Ciri Khas Produk
Zaman kanak-kanak sebenarnya menakjubkan di mana minda kanak-kanak ibarat span, mereka amat mudah menyerap segala maklumat dan mempelajari dari sekeliling serta persekitaran dengan deria yang ada. Hebat kan? Tidak hairanlah kenapa nutrient amat penting dalam tumbesaran mereka dan membolehkan detik-detik menakjubkan untuk si manja anda.
Bagaimanapun, kerana terlalu banyak maklumat di luar sana, nutrien manakah yang anda inginkan? Kami dapati kepentingan mengekalkan usus yang baik itu amat penting. Itu sebabnya kami menghasilkan NANKID OPTIPRO yang dipertingkatkan.
Diformulasi dengan 100 juta unit* probiotik** (Bifidobacterium lactis CNCM I-3446) dan 2'-FL Oligosakarida, NANKID OPTIPRO dan dipertingkatkan ini membantu meningkatkan fungsi usus dengan menghapuskan bakteria berbahaya dan menggalakkan lebih banyak probiotik yang baik untuk membantu menyokong sistem pertahanan badan si manja.
Di samping itu, pengambilan DHA & ARA serta Protein Optimum yang dihasilkan melalui proses yang unik, menggalakkan pertumbuhan optimum dengan protein yang berkualiti dan kuantiti tepat –supaya anda boleh terus Menerokai Potensi Menakjubkan Si Manja anda.
Terdapat dalam 600g/1.3kg.
* Setiap 100g tepung susu.
** Untuk mengekalkan jumlah kultur probiotik hidup, NANKID OPTIPRO mesti disediakan dengan air suam (sekitar 40 ° C).
KEBAIKAN NUTRIEN PENTING
2’-FL OLIGOSAKARIDA
- Meningkatkan bakteria bermanfaat di dalam usus2
- Menguatkan dinding usus3
- Menyingkirkan bakteria berbahaya di dalam usus
*2’-FL adalah Oligosakarida yang berasal daripada laktosa
PROBIOTIK B.LACTIS
- Memastikan keseimbangan bakteria bermanfaat di dalam usus1
- Membantu meningkatkan fungsi usus
- Mungkin mengurangkan kejadian cirit-birit
PROTEIN YANG OPTIMUM
- Kuantiti dan Kualiti Protein Yang Tepat amat penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan optimal si manja4
DHA & ARA
- Banyak ditemui di dalam otak5
0% SUKROSA
- Mengurangkan masalah pergigian*
- Menggalakkan tabiat pemakanan yang baik*
*Agostoni et al 2008
BIMBINGKAN ANAK ANDA UNTUK NANKID OPTIPRO TERKINI
Dapatkan formulasi terbaik kami untuk anak anda dengan membuat pertukaran perlahan-lahan formula lama anak anda dengan NANKID OPTIPRO dan dipertingkatkan. Ikuti carta di bawah untuk menukar susu tanpa si manja perasan perubahan rasanya.
Kombinasi yang disyorkan untuk mempermudahkan pertukaran
Rujukan:
1. Jungersen M et al. Microorganisms 2014;(2):92-110 | 2. Lewis ZT et al. Microb . 2015;3-13. | 3. Bode L et al. Glycobiology 2012;22(9):1147-1162 | 4. Günther AL et al. Am J Clin Nutr 2007; 86: 1765-1772 | 5. Bradbury J et al. Nutrient 2011; 3: 529-554
NOTIS PENTING : Penyusuan susu ibu adalah nutrisi terbaik untuk bayi dan kami menyokong penuh saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia bahawa semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap berkhasiat perlu diberikan mulai umur 6 bulan. NANKID OPTIPRO 3 2’-FL Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak kanak 1 tahun dan ke atas , bukan pengganti susu ibu. Perkembangan setiap kanak kanak adalah berbeza, dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk anak anda menggunakan produk ini.
HELPFUL TOOLS
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.