Feed icon
Artikel

Simptom Pertumbuhan Gigi Bayi

Setiap bayi akan memiliki detik pertumbuhan gigi yang berbeza-beza. Pertumbuhan gigi pada bayi biasanya bermula pada saat ia berumur lima hingga sebelas bulan.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Setiap bayi akan memiliki detik pertumbuhan gigi yang berbeza-beza. Pertumbuhan gigi pada bayi biasanya bermula pada saat ia berumur lima hingga sebelas bulan. Ada beberapa tanda dapat menunjukkan bahawa gigi akan mulai tumbuh dari semasa ke semasa tanpa disedari ibu bapa.

Secara umumnya gigi pertama bayi yang tumbuh bermula daripada gigi depan bawah. Kemudian gigi depan atas akan menyusul tumbuh satu atau dua bulan kemudiannya. Sehinggalah anak anda berumur tiga tahun, mereka memiliki 20 gigi pertama atau secara lazimnya dikenali sebagai gigi susu.


Bagaimanakah cara untuk mengenalpasti bayi sedang mengalami simptom pertumbuhan gigi?

Antara tandanya ialah gusi bayi anda akan menjadi bengkak di tempat gigi tersebut. Segelintir bayi pasti akan berasa tidak selesa dalam proses pertumbuhan gigi mereka ini sehingga cenderung merengek, menangis, menolak untuk makan atau minum malah sering terjaga pada waktu malam. Keadaan ini akan bermula tiga hingga lima hari sebelumnya dan akan berkurangan setelah gigi bayi anda sudah muncul ke permukaan gusi.


Pengeluaran air liur yang kerap

Perlu diketahui bahawa pertumbuhan gigi merangsang pengeluaran air liur dan perkara ini secara umumnya akan terjadi pada bayi usia 10 minggu hingga 3 atau 4 bulan. Dengan kuantiti air liur yang banyak, bayi anda bersedia untuk tumbuh gigi mengikut umurnya dan ibu bapa harus peka bagi mengelakkan bayi anda untuk demam atau selain daripada itu.


Ruam pada dagu atau wajah

[[{"fid":"92621","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[en-gb][0][value]":"baby face","field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","field_deltas":{"5":{"format":"default","field_file_image_alt_text[en-gb][0][value]":"baby face","field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"alt":"baby face","class":"media-element file-default","data-delta":"5"}}]]

Jika bayi anda sedang mengalami pertumbuhan gigi dan selalunya bayi akan mengeluarkan air liur dalam kadar yang banyak seharian. Ada kalanya jika bayi anda mengeluarkan begitu banyak air liur sehingga lelehan terkena pada permukaan muka atau badan mereka.

Lelehan air liur bayi juga boleh menimbulkan ruam merah di sekitar dagu, wajah ataupun juga muncul pada bahagian leher dan dada pada sesetengah bayi. Penyebabnya adalah kerana  hubungan langsung daripada air liur itu sendiri.

Ibu bapa disarankan untuk mengelap air liur bayi mereka dengan sapu tangan atau tuala bagi membantu mereka mengurangkan kemungkinan timbulnya ruam pada dagu atau wajah mereka.


Dapatkan rawatan doktor

[[{"fid":"27376","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"A healthcare professional checking up on a baby","field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","field_deltas":{"2":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"A healthcare professional checking up on a baby","field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"alt":"A healthcare professional checking up on a baby","height":"451","width":"680","class":"media-element file-default","data-delta":"2"}}]]

Ibu bapa perlu mendapatkan ubat untuk menghindar ruam yang akan berlaku pada bayi mereka dengan menggunakan krim kulit khusus untuk bayi mereka mengikut nasihat daripada doktor.


Batuk

[[{"fid":"27381","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"A baby coughing","field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","field_deltas":{"3":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"A baby coughing","field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"alt":"A baby coughing","height":"451","width":"680","class":"media-element file-default","data-delta":"3"}}]]

Kuantiti air liur yang banyak juga boleh membuatkan bayi tersedak dan batuk. Ibu bapa pasti berasa khuatir jika batuk ini disertai dengan tanda-tanda demam lain yang bakal berlaku pada bayi seperti selesema atau alergi. Jadi pastikan bayi anda tidak terkena sebarang demam agar mereka dapat melalui proses pertumbuhan gigi dengan lebih selesa.


Bayi kerap menggigit

baby-chewing-on-a-toy_680-v2

Bayi anda menjadi lebih kerap dan gemar untuk mengigit jari atau mainan mereka. Selalunya ia berlaku kerana untuk mengurangkan tekanan pada gusi. Kebiasaannya tekanan yang ditimbulkan oleh gigi mereka akan terasa melalui gusi dan menyebabkan bayi mereka merasakan kurang selesa juga. Tetapi ketidakselesaan bayi sebenarnya bermula melalui gigitan pada jari atau mainan mereka yang menandakan pertumbuhan gigi sedang berlaku pada bayi mereka.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.