MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Program pemakanan

PLAYING: Food allergies in children: what you need to know

Add this post to favorites

Alahan makanan pada kanak-kanak kecil: apa anda perlu tahu

Penyelidikan terkini mengenai alahan makanan telah menemui bahawa pengenalan kepada makanan pepejal boleh mencetuskan alergi kepada Si Manja. Jika anda keliru, teruskan membaca soalan yang biasa ditanya mengikut garis panduan terkini. 

6 minit hingga baca By Shen-Li Tan Jan 25, 2022

Seringkali kita dengar bahawa ibu bapa dinasihati untuk tidak memberi anak kecil sesetengah makanan sehinggalah mereka besar. Antara makanan tersebut termasuklah kacang, telur, makanan bercengkerang dan gandum. 

 Namun begitu, nasihat tersebut adalah tidak benar. Daripada melambatkan memberi anak anda makanan yang boleh mencetuskan tindak balas alergi, adalah penting untuk anda memberi mereka makan lebih awal dalam peringkat awal pemakanan.  

Soal Jawab (Q&A)

Q: Saya sedang menyusukan dan amat bimbang jika anak saya yang berusia 7 bulan terkena alergi terhadap makanan yang saya makan. Perlukah saya menyekat pemakanan saya?
A: Tidak, anda tidak perlu menyekat apa-apa makanan ketika anda menyusu untuk mengurangkan alergi Si Manja. Diet anda amat penting kerana ianya mempengaruhi kualiti susu yang dihasilkan. Anda tidak perlu menghindari apa-apa melainkan dengan nasihat pakar perubatan. Pastikan anda makan dengan sihat iaitu diet yang seimbang yang kaya dengan nutrien. Anda boleh merujuk Apa yang perlu dimakan semasa anda menyusu dan Menyuburkan diri menyuburkan anak anda sebagai panduan. 

Q: Adakah anak saya alergi kepada telur jika saya alergi kepadanya? Perlukah saya elakkan daripada memberi anak untuk makan telur?
A: Walaupun alergi boleh disebarkan melalui keturunan, namun ia tidak semestinya berlaku. Ramai kanak-kanak yang mempunyai alahan makanan yang bukan berpunca daripada keluarga yang mempunyai alergi. Bawa Si Manja untuk pemeriksaan dengan pakar perubatan anda.

Organisasi Alergi Dunia menyarankan ibu-ibu yang menyusu untuk tidak menyekat anak mereka dengan diet bebas alahan walaupun mereka berisiko tinggi untuk mendapat alergi oleh ibu bapa yang mempunyai sejarah alergi. Anda boleh berikan Si Manja telur yang dimasak dalam kuantiti yang sedikit dan perhatikan reaksinya. Jika ruam naik pada kulit Si Manja, berkemungkinan besar ia adalah petanda alergi. Jangan beri Si Manja makanan yang mungkin akan mencetuskan alergi pada masa yang sama untuk mengelakkan anda tidak mengenal pasti makanan yang mencetuskan alergi. 

Q: Perlukah saya mengekalkan makanan yang ‘selamat’ untuk anak saya yang masih kecil, iaitu makanan yang saya tahu tidak akan mencetuskan alahan?
A: Walaupun anda ingin mengekalkan diet yang selamat buat anak anda, adalah penting untuk anda memperkenalkan makanan yang belum pernah dicuba seperti telur, ikan dan makanan yang mempunyai gluten seperti gandum dan kacang tanah. Anda perlulah memberi Si Manja berbagai jenis makanan, termasuk makanan yang mungkin mencetuskan alergi. Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan awal kepada sesuatu makanan dapat mengurangkan kesan alahan makanan. Pendedahan awal dan berterusan terhadap makanan yang mencetuskan alahan dapat membantu anak anda untuk meningkatkan imunasi dan mengurangkan kadar alahan. Kajian Sains telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada pelbagai jenis makanan ketika Si Manja berusia satu tahun dapat mengurangkan kadar asma dan alahan makanan sehingga mereka berusia enam tahun. 

Berita terbaru mengenai kacang dan gluten

Dua bahan ini merupakan bahan yang sering mendapat perhatian di dalam dunia sains dan media sedunia:

Kacang
Kacang merupakan salah satu bahan yang merisaukan ibu bapa kerana kesannya yang mampu meragut nyawa. Kajian terbaru menemui bahawa kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk alergi kepada kacang mungkin dapat dikurangkan dengan memperkenalkan makanan yang mengandungi kacang tanah pada peringkat awal pemakanan. Anda boleh memberi makan kacang untuk kanak-kanak yang sihat dan tidak menghidap sebarang alahan seawal usia enam bulan mengikut tekstur yang sesuai. Anda boleh mencampurkan sedikit kacang tanah yang dihancurkan bersama susu badan atau mentega kacang yang dicampur dengan air. Ingatlah, setiap kacang yang digunakan hendaklah ditumbuk atau dihancurkan dahulu supaya Si Manja tidak tercekik. Jika Si Manja menghadapi ekzema atau alahan makanan yang lain, pengenalan kepada kacang dalam pemakanan Si Manja hendaklah dipantau oleh pakar perubatan anda.

Gluten 
Gluten merupakan sejenis protein yang boleh dijumpai di dalam bijirin seperti gandum, barli dan rai yang mampu mencetuskan alahan. Penyakit seliak merupakan kondisi autoimun di mana sistem imun badan memberi tindak balas negatif terhadap gluten dan menyebabkan kerosakan pada lapisan usus. Anak kecil yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit seliak berkemungkinan besar untuk menghidapi masalah yang sama. Cadangan pemakanan adalah supaya makanan yang mengandungi gluten (seperti roti, pasta dan bijirin) untuk permulaan bagi pemakanan awal untuk semua kanak-kanak yang sihat. Mulakan dengan jumlah yang sedikit di rumah berbanding di kedai atau pusat jagaan untuk berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang reaksi. 

Cara mengesan reaksi alahan

Badan kita memberi tindak balas yang berbeza terhadap alahan makanan yang berbeza. Ada reaksi alahan yang berlaku secara pantas, ada juga yang memberi kesan selama satu hingga dua jam selepas makan. 

Jika anak anda alergi kepada sesetengah makanan, Si Manja mungkin menunjukkan petanda seperti:

  • cirit-birit, muntah-muntah dan sakit perut 
  • hidung berair, batuk, bersin, atau masalah pernafasan
  • gatal kulit atau mulut/bibir, gegata
  • ruam susu  

Jika anda merasakan Si Manja mengalami alahan makanan, jumpa pakar kesihatan dengan segera. 

Tahukah anda?

Reaksi alahan di kalangan kanak-kanak seperti gatal-gatal, ruam dan perut kembung adalah tanda-tanda awal untuk alergi. Pemilihan protein yang tepat dalam diet Si Manja boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan ini. NANKID OPTIPRO® HA® 3 menggunakan Gentle Protein*, iaitu protein daripada susu lembu yang melalui proses NESTLÉ yang unik, menjadikannya 10x lebih kecil. Ianya menjadikan protein senang untuk dihadam dan mengurangkan kesan alergi atau reaksi alahan buat Si Manja.

Dengan NANKID OPTIPRO® HA® 3, anak anda bebas untuk terokai dunia dengan selesa.  

NANKID OPTIPRO® HA® 3 mengandungi Protein Hidrolisis, DHA & ARA dan 100 juta Probiotik B. lactis

*Merujuk kepada Protein Hidrolisis

Sumber

  • Du Toit G, Sayre PH, Roberts G et al. Effect of avoidance on peanut allergy after early peanut consumption. N Engl J Med 2016; 374(15):1435-43.
  • Du Toit G, Roberts G, Sayre PH et al. Randomized trial of peanut consumption in infants at risk for peanut allergy. N Engl J Med 2015; 372(9):803-13.
  • Fewtrell M, Bronsky J, Campoy C et al. Complementary feeding: A position paper by the European society for paediatric gastroenterology, hepatology and nutrition (ESPGHAN) committee on nutrition. J Pediatr Gastroenterol Nutr 2017; 64(1):119-32.
  • Greer FR, Sicherer SH, Burks AW et al. Effects of early nutritional interventions on the development of atopic disease in infants and children: the role of maternal dietary restriction, breastfeeding, timing of introduction of complementary foods, and hydrolyzed formulas. Pediatrics 2008; 121(1):183-91.
  • Roduit C, Frei R, Depner M, et al. Increased food diversity in the first year of life is inversely associated with allergic diseases. J Allergy Clin Immunol 2014; 133(4):1056-64.
  • Togias A, Cooper SF, Acebal ML et al. Addendum guidelines for the prevention of peanut allergy in the United States: Report of the national institute of allergy and infectious diseases-sponsored expert panel. J Allergy Clin Immunol 2017; 139(1):29-44.
  • https://celiac.org/celiac-disease/understanding-celiac-disease-2/what-i… (Accessed December 18, 2017)
  • www.worldallergy.org (Accessed December 18, 2017)

Tarikh akhir semakan: Disember, 2017