Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

FAQ

How it works

 

 

Kehamilan

Apakah jenis makanan yang perlu saya elakkan semasa hamil?

Sebagai tip keseluruhan, anda perlu mempunyai diet seimbang daripada semua kumpulan makanan yang memberikan keperluan nutrien anda setiap hari. Bagi merancang hidangan anda, tip yang baik adalah dengan mengelakkan daging mentah dan kerang-kerangan kerana ia mengandungi sejumlah besar mikroba berbahaya. Mengelakkan ikan bermerkuri tinggi seperti yu dan marlin adalah idea yang baik juga. Bezakan antara makanan yang boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan di sini.

Perlukah saya mengelakkan senaman semasa hamil?

Senaman adalah penting untuk badan yang sihat. Anda tidak perlu berhenti bersenam sepenuhnya semasa hamil kecuali dinasihatkan oleh pakar kesihatan anda. Senaman yang sederhana akan membantu anda melawan keletihan dan tekanan. Lebih penting lagi, ia membantu diri anda berasa ceria. Senaman-senaman berimpak rendah yang disyorkan semasa hamil adalah seperti berenang atau senaman regangan di rumah. Sekali-sekala anda juga boleh berjalan-jalan di taman dengan pasangan anda. Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat senaman di sini.

Apakah nutrisi penting yang diperlukan dalam diet saya semasa hamil?

Apabila merancang diet anda, terdapat beberapa nutrien utama yang perlu diberi perhatian semasa hamil. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam boleh mengandungi folat serta pelbagai nutrien lain seperti vitamin A, C dan K. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni dan terang akan memastikan anda dan Si Manja memperolehi pelbagai vitamin dan mineral. Ini akan membantu menyokong sistem pencernaan anda semasa hamil. Sepanjang kehamilan anda, jangan lupa untuk mengamalkan diet seimbang yang merangkumi pelbagai jenis makanan dari kesemua 5 kumpulan makanan. Ketahui kepentingan pengambilan nutrien yang betul di sini.

Bagaimana saya boleh mengurangkan tekanan semasa hamil?

Berasa tertekan adalah biasa pada sesetengah peringkat kehamilan. Lagipun, anda mungkin mempunyai banyak perkara yang perlu difikirkan. Langkah utama anda adalah untuk menerima perubahan yang akan dihadapi di sepanjang perjalanan anda sebagai seorang ibu. Kemudian, bincang dengan para ibu yang berpengalaman dan yang baru menjadi ibu. Anda pasti tidak akan berasa keseorangan. Dengan kumpulan sokongan, anda boleh berbincang tentang apa-apa isu atau memperolehi tip-tip kehamilan. Lebih penting lagi, pastikan anda berasa ceria. Pergilah  berbelanja besar untuk diri anda sekali-sekala. Rehat yang secukupnya akan membantu mengurangkan tekanan anda. Terokai cara-cara yang berbeza untuk kawal tekanan anda.

Bagaimana saya boleh mengurangkan keletihan semasa hamil?

Keletihan semasa hamil adalah suatu kebiasaan. Apa yang anda boleh lakukan ialah bersenam. Senaman menggalakkan kesejahteraan tubuh badan dan memberi anda tenaga untuk melawan keletihan. Berjalan-jalanlah di taman atau berenang biasa. Jika anda sudah sibuk seharian, tidur selama 15 minit untuk menenangkan fikiran anda. Kurangkan keletihan semasa hamil dengan langkah-langkah mudah ini.

Pengenalan Makanan Pelengkap

Apa yang perlu dilakukan jika Si Manja enggan makan?

Jika Si Manja enggan makan, besar kemungkinannya dia tidak lapar. Anda boleh merancang pemakanan Si Manja dengan memahami isyarat-isyarat lapar dan kenyang mereka. Anda juga boleh memikat selera Si Manja dengan pelbagai jenis makanan yang berwarna-warni seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Hidangkan dengan cara yang menarik seperti nasi berbentuk haiwan atau buah-buahan dihiaskan seperti bunga-bungaan. Cara lain adalah untuk mengalihkan segala perhatian. Pastikan Si Manja tidak tertumpu pada alat mudah alih atau televisyen tetapi pada makanannya. Jika Si Manja tidak makan sebanyak hidangan biasanya untuk sesuatu masa, ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatannya. Kunjungi pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat. Cuba langkah-langkah ini untuk menggalakkan pemakanan yang sihat dan Si Manja tidak akan mengada-ngada, klik di sini.

Apakah makanan yang perlu dielakkan untuk Si Manja?

Semasa Si Manja membesar, ketulan makanan yang terlalu besar boleh menyebabkannya tercekik. Ini termasuklah tulang daripada daging dan ikan. Si Manja juga harus elak pemakanan makanan ringan yang tidak mempunyai nutrisi. Pemakanan yang seimbang daripada semua kumpulan makanan seperti bijirin, daging dan produk tenusu serta buah-buahan dan sayur-sayuran adalah bermanfaat kepada Si Manja. Jangan lupa untuk memberi Si Manja zat besi dalam dietnya. Si Manja memerlukan zat besi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Ketahui lebih lanjut tentang makanan yang perlu dielakkan oleh Si Manja, klik di sini.

Apakah tanda-tanda kekurangan zat besi anemia?

Beberapa tanda utama kekurangan zat besi tidak muncul sehingga kekurangan zat besi anemia berlaku. Walau bagaimanapun, jika tahap zat besi Si Manja menjadi lebih rendah, mereka mungkin mengalami gejala seperti keletihan, sesak nafas, pening, sakit kepala, kesejukan di tangan dan kaki atau kulit pucat. Jika anda mengesyaki Si Manja mengalami kekurangan zat besi anemia, anda harus mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan anda. Ketahui bagaimana untuk mengesan kekurangan zat besi anemia pada Si Manja, klik di sini.

Apakah nutrien yang Si Manja perlukan dalam dietnya?

Si Manja memerlukan makronutrien dan mikronutrien yang seimbang daripada pelbagai jenis makanan. Makronutrien ialah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang besar untuk badan kita seperti karbohidrat, protein dan lemak. Nutrien ini penting untuk memberikan tenaga dan menyokong tumbesaran dan perkembangan Si Manja. Mikronutrien ialah vitamin dan mineral yang kita semua perlukan dalam kuantiti sederhana untuk terus menyokong tumbesaran dan perkembangan secara keseluruhan serta kesihatan fizikal Si Manja pada masa depan. Zat besi adalah satu mikronutrien penting untuk menyokong tumbesaran Si Manja. Ketahui lebih lanjut mengenai makronutrien di sini atau mikronutrien di sini.

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.