Pengasuh, penjaga atau sekolah asuhan kanak-kanak... Setiap pilihan mempunyai baik dan buruknya. Hanya anda boleh membuat pilihan yang paling sesuai untuk anak anda dan keluarga anda. Di sini terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk membantu anda membuat pilihan:
Tip-tip untuk mendisiplinkan anak anda
Disiplin adalah penting untuk mengajar anak anda tingkah laku yang sesuai, mengetahui perbezaan antara yang benar dengan yang salah, dan memupuk nilai-nilai keluarga dengan cara yang penuh kasih sayang dan hormat. Ini akan memudahkan penjagaan anak anda pada masa hadapan.
Memahami anak anda
Kanak-kanak mempunyai perbendaharaan kata dan keupayaan berkomunikasi yang terhad. Perangai mereka tidak menentu dan mereka juga kekok. Emosi mereka juga mempunyai naik dan turunnya. Mereka boleh riang gembira satu minit dan menjadi perengus kemudiannya. Semuanya seakan-akan milik mereka dan kebanyakan masa, mereka tidak tahu tingkah laku mana yang betul atau tidak pada usia muda ini. Semua ini benar-benar boleh menguji kesabaran anda kerana mereka boleh melampaui batas apabila anda menjaga anak anda.
Ia akan mengambil masa, kesabaran, kasih sayang dan persefahaman untuk anak anda belajar dan menghormati kuasa anda sebagai ibu bapa. Walaupun setiap kanak-kanak adalah unik dengan cara mereka sendiri dan patut dijaga mengikut keperluan individu, berikut adalah beberapa petua umum untuk mendisiplinkan anak anda.
Tetapkan peraturan dengan jelas. Tetapkan sempadan. Pastikan anak anda memahami apa yang betul dan apa yang salah.
Konsisten. Jika tingkah laku tertentu tidak boleh diterima di rumah kawan atau di luar, ia juga tidak boleh diterima di dalam rumah. Walaupun sukar, kita harus konsisten dengan peraturan kita. Kalau tidak, kanak-kanak boleh keliru akan apa yang benar-benar boleh diterima dan tidak.
Tegas tetapi bersikap persefahaman. Sebaik sahaja anda berkata "tidak", jangan berubah fikiran. Anda harus berpegang teguh kepada peraturan anda walaupun anak anda akan cuba membengkokkan peraturan atau mengubah fikiran anda. Malah, apabila orang lain menjaga anak anda, pastikan mereka pun tahu peraturan-peraturan yang anda tetapkan. Ambil masa untuk menjelaskan mengapa anda berkata "tidak".
Bersikap lembut. Biasanya anak anda akan menghormati keputusan anda jika anda bercakap dengan lembut. Seringkali, ia bukan apa yang anda katakan, tetapi bagaimana anda mengatakannya.
Berjaga-jaga. Sentiasa awasi anak anda supaya mereka tahu anda sedang meneliti tingkah laku mereka.
Bersikap realistik. Ingat, apa yang lazim bagi orang dewasa tidak lazim untuk kanak-kanak. Tetapkan sempadan atau peraturan yang realistik.
Berlaku adil. Jelaskan kesilapan yang dibuat olehnya dengan terang supaya anak anda tidak keliru akan kesilapannya. Hanya mengkritik kesilapan atau kelakuan jahatnya, tetapi bukan dirinya.
Bersabar. Jangan memukul anak anda apabila marah pada masa itu kerana anda tidak boleh menarik balik tindakan anda. Kebanyakan masanya, anak anda hanya menguji dan belajar, dan kebanyakan kesilapan mereka adalah dilakukan secara tidak sengaja. Cuba mengira hingga sepuluh dahulu!
Bersetuju bersama. Setiap ibu dan bapa mungkin mempunyai gaya disiplin yang berbeza. Bincangkan dan setuju bersama akan peraturan penting yang mesti dilaksanakan supaya anda dapat menyemai nilai-nilai yang baik dalam anak anda. Ini boleh mengelakkan anda mengelirukan anak anda. Sokonglah keputusan disiplin yang dibuat oleh pasangan anda walaupun anda tidak bersetuju. Bincangkan isu-isu yang bercanggah secara peribadi supaya anda berdua boleh, bak kata pepatah, bersetuju untuk tidak bersetuju.
Menjadi kreatif. Jadikan ia satu pengalaman yang menyeronokkan untuk anak anda mengikut peraturan. Cuba selitkan peraturan dalam permainan. Sebagai contoh, anda boleh mengatakan anda tidak akan menggelitik jari kakinya jika dia pergi mandi. Gunakan nada yang menggalakkan tentang perkara-perkara seperti membersihkan diri atau mempunyai akhlak yang baik.
Jadi teladan yang baik. Anak anda suka sangat meniru anda. Jadi, pastikan anda menjadi teladan yang baik baginya. Terangkan tindakan anda walaupun mereka tidak faham mengapa anda lakukan sesuatu dengan cara yang tertentu. Tindakan anda lebih berkesan daripada kata-kata anda.
Jadilah pendengar yang lebih baik. Tunjukkan betapa pentingnya anak anda dengan mendengar apa yang anak anda berkata. Ini membina keyakinan, menggalakkan rasa hormat dan memberi jaminan kepada anak anda bahawa anda akan bertimbang secara adil akan kesilapannya.
Jadilah penggalak. Berilah pujian kepada anak anda jika dia berkelakuan baik. Puji dengan perkataan yang positif atau tindakan yang memaparkan kasih sayang seperti pelukan. Pengukuhan yang positif akan meningkatkan harga diri dan motivasi anak anda untuk menjadi lebih baik dalam mematuhi peraturan.
Menjadi penyayang. Ia adalah penting untuk anak anda rasa disayangi dan selamat. Sentiasa memberikan banyak pelukan dan ciuman kepada anak anda supaya dia tahu anda sayang dia walaupun anda perlu mendisiplinkan dia.
YA, anda boleh berkata "TIDAK"
Adakah anda mempunyai masalah berkata "TIDAK" kepada anak anda? Jika anak anda mempunyai terlalu banyak alat mainan, anda seperti kebanyakan ibu bapa lain sukar berkata "TIDAK". Tetapi anda harus tahu berkata "TIDAK". Apabila digunakan dengan betul, ia menunjukkan kasih sayang yang sama seperti bila anda berkata "YA".
Di sini ada beberapa sebab mengapa berkata "TIDAK" akan memberi didikan yang positif kepada Si Manja anda.
Berikut adalah kaedah-kaedah untuk berkata "TIDAK"
- Katakan "TIDAK" secara tegas tetapi lembut.
- Terangkan mengapa anda mengatakan "TIDAK" supaya si manja faham sebab anda berkata demikian adalah untuk melindunginya. Mungkin anda boleh mengukuhkan penjelasan anda dengan menggunakan kenyataan penyayang seperti "Kita katakan YA atau TIDAK kerana kita sayang dan ingin melindungi anda".
- Jangan berkata "TIDAK", lebih dari apa yang perlu.
Berikut adalah beberapa sebab berkata "TIDAK" akan memberi manfaat kepada anda dan anak anda
- Mula dengan segera. Sekiranya anak anda biasa mendengar anda berkata "YA" sepanjang masa, dia akan sukar menerima "TIDAK" daripada anda.
- Berdiri teguh. Kanak-kanak suka tabiat ulangan. Jika anda berkata "YA" satu kali kerana anda tidak mahu kecewakan mereka dan berkata “TIDAK” kali keduanya pula, anak anda boleh mengamuk marah!
- Ingat, berkata "TIDAK" juga merupakan sebahagian daripada disiplin. Kanak-kanak yang membesar dengan disiplin yang baik akan berasa dunianya adil dan selamat.
- Ia memberi ganjaran. Ganjaran muktamad untuk anda adalah penghargaan dari anak anda apabila anda berkata "YA"!
- Lebih penting daripada itu, anak anda akan berani berkata "TIDAK" kepada orang yang tidak dikenali atau unsur-unsur negatif.
Sebagai ibu bapa, kita semua mahukan yang terbaik untuk Si Manja, dari segi fizikal mahupun mental. Kita bukan sahaja mesti memberinya nutrisi yang terbaik untuk dia membesar, tetapi kita juga perlu memberinya bimbingan yang terbaik agar dia menjadi orang yang baik.
Pengasuh di rumah anda
Kebaikan
- Waktu yang agak fleksibel.
- Anda dapat memilih orang yang sesuai.
Keburukan
- Kos yang tinggi.
- Anak anda keseorangan dengannya
- Anda amat bergantung kepada orang lain (apa yang berlaku jika pengasuh jatuh sakit?).
- Sukar untuk dicari.
Pengasuh di rumahnya sendiri
Kebaikan
- Anda menaruh kepercayaan terhadap seorang yang berkelayakan.
- Anda dapat memilih orang yang sesuai
Keburukan
- Sukar untuk dicari.
- Anda amat bergantung kepada orang lain (apa yang berlaku jika pengasuh jatuh sakit?).
Sekolah asuhan
Kebaikan
- Anak anda akan belajar bergaul dengan kanak-kanak lain dari usia yang muda.
- Anak anda dijaga oleh profesional.
- Kos yang munasabah.
Keburukan
- Sukar untuk mendapatkan tempat kosong.
- Sekolah akan menghantar anak balik ke rumah apabila mereka sakit.
- Masa yang kurang fleksibel.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.