Kesihatan Mental Postpartum: Memastikan Kesejahteraan Emosi
Usah risau, ia adalah normal jika anda tidak merasakan perasaan yang tenang dan gembira seperti yang anda imaginasikan. Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kesihatan mental postpartum anda dan memastikan kesejahteraan emosi selepas bersalin.
1. Tiada ibu yang sempurna
Meskipun anda mempunyai rakan-rakan dan keluarga yang berniat baik, tiada ibu yang sempurna untuk melakukan apa sahaja yang betul. Anda mungkin mengalami tekanan rakan sebaya untuk memiliki keluarga yang sempurna serta sikap sempurna seorang ibu. Marilah kami memberitahu anda satu rahsia yang mungkin anda sudah tahu, tidak perlulah membandingkan diri anda dengan ibu-ibu lain.
Jika anda cuba untuk menepati imej sebagai seorang ibu yang sepatutnya, anda mungkin akan gagal untuk mencapainya dan akan rasa bersalah. Ia tidak akan membantu kesihatan mental postpartum mahupun memastikan kesejahteraan emosi anda selepas bersalin. Anda mungkin tidak suka beberapa aspek tertentu dalam penjagaan anak anda seperti menangis pada tengah malam atau menukar lampin. Itu tidak mengapa. Tiada siapa yang suka lampin busuk atau terjaga pada tengah malam. Jadi anda tidak perlulah terperangkap dalam menjadi sempurna untuk anak anda.
2. Ikatan keibuan tidak datang begitu sahaja
Kebanyakan ibu mengharapkan detik ajaib di mana mereka merasakan sesuatu hubungan bersama anak mereka selepas bersalin. Sebenarnya penjalinan hubungan dengan anak anda pada pertama kali mungkin tidak seperti yang anda jangkakan.
Kadang-kala ia mengambil masa untuk membina ikatan seperti mana-mana hubungan normal. Anda mungkin belum bersedia lagi untuk menjadi seorang ibu. Itu sememangnya normal. Anda perlu meluangkan masa dengan anak anda dan bersabar. Kemesraan dan keinginan untuk memberikan perlindungan dan penglibatan akan datang secara perlahan-lahan.
3. Takut akan ketidakcekapan adalah normal
Sebahagian daripada menyokong kesihatan mental postpartum anda adalah dengan memahami perjalanan seorang ibu adalah satu proses pembelajaran. Banyak perkara yang anda tidak akan tahu terutamanya jika anda seorang ibu buat pertama kalinya. Sama seperti anda tidak mengharapkan bayi anda yang baru lahir untuk berjalan dengan serta-merta. Anda tidak boleh menyalahkan diri sendiri jika anda tidak berpengalaman seperti ibu-ibu yang lain.
Semasa anda membesar bersama anak anda, anda akan mempelajari tentang apa yang terbaik untuk anak anda. Anda akan lihat bagaimana anak anda memberi respon kepada anda. Sudah tentu kami tidak menjanjikan kesenangan berterusan, tetapi apa-apa pun ianya masih lagi dalam proses pembelajaran.
Salah satu bahagian terpenting dalam perjalanan seorang ibu adalah menetapkan masa untuk jauh daripada keperluan anda sendiri. Apabila anda perlu berehat, mintalah sokongan daripada pasangan atau keluarga anda. Bantuan sekali-sekala akan membantu melegakan sedikit tekanan. Anda perlulah menjaga keperluan sendiri juga untuk memastikan kesihatan mental postpartum dan kesejahteraan emosi anda.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.