Apakah perbezaan antara NANKID OPTIPRO 3 dan NANKID OPTIPRO HA 3?
NANKID OPTIPRO HA 3 adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang mengandungi GENTLE PROTEIN, juga dikenali sebagai protein separa hidrolisis, iaitu protein susu lembu yang 1000 kali kurang alergenik berbanding protein susu lembu biasa.
GENTLE PROTEIN diperolehi daripada protein susu lembu biasa melalui proses unik NESTLÉ yang menjadikannya mudah dicerna dan bantu mengurangkan risiko reaksi alahan pada kanak-kanak berbanding protein susu lembu biasa. NANKID OPTIPRO HA 3 juga mengandungi Probiotik B. lactis untuk kesihatan usus yang baik.
Sementara itu, NANKID OPTIPRO adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang mengandungi 2'-FL Oligosakarida & Probiotik B. lactis. Ia dapat membantu menyokong fungsi imun kanak-kanak dan juga boleh mengurangkan risiko jangkitan.
Probiotik B. lactis juga membantu menyokong pencernaan kanak-kanak dengan mempromosikan persekitaran usus yang sihat serta membantu mengurangkan kejadian cirit-birit.
NANKID OPTIPRO juga mengandungi Optimized Protein untuk memastikan kuantiti dan kualiti protein yang tepat untuk pertumbuhan kanak-kanak; serta ARA dan DHA* untuk menyokong perkembangan otak dan keseluruhan kanak-kanak. NANKID OPTIPRO 3 adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun manakala NANKID OPTIPRO 4 sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
*ARA dan DHA merujuk kepada Asid Arakidonik dan Asid Dokosaheksaenoik
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Masih belum jumpa apa yang anda cari?
Cuba enjin soalan pintar baharu kami