Feed icon
Artikel

Tip pertumbuhan Gigi Si Manja

Pertumbuhan gigi pertama si manja (gigi susu) biasa berlaku pada usia 6 bulan sesuai dengan waktu pengenalan makanan pelengkap. Pertumbuhan gigi boleh menjadi masa yang menyakitkan untuk si manja dan juga anda. Berikut beberapa tip supaya anda dan si manja boleh melaluinya tanpa banyak masalah.

2 minit
hingga baca
By Danial Ahmad , Author
Oct 14, 2021

Tip

  • Cuba alihkah perhatian si manja daripada kesakitan tumbuh gigi mereka dengan perubahan pemandangan atau permainan.
  • Pertimbangkan untuk memberi anak anda teething ring untuk melegakannya daripada kesakitan.
  • Cuba sejukkan teething ring di dalam peti sejuk tetapi jangan di dalam bahagian beku.
  • Si manja juga boleh diberikan mengunyah kerak roti atau roti batang di bawah penyeliaan anda.
  • Sekeping timun yang dikupas, disejukkan di dalam peti sejuk, juga berkesan.
  • Elakkan daripada memberi rusk atau biskut kerana ia mengandungi gula, yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.
  • Tidak ada bukti untuk menyokong bahawa gel tumbuh gigi atau gel tumbuh gigi homeopati berkesan, tetapi jika anda ingin mencubanya, pastikan ia dibuat khusus untuk kanak-kanak. Sila dapatkan nasihat daripada profesional kesihatan sebelum menggunakan sebarang produk tersebut.
  • Jika si manja anda kelihatan amat tidak selesa atau mungkin menjadi demam di dalam proses ini, jangan memberikan ubat kepada di manja tanpa preskripsi daripada profesional kesihatan. Bawa si manja ke klinik, dapatkan rawatan dan nasihat daripada profesional kesihatan.
  • Sebaik sahaja gigi tumbuh, berus dengan ubat gigi berfluorida.
Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.