Penurunan Berat Badan Postpartum: 4 Rahsia Untuk Mengurangkan Berat Badan Dengan Sihat Selepas Bersalin
Penurunan berat badan postpartum adalah besar ujiannya, sebesar-besar Gunung Everest. Selepas bersalin anda mungkin mengharapkan untuk segera kembali ke bentuk badan ketika pra-kehamilan anda. Lagipun, anda mungkin berasa kurang yakin untuk melihat perubahan badan anda yang begitu banyak selepas kehamilan. Masalahnya ibu-ibu semua, anda mungkin tidak akan menjadi seperti selebriti-selebriti terkenal yang kehilangan 10kg dalam masa sebulan. Tetapi anda boleh kekal sihat dan mengurangkan berat badan selepas bersalin dengan tip-tip mudah ini.
1. Tetapkan Matlamat untuk Menurunkan Berat Badan yang Sesuai
Kami utamakan perkara ini. Kehilangan sejumlah besar berat badan dalam masa yang singkat adalah tidak sihat dan bukanlah kaedah yang perlu digunakan untuk mencapai sasaran itu. Tambahan pula, untuk menurunkan berat badan secara mendadak selepas bersalin boleh menyebabkan anda menambah berat badan selepas itu, kecuali jika itu yang anda mahukan.
Ingin menurunkan berat badan dengan sihat selepas bersalin? Tetapkan penurunan kira-kira 500-600g seminggu. Anda akan kehilangan 2kg dalam masa sebulan dan sekurang-kurangnya 24kg dalam masa setahun!
2. Makanan yang baik memberikan mood yang baik
Jangan melangkau waktu makan! Ulangi ini, "Apabila makanan itu baik, kebaikannya datang daripada makanan itu." Dengan segala kesibukan dalam kegembiraan yang berterusan, anda mungkin terlupa untuk makan. Jika anda tidak makan, anda tidak akan mempunyai tenaga untuk bersenam dan mungkin tidak dapat mengurangkkan berat badan.
Makan 5 hingga 6 kali sehari. Bukan makan tengah hari dan sarapan tengah hari yang banyak tetapi makanan yang seimbang bersama dengan makanan ringan. Pilih makanan yang rendah kalori seperti roti gandum dan bijirin, dan dapatkan protein anda daripada ikan dan ayam tanpa kulit. Kalsium juga penting kerana ia akan berkurangan semasa melahirkan anak. Jangan lupa untuk minum air. Anda mungkin tidak mahu berjalan-jalan seperti mumia kering.
3. Senaman juga menyeronokkan
Sebut sahaja senaman, apa yang terlintas di fikiran adalah satu larian yang membosankan di atas treadmil. Bersenam untuk menurunkan berat badan selepas bersalin boleh menjadi seronok, seperti mencangkung sambil membawa bayi anda. Gunakan tangga. Pergi berjalan di taman dan kenalkan bayi anda kepada ibu-ibu yang lain.
Jangan gunakan segala tenaga yang ada pada satu masa, cuba satu senaman dalam satu masa. Tidak boleh berjalan selama 10 minit? Cuba 5. Tidak boleh buat 20 cangkungan? Cuba 10. Lambat laun anda mungkin akan menukarkan senaman menjadi hobi yang menyeronokkan. Bawa bersama pasangan anda; dia mungkin perlu kurangkan malas dan bersenam. Anda tidak memerlukan bapa yang malas berkeliaran di rumah!
4. Sentiasa positif tetapi realistik
Ia adalah baik untuk mempunyai matlamat akhir dan ia baik untuk mengingatkan diri anda terhadap semua pencapaian di sepanjang jalan.
Kehamilan boleh mengubah kehidupan dan juga tubuh badan anda. Ia seperti menyusun semula badan anda dengan cara yang baru. Pinggul anda mungkin kelihatan sedikit lebih luas. Anda mungkin tidak akan menjadi seperti diri anda ketika pra-hamil setelah bersenam untuk beberapa bulan. Ia tidak mengapa. Jika anda sihat, anda telah lakukannya dengan baik. Ingat bahawa menjadi sihat adalah lebih penting.
Bersabarlah dengan berat badan anda dan fokus kepada pencapaian harian anda. Jika anda memerlukan sokongan, bercakaplah dengan pasangan anda; dia mungkin akan mendapat manfaat dengan mengikuti rancangan penurunan berat badan anda. Kekal sihat, kekal hebat, dan kekal cantik kepada ibu-ibu semua.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.