MyFeed Personalized Content
Prakehamilan
Program pemakanan
Add this post to favorites

Berapakah bacaan gula dalam darah anda?

Soalan penting untuk ditanya semasa anda sedang diperiksa, atau dalam pemantauan diabetes gestasi.

3 minit hingga baca Oct 28, 2021

Diabetes adalah keadaan di mana kandungan glukosa (sejenis gula) dalam darah anda terlalu tinggi kerana tubuh anda tidak dapat menggunakannya dengan betul. Jika ini berlaku ketika anda hamil (biasanya semasa trimester kedua atau ketiga), ia dipanggil diabetes gestasi. Jika anda merancang untuk menimang cahaya mata atau telah hamil, ada perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko anda mendapat diabetes gestasi atau untuk pemantauan dengan teliti jika anda telah menghidapnya.

Sebelum anda hamil:

  • berhenti merokok
  • makan diet yang sihat yang termasuk kandungan serat, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, daging tanpa lemak dan makanan tenusu
  • kekalkan berat badan yang sihat
  • amalkan gaya hidup aktif.

Setelah anda hamil:

  • terus amalkan gaya hidup yang sihat, aktif dan diet seimbang, seperti di atas
  • tanya penyedia penjagaan kesihatan anda tentang ujian darah rutin untuk mengetahui sama ada anda mempunyai diabetes gestasi
  • jika anda mendapati anda mempunyai diabetes gestasi, jangan panik! Ia boleh dikawal dengan diet, senaman, dan jika perlu, dengan ubat-ubatan. Profesional kesihatan anda akan membuat perancangan yang sesuai untuk anda. Apabila glukosa darah anda terkawal, kebanyakan ibu dan anak akan terus sihat sepanjang kehamilan.

Diuji positif diabetes gestasi? Tanya penyedia penjagaan kesihatan anda tentang had yang selamat untuk tahap glukosa darah anda. Pada setiap janji temu, pertanyaan utama yang harus ditanyakan ialah: Berapakah bacaan gula dalam darah saya?

Sentiasa semak dengan penyedia penjagaan kesihatan anda berapakah had glukosa darah anda, tetapi sebagai panduan umum, Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik mengesyorkan had ini untuk kandungan glukosa dalam darah wanita hamil dengan diabetes gestasi:

  • Sebelum makan sarapan pagi (dikenali sebagai nilai puasa): sehingga 95mg/dl (5.3 mmol/L)
  • 1 jam selepas makan: sehingga 140mg/dl (7.8 mmol/L)
  • 2 jam selepas makan: sehingga 120mg/dl (6.7 mmol/L).

Sumber

The American College of Obstetricians and Gynecologists. Practice Bulletin: Gestational Diabetes Mellitus. Obstetrics and Gynecology 2013; 406-16.

Crowther CA, Hiller JE, Moss JR et al. Effect of treatment of gestational diabetes mellitus on pregnancy outcomes. Australian Carbohydrate Intolerance Study in Pregnant Women (ACHOIS) Trial Group. N Engl J Med 2005; 352:2477-86.

Hod M, Kapur A, Sacks D et al. The international federation of gynecology and obstetrics (FIGO) initiative on gestational diabetes mellitus: A pragmatic guide for diagnosis, management and care. Int J Gynaecol Obstet 2015; 131:S173-S211.

Landon MB, Spong CY, Thom E et al. A multicenter, randomized trial of treatment for mild gestational diabetes. Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development Maternal-Fetal Medicine Units Network. N Engl J Med 2009; 361: 1339-48.

Metzger BE, Gabbe SG, Persson B et al. International association of diabetes and pregnancy study groups recommendations on the diagnosis and classification of hyperglycemia in pregnancy. Diabetes Care 2010; 33:676-82.

Poomalar, GK. Changing trends in the management of gestational diabetes mellitus. World J Diabetes 2015; 6:284-95.

Tobias DK, Zhang C, Chavarro J et al. Prepregnancy adherence to dietary patterns and lower risk of gestational diabetes mellitus. Am J Clin Nutr 2012; 96:289-95.

World Health Organization. Diagnostic criteria and classification of hyperglycemia first detected in pregnancy. World Health Organization 2013.

Zhang C, Tobias D, Chavarro J et al. Adherence to a healthy lifestyle and risk of gestational diabetes mellitus: prospective cohort study. BMJ 2014; 349, g5450 doi:10.1136

Last revised: August, 2016

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.