MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Artikel

PLAYING: The Immune System in the Gut

Add this post to favorites

Sistem Imun di dalam Usus

Sistem imun adalah barisan pertahanan pertama untuk memastikan Si Manja kekal sihat. Sebahagian besar daripada sistem tersebut terdapat di dalam ususnya.

2 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Sistem imun adalah barisan pertahanan pertama untuk memastikan Si Manja kekal sihat. Sebahagian besar daripada sistem tersebut terdapat di dalam ususnya. Usus adalah organ imun terbesar dalam badan dan 80% daripada sel penghasil antibodi terdapat di dalam usus. Oleh sebab itu, ia adalah penting untuk menyokong sistem gastrousus Si Manja yang sedang membesar.

Makanan Si Manja sering mengandungi pelbagai jenis kuman. Sistem pertahanan badan di dalam usus akan bertindak untuk membuang kuman yang mungkin berbahaya. Air liur yang terdapat di dalam mulut adalah sebahagian daripada sistem pertahanan ini. Ia mengandungi enzim yang boleh membunuh bakteria berbahaya. Bakteria yang terselamat akan dibawa oleh makanan ke dalam perut pula dan dimusnahkan oleh asid gastrik. Tisu Limfoid Berkaitan-Usus (GALT) kemudiannya bertindak untuk melindungi badan daripada sebarang serangan bakteria dengan mensasarkan secara spesifik terhadap kuman dan bakteria berbahaya melalui tindakan sel-sel sistem imun.

Saluran gastrousus juga didiami oleh bakteria berfaedah, ataupun probiotik yang memainkan peranan yang penting untuk memastikan usus dan badan Si Manja yang sihat. Probiotik membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria berfaedah yang lain untuk menyekat pembiakan kuman dan bakteria berbahaya. Jika usus tidak sihat, Si Manja akan mudah dijangkiti penyakit tertentu.

Kesihatan usus Si Manja boleh dipertingkatkan dengan menambah probiotik ke dalam pemakanan hariannya. Probiotik sering ditemui dalam makanan tertentu seperti yogurt dan susu formula untuk kanak-kanak yang diperkaya dengan probiotik, seperti LACTOGROW® Aktif . Ia adalah susu formula yang dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan diperkaya dengan kebaikan probiotik L. reuteri untuk mengurangkan risiko sembelit, dan menyokong perut yang selesa agar Si Manja sentiasa ceria! Dengan 0% sukrosa tambahan, ia mengandungi kombinasi 15 vitamin dan mineral yang memenuhi keperluan nutrisi Si Manja.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.