Anda dapat mengukir kenangan-kenangan manis apabila anda sekeluarga pergi berjalan-jalan atau bercuti. Perjalanan hari ini lebih mesra keluarga berbanding dengan 20 tahun yang lalu. Walaupun demikian, perancangan awal masih penting untuk diamalkan. Cuba petua-petua ini supaya perjalanan berkeluarga lebih seronok.
Bagaimana untuk bersedia
Pastikan anda merancang dengan teliti. Prihatinlah butiran-butiran kecil semasa perjalanan sekeluarga. Ingat, keperluan anak anda adalah berbeza daripada anda.
- Cari tempat-tempat yang sesuai untuk kanak-kanak. Semaklah dari dalam talian, dengan ejen pelancongan anda atau hubungi hotel lebih awal untuk mengetahui tentang keperluan serta lokasi-lokasi yang sesuai untuk kanak-kanak di destinasi percutian anda.
- Sewalah kerusi duduk kanak-kanak atau katil bayi yang selamat apabila melancong ke luar negara.
- Rancang perjalanan anda pada waktu anak anda biasanya tidur. Ini akan mengurangkan kebosanan perjalanan yang panjang untuk anak anda.
- Biasakan anak anda duduk dalam kerusi kanak-kanak di dalam kereta dengan bermain denganya.
- Berhenti rehat secara lebih kerap jika anda memandu. Ia lebih seronok untuk anak anda supaya dia boleh pergi ke tandas, berehat untuk makan minum atau menikmati pemandangan.
- Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita cenderung untuk membawa lebih banyak barang daripada yang diperlukan. Sering kali, kita tidak akan menggunakannya. Cuba senaraikan hanya barang-barang yang diperlukan supaya anda dapat meringankan beg-beg yang dibawa bersama dalam perjalanan anda.
Dalam perjalanan anda
Keseronokan bermula! Berikut adalah beberapa petua yang baik untuk diingati supaya perjalanan anda seronok.
- Bawa bersama mainan kegemaran anak anda dan mungkin satu mainan baru untuk memastikan dia sibuk bermain semasa perjalanan.
- Sentiasa sediakan satu beg "keperluan" dan bawanya bersama anda. Beg ini harus diisi dengan lampin ganti, pakaian tambahan dan beg plastik untuk membuang lampin terpakai.
- Perjalanan anda boleh bagaikan mimpi ngeri jika anak anda lapar. Pastikan anda ada makanan yang disediakan untuk perjalanan.
- Simpanlah makanan pejal seperti bijirin bayi yang mudah untuk disediakan, anda hanya perlu tambah air dan kacau.
- Makanan ringan dan minuman kegemaran senang disediakan.
- Jangan lupa untuk membawa bersama ubat-ubatan anak anda, jika perlu.
- Lebih penting lagi, bawa bersama nombor telefon kecemasan dan ketahui lokasi hospital terdekat.
Apabila anda sampai ke destinasi
Hanya beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam perjalanan berkeluarga.
- Pastikan bilik adalah selamat dan mesra kanak-kanak. Semak jika ada tempat-tempat yang berbahaya di mana anak anda boleh memanjat, melompat, jatuh atau mengetuk kepalanya. Pastikan punca-punca elektrik, puncak meja atau sudut meja, lantai tidak rata, dan sebagainya dijaga supaya kemalangan tidak berlaku.
- Anda mungkin ingin membawa beberapa penutup soket elektrik.
- Bawa pita tep bersama anda, kerana anda mungkin perlu melekatkan beberapa barangan longgar dan menonjol
- Jangan lupa untuk berseronok!
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.