Feed icon
Artikel

Objek-objek Keselesaan Kanak-kanak

Kanak-kanak suka mengunakan jari tangan untuk makan. Namun demikian, dia mungkin ingin belajar perkara-perkara baru

4 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Sudu dan Garpu?
Kanak-kanak suka mengunakan jari tangan untuk makan. Namun demikian, dia mungkin ingin belajar perkara-perkara baru dan ingin cuba makan seperti anda.


Sebagai permulaan, apabila anak anda berusia kira-kira 8 bulan:

  • Dapatkan sudu dan garpu plastik (keras atau diperbuat daripada getah) yang comel untuk anak anda dan letakkannya di atas meja makan.
  • Siapkan pinggan mangkuk dan cawan yang tidak mudah pecah (dengan bahagian tepi yang melengkung ke atas), untuk anak anda.
  • Walaupun anak anda masih akan makan dengan jarinya, tetapi dia akan cuba juga makan dengan sudu dan garpu.
  • Anak anda akan mengotorkan meja makannya, jadi alaskan meja dengan surat khabar lama.
  • Sediakan makanan yang mempunyai tekstur berkanji seperti bubur. Ia akan melekat pada sudu dan senang dimakan.  Anak anda tidak akan rasa begitu kecewa kerana kebanyakan makanan pejal tidak melekat pada sudu dan biasanya jatuh dengan mudah.
  • Elakkan dari menggunakan sudu dan garpu plastik yang mudah pecah. Mereka boleh mengakibatkan anak anda tercekik. Elakkan sudu dan garpu logam kerana mereka boleh menyakiti gusi lembut anak anda.

Mungkin ada lebih banyak makanan yang terjatuh ke atas lantai berbanding makanan yang dimakan oleh anak anda, tetapi ini semua adalah sebahagian  pembesaran anak!


Bagaimana anda menggalakkan anak anda?

  • Cuba menggunakan dua sudu. Satu untuk anda dan yang satu lagi untuk anak anda. Biarkan dia melihat bagaimana anda menggunakannya dan dia akan cuba mengikuti cara anda. Tukar sudu jika anak anda mahu.
  • Mulakan dengan makanan yang mudah dikendalikan. Sediakan makanan dengan tekstur dan saiz yang boleh melekat pada sudu dengan mudah untuk membantu anak anda menggunakan sudu.
  • Gunakan sudu garpu saiz kanak-kanak. Peralatan yang bersaiz betul boleh membantu anak anda menggenggam dan belajar mengangkat makanan dari pinggan ke mulut. Pinggan mangkuk yang mempunyai lekapan sedutan di bahagian bawah akan mengelakkan pinggan mangkuk daripada bergerak.
  • Elakkan sudu garpu pakai buang. Ini boleh mengakibatkan kejadian berbahaya seperti tercekik.


Mengunyah dan menghisap - cara yang baik untuk meneroka dunia!
Penyusuan dan menghisap seolah-olah dapat menenangkan dan memberikan keselasaan kepada anak anda. Sebelum dia tidur, dia akan mengunyah baju tidur atau tangannya, atau melakukan tindakan lain untuk membantunya tidur lebih aman sebelum beralih kepada ibu jari atau selimutnya. Lambat laun, barang-barang ini akan menjadi objek keselesaan anak anda.

Dalam masa beberapa bulan, tabiat-tabiat kecil akan menjadi amalan biasa untuk anak anda untuk menerokai dunia di sekelilingnya. Anak anda akan mula mencuba tekstur, bau dan rasa dengan meletakkan objek-objek ke dalam mulutnya. Ini adalah apa yang pakar panggil "peringkat oral".


Anak jari memenuhi keinginan untuk menghisap
Anak anda akan menghisap ibu jarinya apabila dia rasa perlu. Kelebihan ibu jari adalah anak anda tidak akan kehilangannya, dan ia tidak akan jatuh keluar dari mulutnya pada pukul 3 pagi,  dan menghindarkan krisis menangis yang hanya boleh dihentikan dengan mendodoikannya dengan lagu buaian oleh ibu bapa. Apabila anak anda mula merangkak dan memegang segala-galanya, dia akan memerlukan kedua-dua tangan, dan secara semula jadi dia akan berhenti menghisap ibu jarinya.


Bantal busuk
Di Malaysia, kita sering merujuk kepada objek keselesaan sebagai bantal busuk, atau bantal yang disimpan sewaktu anak anda membesar. Selimut atau bantal boleh menjadi objek keselesaan anak anda. Ahli pakar merujuk kepada objek keselesaan sebagai "objek peralihan". Sekitar usianya 8 bulan atau lebih awal, anak anda akan mula berdikari dan dia akan memahami bahawa ibu bapanya tidak sentiasa ada bersamanya. Ini adalah masanya untuk menggunakan bantal busuk atau objek keselesaan sebagai pertahanan terhadap kebimbangan akan pemisahan tersebut. Ia akan membantu memudahkan peralihan antara pergantungan terhadap ibu bapa dan dia mula berdikari.

Patung mainan beruang atau tudung berwangi yang dipakai oleh ibu ialah objek-objek biasa yang boleh digunakan untuk keselesaan emosi. Lebih baik lagi jika objek-objek ini mempunyai bau anak itu sendiri. Objek ini akan membantu menenangkan keadaan emosinya terhadap ketiadaan ibu bapa, bermula di nurseri, berjumpa dengan doktor atau apabila dia sakit.

Malangnya, anak anda mungkin tidak memilih objek keselesaan yang paling bersih. Dia mungkin memilih kain buruk atau bantal yang ‘berbau’. Apabila anak anda memiliki objek kegemarannya dalam pelukannya, dia akan berasa lebih kuat dan yakin untuk menghadapi cabaran pada hari itu.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.