurangkan protein dan asid amino
Kacang soya juga dikatakan mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin serta enzim lain yang diperlukan bagi proses penghadaman Si Manja.
Perencat enzim ini boleh menyebabkan kekurangan protein dan asid amino di dalam tubuh badan. Asid amino amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat dan kekurangannya menyebabkan kesan terhadap tumbesaran anak anda.


Mengandungi bahan kimia anti-nutrien
Menurut beberapa sumber, kacang soya mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang dikatakan satu bahan anti-nutrien, begitu juga dengan semua sumber kekacang yang lain. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Setiap kanak-kanak berisiko mengalami alergi walaupun kedua-dua ibu bapa tidak mempunyai sebarang risiko alergi. Oleh kerana anak anda boleh terdedah kepada pelbagai alergen semasa membesarnya, anda perlu mengurangkan risiko alahan pada anak anda. NANKID® OPTIPRO® HA 3 ialah susu tepung formula untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dengan OPTIPRO®, protein separa terhidrolisis yang diuraikan menjadikannya lebih kecil menggunakan proses unik dari Nestlé. Protein separa terhidrolisis kurang alergenik berbanding protein susu lembu serta lebih mudah dihadam dan diserap.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.