MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Artikel

PLAYING: How Does the Digestive Tract Work?

Add this post to favorites

Bagaimanakah Saluran Penghadaman Berfungsi?

Makanan yang kita makan melalui perjalanan yang agak panjang. Ia bermula di mulut, kemudian turun hingga ke perut dan usus, dan akhirnya dibuang ke luar badan.

2 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Makanan yang kita makan melalui perjalanan yang agak panjang. Ia bermula di mulut, kemudian turun hingga ke perut dan usus, dan akhirnya dibuang ke luar badan. Walaupun saluran penghadaman bersambungan sebagai satu sistem, setiap bahagian saluran penghadaman mempunyai ciri-ciri tersendiri yang menentukan fungsi mereka.

Pertama, apabila Si Manja mula makan, gigi bertanggungjawab untuk memotong, mencarik, dan mengunyah makanan tersebut untuk menjadikannya lebih kecil agar mudah ditelan. Penghadaman ini dibantu oleh air liur, yang memulakan proses penghadaman sebelum makanan ditelan.

Apabila Si Manja menelan makanan tersebut, ia bergerak menuruni esofagus dalam bentuk yang lebih kecil menuju ke perut. Di situ, makanan dipecahkan lagi oleh asid gastik perut sebelum ia dihantar ke usus kecil. Di dalam usus kecil pula, pelbagai nutrien akan diserap daripada makanan tersebut. Baki makanan yang tidak dihadam akan bergerak ke dalam usus besar sebelum ia dibuang ke luar badan.

Di luar saluran penghadaman, terdapat organ penghadaman tambahan yang menyokong penghadaman Si Manja. Organ tersebut adalah kelenjar air liur, hati, pankreas, dan kelenjar hempedu. Mereka menghasilkan enzim, garam hempedu dan lain-lain bahan kimia untuk membantu penghadaman dan memecahkan makanan semasa ia bergerak melalui saluran penghadaman Si Manja.

Jika saluran penghadaman Si Manja tidak berfungsi dengan sebaiknya, fungsi menyeluruh sistem penghadaman boleh terjejas. Akibatnya, badan Si Manja mungkin tidak dapat menyerap nutrisi yang diperlukan olehnya. Sistem penghadaman yang tidak sihat akan membuatkan Si Manja rasa tidak selesa, dan ia juga boleh menimbulkan masalah lain pada kemudian hari. 

Sebagai ibu bapa, anda perlu menyokong tumbesaran sihat Si Manja dengan memberinya nutrisi yang baik. Berikan buah-buan dan sayur-sayuran sebagai langkah permulaan kerana ia mengandungi serat. Untuk menyokong sistem usus yang sihat pula, anda boleh memberinya probiotik yang boleh didapati di dalam yogurt atau susu diperkaya. Carilah susu formula terbaik untuk kanak-kanak yang mengandungi probiotik seperti probiotik L. reuteri. 

LACTOGROW® Aktif ialah susu formula bayi dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan diperkaya dengan kebaikan probiotik L. reuteri untuk mengurangkan risiko sembelit dan menyokong perut yang selesa agar Si Manja sentiasa ceria! Dengan 0% sukrosa tambahan, ia mengandungi kombinasi 15 vitamin dan mineral yang memenuhi keperluan nutrisi Si Manja.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.