MyFeed Personalized Content
Selepas bersalin
Artikel
Add this post to favorites

Apa yang Perlu Dilakukan Selepas Kelahiran Si Manja: Meluangkan Masa Cuti Paterniti anda dengan Bijak

Cuti paterniti adalah satu peluang untuk bapa baru untuk meluangkan masa bersama Si Manja yang baru lahir dan membantu pasangannya di rumah.

2 minit hingga baca Feb 19, 2021

Cuti paterniti adalah satu peluang untuk bapa baru untuk meluangkan masa bersama Si Manja yang baru lahir dan membantu pasangannya di rumah. Walaupun beberapa bapa mungkin telah merancang masa mereka, tetapi ada juga yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan semua masa terluang di rumah. Berikut adalah beberapa cara untuk meluangkan cuti paterniti anda.


Membantu Pasangan di Rumah

 

Dalam beberapa hari pertama selepas bersalin, pasangan anda pasti menghargai segala bantuan di rumah. Apabila dia perlukan rehat, anda boleh bantu menjadi seorang bapa yang cekap. Lagipun, menjaga Si Manja bukanlah kerja seorang ibu sepanjang masa. Anda boleh tolong menukarkan lampin dan mandikan. Apabila terdengar Si manja menangis, anda orang yang perlu sentiasa memeriksa mereka. Jangan takut untuk menjaga Si Manja anda bersendirian, inilah langkah-langkah pembelajaran. Tambahan pula, anda akan menghargai masa bersama Si Manja anda setelah pulang dari kerja. Anda juga boleh membantu pasangan anda dengan melakukan kerja-kerjanya di rumah.


Luangkan Masa dengan Keluarga Anda

 

Hari cuti anda adalah masa yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga baru anda, terutamanya Si Manja baru anda. Pergi berjalan-jalan ke taman dengan pasangan anda dan Si Manja anda. Anda mungkin memerlukan nafas udara segar setelah sekian lama terkurung di rumah. Ia juga merupakan cara terbaik untuk bersenam dan mengurangkan tekanan. Jika anda meluangkan masa bersama Si Manja anda, belajar tentang apa yang membuatkan Si Manja anda gembira. Ketahui bagaimana untuk membuai Si Manja anda sehingga tidur.


Pastikan Asmara Sentiasa Berputik

 

Anda dan pasangan masih lagi boleh bergembira selepas Si Manja anda dilahirkan. Pergi temu janji biasa bersama Si Manja anda di dalam lengan sling. Jika anda berada di rumah, tonton filem bersama-sama ketika malam. Sedangkan suatu petang di taman masih lagi romantis bagi anda berdua.

Anda boleh merancang cuti paterniti anda dengan lebih teliti tetapi kadang-kadang ia tidak juga akan mengikut perancangan. Jangan berasa tertekan dengan perkara sebegini. Hanya pastikan untuk melakukan dengan sebaik mungkin dan meluangkan masa yang ada bersama keluarga anda.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.