Feed icon
Artikel

3 Nutrien Pertumbuhan Yang Anda Perlu Ketahui

Si Manja memerlukan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan. Walaupun semua nutrien memang penting untuk tumbesaran, terdapat tiga jenis nutrien untuk pertumbuhan yang anda perlu ketahui – protein, karbohidrat dan lemak.

3 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Si Manja memerlukan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan. Walaupun semua nutrien memang penting untuk tumbesaran, terdapat tiga jenis nutrien untuk pertumbuhan yang anda perlu ketahui – protein, karbohidrat dan lemak.

Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan kita. Apabila karbohidrat dipecahkan, ia akan menjadi gula ringkas. Karbohidrat boleh didapati dari makanan-makanan seperti nasi, roti, bijirin sarapan, kacang dan sayur-sayuran berkanji seperti ubi kentang dan jagung. Makanan seperti buah-buahan dan susu adalah sumber-sumber makanan baik yang mengandungi gula dalam bentuk semula jadinya.

Lemak juga adalah sumber tenaga bagi badan kita. Badan kita memerlukan lemak untuk menyerap vitamin-vitamin A, D, E dan K. Contoh makanan-makanan yang merupakan sumber lemak adalah daging merah, mentega, lemak dan marjerin. Kebanyakkan makanan snek, krim dan krim putar juga mengandungi lemak.

Protein merupakan nutrien binaan asas untuk badan kita.  Ia merupakan nutrien yang paling penting dalam badan kita untuk tumbesaran yang sihat.  Protein diperlukan untuk membaiki sel-sel badan dan membina sel baru. Makanan-makanan yang mengandungi protein adalah ikan, daging, susu, keju, dadih dan telur. Protein juga boleh didapati dari bijirin, kacang dan soya.

Semua jenis nutrisi besar ini penting untuk badan kita. Namun, kanak-kanak kecil harus mengambil nutrisi dalam jumlah yang sewajarnya untuk tumbesaran dan perkembangannya. Pengambilan nutrisi yang berlebihan boleh mengakitbatkan masalah kesihatan.

Sejak kebelakangan ini, kian ramai kanak-kanak kecil yang menjadi gemuk. Salah satu sebab adalah kerana mereka diberi makan makanan segera yang penuh lemak, karbohidrat dan kalori yang tinggi. Kanak-kanak kini juga meminum jus manis penuh gula dan minuman soda. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan protein yang tinggi semasa masih kecil boleh mengakibatkan penambahan lemak dalam badan, peningkatan berat badan dan keobesan.

Memandangkan kita tidak inginkan Si Manja kita menjadi obes, kita mestilah mengajar mereka amalan pemakanan yang baik apabila mereka masih muda.  Sajikanlah makanan-makanan yang berkhasiat yang mengandungi nutrien harian untuk pertumbuhan yang disyorkan seperti protein, karbohidrat dan lemak yang berpatutan. Galakkan Si Manja anda untuk bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Rujukan:
1. WedMD Medical Reference. Carbohydrates & Foods Containing Carbs. Available at: http://www.webmd.com/diet/carbohydrate-foods-topic-overview. [Accessed 30 June 2015]
2. US National Library of Medicine. Carbohydrates. Available at: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002469.htm. [Accessed 30 June 2015]
3. US National Library of Medicine. Protein in diet. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002467.htm. [Accessed 30 June 2015]
4. WedMD Medical Reference. Types of fat – topic overview. Available at: http://www.webmd.com/food-recipes/types-of-fats-topic-overview. [Accessed 30 June 2015]
5. Kliegman, et al (ed.). 2008. Nelson Textbook of Pediatrics, 18th ed. Philadelphia: Elsevier

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.