Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
A baby eating homemade baby food

Pengenalan Makanan Bayi Dimasak Sendiri untuk Bayi Anda

 

Bayi membesar dengan begitu cepat, begitu juga dengan selera mereka. Selepas enam bulan penyusuan susu ibu, bayi anda kini telah bersedia untuk makanan pelengkap yang lazat.

Bayi membesar dengan begitu cepat, begitu juga dengan selera mereka. Selepas enam bulan penyusuan susu ibu, bayi anda kini telah bersedia untuk makanan pelengkap yang lazat. Walaupun anda mungkin teruja untuk mencuba segala makanan bayi dimasak sendiri, bayi anda belum bersedia untuk makanan dewasa seperti ayam goreng peha. Anda mungkin tertanya-tanya, apa yang boleh saya sediakan untuk bayi saya? Berikut adalah beberapa pilihan makanan bayi dimasak sendiri yang anda boleh tambahkan ke dalam diet harian bayi anda.


Susu

Milk

Bayi anda masih memerlukan susu. Sama ada bayi anda kuat makan atau cerewet, sebahagian besar daripada diet anak anda akan tetap berasaskan susu. Lagipun, susu ibu mengandungi nutrien khusus untuk anak anda, termasuk vitamin, mineral, asid amino dan banyak lagi. Ia perlu diteruskan sehingga anak anda berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Pendek kata, mulakan hari dengan susu, tamatkan hari dengan susu, dan dilengkapi dalam beberapa makanan bayi anda.


Bijirin Bayi Diperkaya Zat Besi

CERELAC Recipe Wheat & Honey with Apple Dates Cereal

Bijirin bayi, terutamanya yang diperkaya dengan zat besi adalah cara yang baik untuk memperkenalkan makanan pepejal yang penuh nutrisi kepada bayi anda. Tambahan pula, anda boleh sediakan makanan bayi yang lazat. Jadilah kreatif dengan gumpalan daging kecil, sayur-sayuran atau buah-buahan yang dipotong dadu.

Berikut adalah resipi untuk Bijirin Bayi CERELAC Gandum & Madu dengan Kurma dan Epal yang anda boleh cuba:

  1. Kisar 60g epal, 25g kurma dan 100ml susu sehingga menjadi lembut.
  2. Campurkan 5 sudu besar CERELAC Gandum & Madu.
  3. Hidangkan kepada bayi yang lapar.


Bubur Penuh Nutrien

CERELAC Recipe Fruity Salad Porridge

Bubur juga adalah antara salah satu cara yang mudah untuk memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi anda kerana ia bertekstur lembut. Walaupun bubur kosong bukanlah seperti makanan bayi buatan sendiri yang menarik, tetapi anda sentiasa boleh tambahkan bahan-bahan yang sedap dan menarik. Jika bayi anda bosan atau enggan untuk makan hidangan yang sama setiap masa, tambahkan bahan-bahan berkhasiat atau berwarna-warni seperti buah-buahan. Anda boleh menggunakan beras atau bijirin bayi untuk tekstur yang lebih halus.

Berikut ialah resipi untuk bubur salad buah-buahan yang boleh anda cuba:

  1. Tambah 50ml air suam, 50g CERELAC Beras dan & Buah-buahan, 50g buah pear yang dikisar halus dan 50ml jus oren ke dalam mangkuk.
  2. Campur dan hidang.


Puri Lazat

A puree for baby

Memperkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menjadi satu tugas yang mencabar terutamanya apabila buah-buahan seperti epal agak sukar bagi sistem penghadaman bayi anda yang sedang membesar. Puri boleh disediakan sebagai langkah mudah untuk memperkenalkan buah-buahan dan nutrien malah mudah untuk ditelan dan dihadam. Hanya masak makanan bayi tersebut, biarkan ia sejuk, kisar dan hidang.

Makanan bayi dimasak sendiri tidak bermakna anda perlu memerah otak untuk merancang apa yang perlu dimasak untuk setiap hidangan. Kadang-kadang, pilihan yang paling mudah adalah yang terbaik, seperti semangkuk bijirin bayi dengan buah-buahan atau campuran puri.

Tercari-cari resipi makanan bayi yang penuh nutrisi untuk bayi anda? Anda boleh muat turun e-Buku Resipi CERELAC kami di sini? Ia dilengkapi dengan pelbagai resipi makanan bayi yang lazat lagi berkhasiat. Atau, anda boleh menonton cara-cara untuk menyediakan makanan bayi untuk bayi anda di sini.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.