Feed icon
Artikel

Usus Sihat, Tubuh Sejahtera

Apabila Si Manja mula merangkak dan berjalan, mereka gemar menerokai setiap pelusuk rumah dan persekitaran mereka. Waktu bermain bermakna menjelajah dan menyentuh semua barangan yang boleh dicapai.

3 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Apabila Si Manja mula merangkak dan berjalan, mereka gemar menerokai setiap pelusuk rumah dan persekitaran mereka. Waktu bermain bermakna menjelajah dan menyentuh semua barangan yang boleh dicapai. Apabila pergerakannya semakin cepat, lebih luas ruang yang boleh dijelajahinya. Sistem imun mereka juga menjadi semakin kuat dan mampu melawan kuman atau sebarang bakteria berbahaya yang berada di sekeliling dan pada barangan yang mereka sentuh.

Pada peringkat ini, nutrisi yang mencukupi akan memberi perlindungan yang diperlukan agar tumbesarannya sihat dan gembira. Usus adalah organ imun terbesar dan 80% daripada sel penghasil-antibodi terdapat di dalam usus. Ia didiami oleh 100 trillion bakteria berfaedah dan bakteria berbahaya. Sebab itulah Si Manja anda perlukan perut yang sihat.

Bakteria berfaedah seperti probiotik Bifidobacteria dan Lactobacilli menjadikan usus sentiasa sihat dan menjadi pelindung daripada gangguan bakteria berbahaya. Jumlah bakteria yang seimbang akan menghasilkan antibodi untuk merangsang, melatih dan membantu mematangkan sistem imun anak, sekaligus membantu melindungi kesihatan Si Manja. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, berikan Si Manja probiotik atau bakteria berfaedah yang menguatkan sistem pertahanan semulajadinya. Sebagai contoh, Bifidobacterium lactis dapat menyokong perut sihat Si Manja dan membantu mengurangkan risiko cirit-birit.

Untuk memastikan banyak nutrisi dalam makanan bayi dapat diserap oleh perut Si Manja anda, cubalah memberinya Bijirin Bayi CERELAC® untuk kanak-kanak berumur 12 bulan yang dirumus khas dengan menggunakan teknologi CHE (Cereals Hydrolysed Enzymatically). Kaedah ini memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam. Ia juga mengandungi probiotik BIFIDUS BL yang membantu memperbaiki mikroflora usus yang berfaedah dalam sistem penghadaman Si Manja dan mengurangkan risiko cirit-birit. 

CERELAC® untuk kanak-kanak berumur 12 bulan mengandungi multibijirin dengan tekstur dan rasa yang dipertingkatkan untuk menambahkan citarasa Si Manja agar dapat menerima pelbagai perisa.

Sediakanlah makanan dengan variasi yang berlainan untuk nutrisi seimbang Si Manja yang boleh diperolehi daripada sumber yang berbeza. Bagaimanapun, elakkan daripada memberikan makanan bayi dalam bentuk ketulan besar atau makanan orang dewasa kepada Si Manja kerana ia boleh mengganggu sistem penghadamannya. Pastikan badan, sistem imun dan penghadaman Si Manja sihat dengan memberinya makanan yang betul, pada masa yang sepatutnya.

Ingin memulakan diet berkhasiat untuk Si Manja? Sudut Resipi kami menyediakan pelbagai resipi enak untuk Si Manja yang boleh anda cuba. 

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.