Jaga Si Manja anda – sebelum anda hamil!
Anda mungkin tahu tentang pentingnya amalan pemakanan yang baik dan mengekalkan berat badan yang sesuai semasa hamil, tetapi adakah anda menyedari bahawa terdapat perkara yang boleh anda lakukan untuk bakal cahaya mata anda sebelum anda hamil? Menjaga bakal Si Manja anda bermula dengan menjaga diri anda.
Langkah pertama, periksa berat badan. Adakah ia berada pada tahap yang sihat. Selain memberi kesan ke atas keupayaan anda untuk hamil, berat badan anda boleh mempengaruhi kehamilan yang sihat. Mempunyai berat badan berlebihan atau kurang berat badan sebelum anda hamil mungkin mempunyai kesan ke atas pertumbuhan dan perkembangan bakal Si Manja anda.
Kira-kira 40% kehamilan tidak dirancang dan anda mungkin hamil selama beberapa hari atau minggu sebelum anda menyedarinya, jadi cara yang baik adalah dengan memulakan penjagaan terdahulu. Suplemen asid folik akan menyokong perkembangan tulang belakang dan otak Si Manja anda, yang penting pada hari-hari awal selepas konsepsi (bila anda mungkin tidak tahu bahawa anda hamil).
Panduan wanita bijak untuk persediaan kehamilan yang sihat:
- Berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang sihat.
- Amalkan diet sihat dan seimbang yang kaya dengan nutrien.
- Pertimbangkan untuk mengambil vitamin asid folik, atau makanan suplemen multivitamin/mineral. Kajian menunjukkan ia boleh memberi kesan positif kepada kesuburan. Ia juga akan membantu perkembangan awal cahaya mata anda sebaik sahaja anda hamil.
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol. Tidak ada had yang selamat dalam pengambilan alkohol, jadi hentikan sepenuhnya.
- Hadkan jumlah pengambilan kafein.
“Membuat pilihan diet dan gaya hidup sebelum anda hamil boleh meningkatkan kesihatan anda dalam kesediaan untuk kehamilan, serta mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat, pertumbuhan dan perkembangan bakal Si Manja anda," jelas Dr. Sanjeev Ganguly, pakar pediatrik dan Ketua Hal Ehwal Perubatan di Nestlé Nutrition.
Sumber
Chavarro JE, Rich-Edwards JW, Rosner BA et al. Diet and lifestyle in the prevention of ovulatory disorder infertility. Obstet Gynecol 2007; 110:1050-8.
Homan G, Litt J, Norman RJ. The FAST study: Fertility ASessment and advice Targeting lifestyle choices and behaviours: a pilot study. Hum Reprod 2012; 27(8):2396-404.
IOM (Institute of Medicine) and NRC (National Research Council). Weight Gain During Pregnancy: Reexamining the Guidelines. Washington, D.C.: The National Academies Press, 2009.
Lassi, ZS, Imam AM, Dean SV et al. Preconception care: caffeine, smoking, alcohol, drugs and other environmental chemical/radiation exposure. Reprod Health 2014; 11(Suppl 3):S6. doi:10.1186/1742-4755-11-S3-S6.
Ramakrishnan U, Grant F, Goldenberg T et al. Effect of women’s nutrition before and during early pregnancy on maternal and infant outcomes: A systematic review. Paediatr Perinat Epidemiol 2012; 26(Suppl. 1):285–301.
Sharma R, Biedenharn K, Fedor J et al. Lifestyle factors and reproductive health: taking control of your fertility. Reprod Biol Endocrinol 2013; doi: 10.1186/1477-7827-11-66
Singh S, Sedgh G, Hussain R. Unintended pregnancy: worldwide levels, trends, and outcomes. Stud Fam Plann. 2010; 41(4):241–50.
Temel S, vanVoortst S, Jack B et al. Evidence-based preconceptional lifestyle interventions. Epidemiol Rev 2014; 36:19-30.
Last revised: August, 2016
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.