Si Manja suka dipeluk dan digeletek dan amat gemar dijaga dengan penuh kasih sayang. Memandikan, memakai kan baju dan menidurkan Si Manja adalah satu saat yang sangat istimewa buat anda dan Si Manja untuk menjadi lebih rapat. Mengurut Si Manja anda juga boleh menjadi saat istimewa untuk anda dan Si Manja.
Manfaat Mengurut
Perbuatan mengurut Si Manja dapat menenangkan mereka. Ini akan menghidupkan kesemua deria Si Manja. Perbuatan mengurut Si Manja juga dapat menghilangkan tekanan daripada Si Manja.
Sentuhan juga membantu tubuh Si Manja mudah dibentuk. Ia bukan sahaja boleh membantu sistem pencernaan Si Manja dan bertindak sebagai kelegaan daripada masalah-masalah lain seperti sembelit, ia juga bertindak sebagai kelegaan kepada hidung tersumbat, sembelit dan eczema (kegatalan pada kulit). Mengurut Si Manja juga boleh membantunya tidur secara lena dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk Si Manja. Ini adalah saat yang istimewa untuk anda dan Si Manja.
Mengurut Si Manja
Sebelum mengurut Si Manja, pastikan anda juga tenang. Si Manja anda akan dapat merasai jika anda sedang mengalami tekanan dan tidak akan dapat menikmati urutan dan sentuhan tersebut. Waktu yang terbaik untuk mengurut Si Manja anda adalah pada waktu petang sebelum mandi, untuk membantu Si Manja anda menghilangkan segala tekanan dan kepenatan yang dilalui sepanjang hari. Gunakan minyak bayi atau krim pelembap untuk mengurut Si Manja.
Jika ini adalah kali pertama anda mengurut Si Manja, anda tidak perlu tergopoh-gapah untuk mengurut setiap anggota badan Si Manja. Jika Si Manja tidak selesa dengan urutan anda, mereka akan terkejut dan menolak untuk diurut. Sentuhan anda perlulah lembut dan tenang. Pujuk Si Manja dengan menyanyikan lagu kanak-kanak. Perhatikan Si Manja anda dan lihat terus ke dalam mata mereka untuk menarik perhatian mereka.
Urutan yang lembut dan selesa
Perut
Letak tangan anda di atas perut Si Manja dengan lembut dan mulakan dengan mengikut arah jam. Buat dengan lembut dan berhati-hati tanpa menekan dengan kuat perut Si Manja. Jika Si Manja anda tidak selesa, urut perut mereka dari atas ke bawah. Selang selikan tangan anda. Habiskan urutan Si Manja dengan meletakkan tangan anda secara lembut di atas perut Si Manja. Urutan di perut ini dapat membantu sistem pencernaan Si Manja.
Kaki
Mula mengurut Si Manja dari bahagian bawah kaki dan urut sehingga ke bahagian atas. Ulang perbuatan ini beberapa kali dan berhenti di bahagian bawah kaki Si Manja. Urutan di kaki dapat membantu Si Manja untuk lebih tenang dan menghilangkan kepenatan mereka.
Dada
Urut tapak tangan anda di dada Si Manja dengan lembut. Urut dari tengah dada hingga ke bawah ketiak Si Manja kiri dan kanan. Ulang perbuatan ini beberapa kali. Jika Si Manja mendepakan tangan mereka, teruskan urutan ini dari tangan sehingga ke hujung jari mereka. Urutan ini membantu menjadikan dada Si Manja lebih bidang dan melancarkan sistem pernafasan mereka.
Tapak Kaki
Urut tapak kaki Si Manja kiri dan kanan berselang-seli. Dengan menggunakan ibu jari anda, tekan bahagian bawah tapak kaki Si Manja beberapa kali dan urut sehingga ke bahagian tumit. Ini akan membantu meredakan tekanan dan mewudjudkan rasa kesejahteraan untuk Si Manja.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.