Jawapan kepada 10 soalan penting mengenai diabetes gestasi
J: Jika anda hamil dan tidak pernah menghidap diabetes sebelum ini serta mempunyai tahap glukosa (gula) darah yang tinggi (biasanya dalam trimester kedua atau ketiga), anda dikatakan menghidap diabetes gestasi. Insulin, sejenis hormon yang dihasilkan oleh tubuh anda, tidak berfungsi dengan sebaiknya untuk memindahkan glukosa dari darah anda ke dalam sel-sel di mana ia dapat membekalkan tenaga. Kebanyakan wanita yang menghidap diabetes gestasi tidak akan terus menghidap diabetes selepas bersalin. Ia disebabkan oleh hormon dicetuskan oleh kehamilan.
J: Ahli sains sendiri tidak tahu jawapan yang pasti tentang perkara ini. Apa yang mereka tahu ialah terdapat kecenderungan yang tinggi untuk menghidap diabetes gestasi jika anda:
- obes (berat badan dan lemak yang berlebihan)
- mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga (seperti ibu, ayah atau adik-beradik yang menghidap diabetes)
- telah mempunyai anak yang beratnya lebih daripada 4kg semasa lahir
- mempunyai diabetes gestasi pada kehamilan sebelumnya atau komplikasi kehamilan lain
- berumur 35 tahun atau lebih.
J: Di seluruh dunia, jumlah wanita yang menghidap diabetes gestasi semakin meningkat. Para saintis tidak tahu mengapa, tetapi sesetengah kumpulan kaum wanita dan etnik lebih cenderung untuk mempunyai kadar diabetes gestasi yang tinggi. Semakin ramai wanita yang obes apabila mereka hamil, mungkin sebahagian daripada puncanya.
J: Boleh. Walaupun beberapa faktor seperti umur atau sejarah keluarga berada di luar kawalan anda, berita baiknya ialah terdapat langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk membantu mengurangkan risiko anda mendapat diabetes gestasi.
- Kekalkan berat badan yang sihat. Sebelum anda hamil, pastikan bahawa anda berada pada berat badan yang sihat, dan sebaik sahaja anda hamil, pantau berat badan anda supaya anda kekal dalam garis panduan yang disyorkan. Ahli sains terkemuka bersetuju bahawa penambahan berat badan terlalu banyak semasa hamil tidak sihat untuk anda, atau Si Manja anda, dan secara langsung boleh mempengaruhi saiz Si Manja semasa lahir. Sesetengah wanita yang berat badannya berlebihan semasa hamil mungkin berfikir mereka melakukan perkara yang terbaik untuk Si Manja mereka, tetapi kajian mendapati bahawa peningkatan berat badan berlebihan semasa hamil meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes gestasi.
- Kekal aktif. Meskipun anda tidak begitu aktif sebelum hamil, masih belum terlambat untuk melakukan senaman apabila anda hamil. Kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa menjalani gaya hidup yang sederhana aktif adalah sihat untuk wanita hamil. Seperti biasa, jika anda tidak pasti adakah ia selamat untuk anda, rujuk dengan penyedia penjagaan kesihatan anda.
- Makan diet yang seimbang. Fikirkan tentang apa yang anda makan, serta saiz hidangan. Makan kuantiti yang sesuai dari lima kumpulan makanan (buah-buahan, bijirin, sayur-sayuran, daging/ikan dan tenusu) yang akan membekalkan kalori dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda sebagai persediaan untuk kehamilan dan kesihatan bakal cahaya mata anda.
- Pertimbangkan myo-inositol dan probiotik. Penyelidikan terbaru menunjukkan makanan tambahan myo-inositol boleh membantu mengurangkan risiko mendapat diabetes gestasi, terutamanya jika anda berisiko tinggi. Cara yang tepat bagaimana myo-inositol berfungsi masih belum difahami sepenuhnya, tetapi beberapa kajian sains menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan kapasiti tisu (seperti tisu otot dan lemak) untuk menyerap glukosa dari darah anda ke dalam sel-sel di mana ia boleh membekalkan tenaga. Myo-inositol secara semula jadi terdapat dalam sel haiwan, tumbuhan, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Makanan tambahan dengan probiotik pula boleh membantu mengimbangi bakteria dalam saluran penghadaman anda dan terdapat beberapa kajian yang mencadangkan jenis-jenis probiotik tertentu mungkin mempunyai peranan dalam mengurangkan risiko diabetes gestasi anda. Namun, pastikan anda mendapat khidmat nasihat dari profesional kesihatan anda atau doctor (HCP) terlebih dulu sebelum menggunakan produk ini.
J: Ya, kebanyakan penyedia penjagaan kesihatan menjalankan ujian saringan darah rutin pada minggu ke-24 hingga 28 untuk memeriksa diabetes gestasi. Ini kerana ramai wanita tidak mempunyai sebarang faktor risiko di atas dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Jika anda berisiko tinggi, penyedia penjagaan kesihatan anda mungkin mengesyorkan anda diuji lebih awal.
J: Tidak semestinya. Adalah penting untuk mengetahui bahawa diabetes gestasi boleh dikawal dan perubahan kepada diet dan senaman anda mungkin cukup untuk mengekalkan tahap glukosa darah anda dalam julat yang sihat, walaupun kadang-kadang ubat-ubatan juga diperlukan. Penyedia penjagaan kesihatan anda boleh memberi nasihat kepada anda.
J: Tidak jika ia berjaya dikawal. Apabila tahap glukosa darah terkawal, kebanyakan ibu dan Si Manja boleh kekal sihat. Jika diabetes gentasi tidak terkawal dan tahap glukosa darah anda kekal terlalu tinggi, glukosa tambahan akan masuk melalui uri kepada cahaya mata anda yang sedang membesar. Glukosa tambahan dalam darah anak anda akan memaksa tubuh mereka untuk menghasilkan lebih banyak insulin. Gabungan glukosa darah tambahan dan insulin ini akan menghasilkan lemak dan boleh menyebabkan anak membesar terlalu besar, terutamanya pada bahagian atas tubuh mereka. Insulin tambahan yang dihasilkan oleh cahaya mata anda juga boleh menyebabkannya mempunyai tahap glukosa darah rendah semasa lahir, yang memerlukan perhatian perubatan.
J: Tidak, itu adalah salah faham yang biasa. Terdapat risiko kesihatan yang serius jika Si Manja anda terlalu besar. Kanak-kanak yang besar boleh mengalami kesukaran semasa di dalam rahim, memasuki saluran kelahiran anda dan komplikasi lain semasa lahir. Setelah mereka lahir, anak yang besar mempunyai risiko masalah pernafasan yang semakin meningkat.
J: Ya, mungkin, jika tidak dikawal dengan betul. Jika anda mempunyai glukosa darah yang tinggi semasa hamil, anda lebih cenderung untuk mempunyai Si Manja yang besar. Kanak-kanak yang dianggap bersaiz besar semasa lahir mempunyai risiko membesar dengan berat badan lebih apabila mereka meningkat usia. Di samping itu, kanak-kanak yang berlebihan berat badan menghadapi peningkatan risiko obesiti ketika dewasa.
J: Ikuti 6 langkah ini untuk membantu mengawal diabetes gestasi anda.
1. Ketahui tahap glukosa darah anda. Tanya profesional kesihatan anda mengenai cara memantau glukosa darah dan apakah julat glukosa darah yang diingini sebelum dan selepas makan.
2. Makan diet yang sihat. Kita semua berbeza, jadi dapatkan nasihat pakar diet tentang penyesuaian pelan makanan supaya anda makan kalori dan nutrien (terutama karbohidrat, protein dan lemak) untuk keperluan tubuh anda.
3. Dapatkan dan kekalkan berat badan yang sesuai semasa hamil.
4. Teruskan senaman sederhana, mengikut nasihat penyedia penjagaan kesihatan anda.
5. Ambil sebarang ubat yang telah ditetapkan untuk anda.
6. Hadiri semua janji temu supaya penyedia penjagaan kesihatan anda boleh mengukur dan memantau perkembangan bakal Si Manja anda.
Sumber
American Diabetes Association. Standards of medical care in diabetes. Diabetes Care 2014; 37:Supplement 1.
American Association of Diabetes Educators. (2003). Core Curriculum for Diabetes Educators (CDE). Chicago: AADE.
The American College of Obstetricians and Gynecologists. Practice Bulletin: Gestational Diabetes Mellitus. Obstet Gynecol 2013; 122:406-16.
Barrett HL, Callaway LK, Nitert MD. Probiotics: a potential role in the prevention of gestational diabetes. Acta Diabetol 2012; 49:S1-S13.
Celentano C, Matarrelli B, Mattel P et al. Myo-inositol supplementation to prevent gestational diabetes mellitus. Curr Diab Rep 2016; 30, doi 10.1007/s11892-016-0726-6.
Crawford TJ, Crowther CA, Alsweiler J. Antenatal dietary supplementation with myo-inositol in women during pregnancy for preventing gestational diabetes. Cochrane Database Syst Rev 2015; 17:doi: 10.1002/14651858.CD011507.pub2.
Croze ML, Soulage CO. Potential role and therapeutic interests of myo-inositol in metabolic diseases. Biochimie 2013; 95:1811-27.
Hod M, Kapur A, Sacks D et al. The international federation of gynecology and obsetetrics (FIGO) initiative on gestational diabetes metllitus: A pragmatic guide for diagnosis, management and care. Int J Gynaecol and Obstet 2015; 131:S173-S211.
IOM (Institute of Medicine) and NRC (National Research Council) (2009). Weight Gain During Pregnancy: Reexamining the Guidelines. Washington DC: The National Academies Press.
Isolauri E, Rautava S, Collado MC et al. Role of probiotics in reducing the risk of gestational diabetes. Diabetes Obes Metab 2015; 17:713-9.
Jiwani A, Marseille E, Lohse N, Damm P et al. Gestational diabetes mellitus: results from a survey of country prevalence and practices. J Matern Fetal Neonatal Med 2012; 25: 600-10.
Laitinen K, Poussa T, Isolauri E and the Nutrition, Allergy, Mucosal Immunology and Intestinal Microbiota Group. Probiotics and dietary counselling contribute to glucose regulation during and after pregnancy: a randomised controlled trial. Br J Nutr 2009; 101:1679-87.
Landon MB, Spong CY, Thom E et al. A multi-center, randomized trial of treatment for mild gestational diabetes. Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development Maternal-Fetal Medicine Units Network. N Engl J Med 2009; 361: 1339-48.
Luoto R, Laitinen K, Nermes M et al. Impact of maternal probiotic-supplemented dietary counseling on pregnancy outcome and prenatal and postnatal growth: a double-blind, placebo-controlled study. Br J Nutr 2010; 103:1792-9.
Metzger BE, Gabbe SG, Persson B et al. International association of diabetes and pregnancy study groups recommendations on the diagnosis and classification of hyperglycemia in pregnancy. Diabetes Care 2010; 33:676-82.
Muktabhant B, Lumbiganon P, Ngamjarus C et al. Interventions for preventing excessive weight gain during pregnancy. Cochrane Database Syst Rev 2014; doi: 10.1002/14651858.CD997145.pub2.
Muktabhant B, Lawrie TA, Lumbiganon P et al. Diet or exercise, or both, for preventing excessive weight gain in pregnancy (Review). Cochrane Database Syst Rev 2015; doi: 10.1002/14651858.CD007145.pub3.
Santamaria A, Di Benedetto A, Petrella E et al. Myo-inositol may prevent gestational diabetes onset in overweight women: a randomized, controlled trial. J Matern Fetal Neonatal Med 2015; doi: 10.3109/14767058.2015.1121478.
World Health Organization. Diagnostic criteria and classification of hyperglycemia first detected in pregnancy. World Health Organization 2013.
World Health Organization. Diabetes Fact Sheet. World Health Organization 2016.
https://www.nichd.nih.gov/publications/pubs/gest_diabetes/Pages/sub2.aspx
http://www.cdc.gov/diabetes/basics/gestational.html
http://www.diabetes.org/diabetes-basics/gestational/what-is-gestational-diabetes.html
Last revised: August, 2016
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.