Feed icon
Artikel

Permulaan Memegang Makanan Baharu oleh Si Manja

Apabila usia Si Manja mencecah 8 bulan, dia mula memegang makanan baharu menggunakan tangannya.

2 minit
hingga baca Feb 19, 2021

 

Apabila usia Si Manja mencecah 8 bulan, dia mula memegang makanan baharu menggunakan tangannya. Kemahiran motornya semakin berkembang dan kebolehan memegang ini dikenali sebagai pegangan sepit di mana Si Manja berkemampuan untuk memegang objek kecil menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Ia akan berubah menjadi kemampuan untuk Si Manja makan sendiri tanpa disuap. Dengan pertumbuhan gigi yang semakin banyak, Si Manja juga sudah boleh mengunyah makanan yang lebih bertekstur yang mengandungi cebisan kecil.

Pada peringkat ini, anda perlu menggalakkan Si Manja untuk menggenggam jemarinya kerana cara ini dapat membantu meningkatkan kemahiran motor semasa mereka membesar. Anda boleh membantunya dengan memperkenalkan kudapan buah yang dipotong kecil atau keju lembut berpastur. Makanan ini boleh dipegang dengan mudah oleh Si Manja. Si Manja juga telah boleh mengunyah makanan bayi yang lebih bertekstur dan cebisan kecil daging ayam atau ikan dimasak yang dicampurkan ke dalam bijirin bayi mereka. Bagaimanapun, anda perlu memastikan tiada cebisan bersaiz dewasa di dalam makanan mereka untuk mengelakkan daripada tercekik.

Untuk memastikan perut Si Manja dapat menyerap lebih nutrisi, cubalah memberinya Bijirin Bayi CERELAC® untuk 8 bulan yang diformulasi khas menggunakan teknologi CHE (Cereals Hydrolysed Enzymatically). Kaedah ini memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam. Ia juga mengandungi probiotik BIFIDUS BL yang membantu memperbaiki mikroflora usus yang berfaedah di dalam sistem penghadaman Si Manja dan mengurangkan risiko cirit-birit.
CERELAC® untuk 8 bulan mengandungi multibijirin dengan tekstur dan rasa yang dipertingkatkan untuk menggalakkan citarasa Si Manja agar dapat menerima pelbagai perisa .

Apabila anda berasa ragu-ragu, perkenalkan makanan baharu dalam jumlah yang kecil agar anda dapat memerhatikan sebarang tanda alergi. Berikan kebaikan dan keenakan tekstur baharu untuk Si Manja nikmati!

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mencampur dan memadankan bahan-bahan ini dengan bijirin bayi yang lazat, layari Sudut Resipi kami untuk pelbagai idea hebat yang boleh disediakan untuk Si Manja anda.  

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.