Pada umur 2 tahun, otak Si Manja mungkin telah berkembang sehingga 80% otak dewasa. Dari umur2 hingga 6 tahun pula, dia sudah memiliki 95% otak dewasa. Oleh itu, ia adalah penting untuk Si Manja mempunyai sistem penghadaman yang sihat untuk mencapai perkembangan otak optimum dalam 6 tahun pertamanya.
Tahukah anda bahawa saluran penghadaman yang sihat boleh mempengaruhi otak? Si Manja memerlukan nutrien-nutrien penting untuk menyokong perkembangan dan fungsi otak. Namun begitu, badan Si Manja tidak dapat menyerap nutrien-nutriend tersebut jika saluran penghadamannya mengalami gangguan. Si Manja juga akan berasa tertekan apabila perutnya tidak selesa. Otak boleh menghantar isyarat kepada saluran penghadaman yang boleh menjejaskan aktivitinya. Contohnya, kanak-kanak yang tertekan mungkin berasa mual atau perut yang tidak selesa. Komunikasi dua hala antara otak dan saluran penghadaman ini dikenali sebagai Paksi Otak-Usus. Menurut satu kajian pada 20081, bakteria berbahaya di dalam saluran penghadaman boleh menyebabkan kegelisahan, dan jika probiotik tidak mencukupi, ia boleh menaikkan paras hormon tekanan dalam badan. Oleh itu, ia amat penting untuk memastikan usus Si Manja sentiasa sihat.
Salah satu cara untuk mendapatkan usus yang sihat adalah dengan memastikan terdapat keseimbangan mikroflora di dalam usus. Pengambilan bakteria berfaedah, atau probiotik dalam saluran gastrousus seperti probiotik L. reuteri boleh membantu mengurangkan risiko gangguan penghadaman seperti sembelit. Probiotik boleh diperolehi dalam yogurt atau susu diperkaya. Carilah susu formula terbaik untuk kanak-kanak yang mengandungi bakteria berfaedah untuk menyokong sistem penghadaman Si Manja agar perut Si Manja sentiasa ceria.
Rujukan:
1Goehler LE, Lyte M, Gaykema RP Infection-induced viscerosensory signals from the gut enhance anxiety: implications for psychoneuroimmunology. Brain Behav Immun. 2007;21:721-6.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.