MyFeed Personalized Content
8 bulan
Sarapan pagi
Resepi
Add this post to favorites

Bubur Ayam Halia

2
sederhana
25 minit

Bubur ayam sihat yang digandingkan dengan halia ini adalah resipi mudah yang mesti dicuba untuk kebaikkan Si Manja anda. Ayam mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh Si Manja anda untuk pertumbuhan, termasuk vitamin B6 dan B12, zat besi, zink dan vitamin B3.

Ramuan

Untuk stok ayam buatan sendiri:
500g tulang ayam, dibersihkan
20 halia muda, dihiris
2 daun bawang
700ml air

Untuk bubur ayam:
5 sudu besar CERELAC® Beras
30g fillet ayam, dikukus dan potong ketulan kecil
20g kentang, dikukus dan dilecek 1
50ml stok ayam suam buatan sendiri

Langkah penyediaan
  • 5 minit
    Penyediaan
  • 20 minit
    Memasak
  • 25 minit
    Jumlah masa
  • Cara-cara Memasak

    1. Untuk stok ayam buatan sendiri, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan reneh sehingga air berkurangan separuh.
    2. Tapiskan stok ke dalam periuk lain yang bersih atau simpan di dalam jar. Stok yang berlebihan juga boleh disejuk bekukan.
    3. Untuk masak bubur ayam, masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati. Jika terlalu pekat, tambah lagi sedikit stok ayam sehingga kepekatan yang sesuai.

  • Jumlah Nutrisi Setiap Hidangan

    Tenaga: 112 kcal
    Karbohidrat: 12.9g
    Protein: 9.7g
    Lemak: 2.1g

Produk yang digunakan
product_cerelac_rice_564x420

Perkembangan Si Manja

BIJIRIN BAYI BERAS CERELAC®
5
4.6/5

Makanan pepejal pertama yang ideal selepas kelahiran 6 bulan yang diperbuat daripada beras, sejenis bijirin yang dapat mengelakkan alahan.