MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Artikel

PLAYING: Educating Your Child about Allergy

Add this post to favorites

Mendidik Si Manja Tentang Alergi

Sebagai ibu bapa, anda pasti tertanya-tanya bagaimana anda boleh membantu Si Manja jika dia mengalami alergi, atau reaksi alergi.

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

Sebagai ibu bapa, anda pasti tertanya-tanya bagaimana anda boleh membantu Si Manja jika dia mengalami alergi, atau reaksi alergi.Walaupun terdapat ubat-ubatan yang boleh digunakan, anda digalakkan untuk mengajar Si Manja mengenai alergi. Mendidik Si Manja mengenai alergi dan cara untuk menguruskan alergi boleh membantu Si Manja berdikari dan tahu apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan. Berikut adalah cara-cara yang boleh anda lakukan.

1.   Ceritakan tentang Alergi kepada Si Manja
Mulakan dengan mendidik Si Manja mengeni alergi, agar dia faham mengapa ada makanan yang tidak boleh dimakan atau diminum dan bukan sekadar melarangnya. Jika Si Manja terlalu muda untuk memahaminya, cuba gunakan bahasa dan contoh mudah seperti ‘makanan tidak selamat’ dan ‘makanan selamat’. Tunjukkan bentuk dan rupa makanan tersebut, dan sajian mana yang sering menggunakannya.

2.   Ajar Si Manja Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Alergi Berlaku
Bersedia dengan pelan sokongan sekiranya berlaku kecemasan. Langkah pertama tentulah mendidik mereka mengenai tanda, atau apa yang lazimnya mereka rasai apabila alergi berlaku. Sebagai contoh, alergi kulit boleh menyebabkan ruam alergi. Jika mereka tidak sihat, mereka seharusnya memberitahu kepada orang dewasa yang dipercayai. Maklumkan kepada guru dan pengasuh mengenai keadaan Si Manja, dan pastikan pihak sekolah dan pengasuh memiliki nombor telefon anda dan doktor keluarga anda. Alergi Si Manja boleh berkembang menjadi alergi lain. Keadaan ini dikenali sebagai perkembangan alergi. Sebagai contoh, Si Manja mungkin akan mengalami rinitis alergi semasa membesar.

3.   Ajak Si Manja Merancang Sajian Bersama-sama 
Ajak Si Manja bersama apabila anda membeli barangan rumah atau menyediakan makanan. Dengan cara ini, anda berpeluang untuk menunjukkan bahan-bahan yang selamat dan yang tidak selamat kepada mereka. Anda juga boleh meggalakkan mereka untuk mengambil tahu tentang kandungan makanan mereka.

Mendidik Si Manja tentang alergi adalah sangat penting. Bagaimanapun, jika anda mempunyai ragu mengenai rawatan atau cara untuk mengendalikan alergi, berbincanglah dengan doktor anda. Mereka boleh membantu anda dan Si Manja untuk bersiap sedia apabila berdepan dengan sebarang situasi pada masa hadapan. Catatkan nama ubat-ubatan alergi yang digunakan dan maklumkan mengenainya kepada Si Manja, guru atau mana-mana penjaga mereka.

Apakah yang boleh anda lakukan mengenai risko berlakunya alergi? Sebenarnya, risiko alergi boleh dikurangkan. Cara terbaik boleh diketahui daripada diagnosis awal. Anda boleh meminta pakar kesihatan anda melakukan ujian alergi.

Oleh sebab sejarah keluarga turut memainkan peranan untuk menentukan risiko alergi, langkah pertama dan mungkin yang paling penting adalah untuk meneliti sejarah ibu bapa. Salah satu kaedah adalah menggunakan Allergy Risk Tracker (ART) (Penjejak Risiko Alergi). Klik di sini untuk mengambil ujian ini: http://ww2.nestle.com.my/swsw/art_tool.htm

 

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.