Feed icon
How to parent like a pro banner

Inisiatif Keibubapaan Nestlé

Menyokong perjalanan anda sebagai ibu bapa

 

Ramai pasangan yang baru menimang cahaya mata kurang memahami tentang keibubapaan. Jadi untuk menyokong dan memahami mereka, kami mulakan dengan: mendengar.

Parenting today section 1
Kami memahami cabaran anda

Berbekalkan pengalaman yang disokong oleh sains selama 150 tahun, kini telah tiba masanya untuk kami memberi ruang kepada semua ibu bapa yang telah biasa mendengar tangis tawa si manja - memahami erti sebenar keibubapaan.

TOOL
Parenting today section 2
Bagaimana untuk jadi ibu bapa macam pro

Si manja anda akan lahir tidak lama lagi atau anda baru sahaja menyambut kelahirannya. Tapi, anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan (sshh, takkan semua nak tanya mak mentua). Jangan risau, lihat senarai semak kami untuk membantu anda dalam setiap aspek keibubapaan moden.

Rileklah! Tiada jawapan yang salah atau betul
Adakah anda pernah rasa bersendirian pada tahun pertama anda sebagai ibu bapa?

Ya: Ia sebenarnya normal! Ramai ibu mengatakan bahawa mereka kadang-kadang berasa sunyi pada mulanya. Walaupun anda bergaul dengan ramai orang atau melayari media sosial dan bersembang dengan kawan-kawan di situ, tapi rasa terasing tetap ada.

Tidak: Hubungan anda dengan orang lain memang baik! Kalau tak rasa sunyi, cuba fokus pada si manja, pasangan anda yang sedang main ‘fon’ dan wajah-wajah ceria di media sosial anda. Ia benar-benar boleh membantu.

Adakah anda dan pasangan anda berkongsi tanggungjawab menjaga anak?

Ya: Hidup lebih mudah bila ada tanggungjawab bersama. Sebagai contoh, hari ini ayah masak untuk makan malam dan ibu mandikan si manja. Esok tukar pula!

Tidak: Itu tak bermakna seorang sahaja yang tahu menjaga si manja. Cuba fahami tugas menjaga si kecil dengan cara yang anda berdua selesa, bahagikan tugas mengikut kesesuaian dan jangan teragak-agak untuk tukar pelan kalau ia tak berkesan.

Semasa tahun pertama anda sebagai ibu bapa, adakah emosi anda tidak menentu?

Ya: Macam pantai kan? Ada pasang surut! Sekejap anda rasa sayang sangat-sangat dengan orang di depan mata, sekejap timbul pulak rasa ‘meluat’ tahap tertinggi.

Tidak: Mengagumkan! Kebanyakan ibu bapa merasa seolah-olah mereka berada di tepi pantai yang damai, walaupun ada masalah tapi semuanya ditempuh dengan tenang.

Adakah anda rasa bersalah menjadi ibu bapa baru?

Ya: Marilah kita renung balik! Untuk kembali bekerja, atau jadi suri rumah sepenuh masa. Bila masa yang sesuai untuk memberi si manja makan. Untuk jumpa kawan berjam-jam atau lupakan terus pasal kawan...memang berat untuk buat keputusan kan? Berita baiknya ialah anda tak bersendirian: Kebanyakan ibu bapa baru berasa bersalah, tak kira apa pilihan yang mereka buat. Cuba ingatkan diri anda bahawa anda telah melakukan yang terbaik, dan itu sahaja yang boleh anda lakukan.

Tidak: Kami tak salahkan anda kalau anda jawab ya, tetapi tahniahlah kerana anda telah buat keputusan yang tepat untuk menimang cahaya mata dan bersedia untuk menghadapi apa juga cabaran.

Dari semua sudut; adakah anda boleh kata si manja anda jenis yang "senang"?

Ya: Tidur sepanjang malam, tak menangis tengah orang ramai dan makan ikut masa - itu yang dimaksudkan “senang” kan?

Tidak: Kami faham. Dia kuat menangis, makan tak henti-henti. Tapi bila dah besar, anda tentu tersenyum bila kenang balik ‘ragam’ si manja anda.

Ada ke perkataan tu?
Lelap Berita

Bila anda terlalu lama tidak membaca akhbar, menonton TV atau melayari media sosial hingga anda tak sedar apa yang berlaku di dunia nyata.


Parentnoia

Bila anda takut untuk mengakui anda bergelut dengan tanggapan atau pengabaian.

Cutidur

Bila anda ingin sangat bercuti jauh daripada anak anda supaya anda boleh tidur lena.

Abai Diri

Apabila anda begitu fokus dalam penjagaan si manja hingga anda lupa untuk menjaga keperluan asas anda sendiri.

Lali Tangisan

Bila anda tidak lagi mendengar anak anda (atau kanak-kanak lain) menangis kerana sudah terbiasa dengan bunyi bising.

Tidur Sorok-sorok

Bila anda bersembunyi di bilik lain dan berpura-pura tidur supaya pasangan anda pula menjaga si manja.

Penasihat Luar

Panggilan oleh ibu bapa baru kepada orang tidak dikenali yang memberikan pandangan dan nasihat yang tidak diminta tentang bagaimana anda membesarkan anak anda.

Hiba Ibu

Bila, walaupun anda begitu menyayangi si manja, tapi ada masa anda berasa hendak menangis, terharu dan kesepian dalam meniti kehidupan sebagai ibu bapa baru.

Drama Mama

Berlaku bila anda sebagai ibu merasakan apa yang dibuat semuanya tidak betul, sementara apa yang ayah lakukan semuanya betul.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.