MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Artikel

PLAYING: Epigenetics: Making the Most of Your Genes

Add this post to favorites

Epigenetik: Memaksimakan Gen-gen Anda

Tahukah anda bahawa kesihatan anda tidak tertakluk hanya kepada kesihatan diri sendiri? Kesihatan anda juga dipengaruhi oleh kesihatan datuk dan nenek anda.

2 minit hingga baca Feb 19, 2021

Tahukah anda bahawa kesihatan anda tidak tertakluk hanya kepada kesihatan diri sendiri? Kesihatan anda juga dipengaruhi oleh kesihatan datuk dan nenek anda. Ia bukan sekadar tertakluk kepada penyakit keturunan. Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, ahli sains telah menemui cara untuk mempengaruhi cara gen-gen membentuk ciri-cirinya. Ciri-ciri ini boleh diwarisi oleh Si Manja kelak. Pembelajaran ini dipanggil sains epigenetik.

Apakah itu epigenetik?
Epigenetik berkait dengan epigenom, sebatian kimia dan protein dalam badan yang terdapat di atas genom kita (genom sebanyak 3 billion keseluruhannya dipanggil DNA). Genom ini melampirkan dirinya ke atas gen-gen kita dan mengarah gen-gen untuk membuat apa yang perlu.

Bagaimana ini boleh membantu Si Manja?
Kajian telah menunjukkan bahawa anda boleh mempengaruhi epigenom, terutama sekali pada awal hayat melalui pilihan nutrisi dan gaya hidup. Pilihan nutrisi dan gaya hidup boleh menukar cara gen-gen membentuk cirinya apabila dewasa.

Sebagai contohnya, jika anda atau pasangan anda didapati menghidap penyakit kencing manis, Si Manja anda berkecenderungan untuk menghidap penyakit kencing manis. Namun begitu, ia tidak bermakna mereka pasti akan menghidap penyakit kencing manis. Anda masih boleh membantu mereka mengelak dari menghidap penyakit ini dengan pengambilan nutrisi yang sewajarnya apabila mereka masih kecil. Pengambilan nutrisi yang betul dan senaman secara kerap boleh membantu menyekat gen kencing manis daripada menjadi aktif. Dengan meneruskan pemakanan yang betul dan senaman apabila Si Manja membesar, gen kencing manis boleh kekal tidak aktif.

Adakah ini bermakna anda boleh menyekat terus ciri-ciri yang anda tidak mahu?
Tidak. Sememangnya ia tidak begitu mudah.

Dengan pembelajaran epigenetik, kita mempunyai harapan bahawa hidup kita tidak ditakdir oleh gen-gen kita. Trend kajian-kajian sains menunjukkan bahawa kita boleh mengurangkan risiko penyakit keturunan dengan sekadar menyekat pengaktifan gen-gen yang kita tidak mahu, dan mengaktifkan gen-gen yang kita ingini.  Hari ini, kita sudah boleh mempengaruhi gen-gen Si Manja kita dengan nutrisi dan gaya hidup yang sewajarnya. Anda sekarang boleh mengunakan epigenomnya untuk kebaikan kesihatannya.

Rujukan:
1. "Epigenomics." National Human Genome Research Institute. April 23, 2015. Accessed May 4, 2015.https://www.genome.gov/27532724.
2. Cloud, John. "Why Your DNA Isn't Your Destiny." TIME, January 6, 2010.

http://www.ohio.edu/plantbio/staff/showalte/PBIO%203300%20&%205300/Epigenetics,
%20DNA%20How%20You%20Can%20Change%20Your%20Genes,%20Destiny%20--
%20Printout%20--%20TIME.pdf

3. Bégin, Philippe, and Kari Nandeau."Epigenetic Regulation of Asthma and Allergic Disease."Allergy, Asthma & Clinical Immunology 10, no. 27 (2014). Accessed March 27, 2015.http://www.aacijournal.com/content/10/1/27.
4. Tyson, Neil DeGrasse. Epigenetics. Online. Directed by Sarah Holt. USA: NOVA, 2007.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.