MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: Food allergies in children Vs intolerances—things to consider

Add this post to favorites

Alergi Vs Intoleransi Pemakanan Si Manja– Perkara yang Perlu Diberikan Perhatian

Alergi dan intoleransi boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kepada kanak-kanak. Alergi merupakan reaksi sistem imun terhadap bahan yang dianggap berbahaya. Tahap alergi adalah berbeza mengikut individu. Ianya boleh meningkat atau menurun pada masa ke semasa. 

3 minit hingga baca By Shen-Li Tan Nov 26, 2021

Alergi dan intoleransi boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kepada kanak-kanak. Alergi merupakan reaksi sistem imun terhadap bahan yang dianggap berbahaya. Tahap alergi adalah berbeza mengikut individu. Ianya boleh meningkat atau menurun pada masa ke semasa. 

Selain itu, intoleransi makanan menyebabkan kesan yang tidak begitu teruk tetapi susah untuk dikesan. Berikut merupakan beberapa petua untuk mengesan tanda-tanda alergi terhadap Si Manja jika dibandingkan dengan intoleransi serta perkara yang perlu diberikan perhatian. 

  • Awasi makanan utama yang menyebabkan alergi, sebagai contoh: kacang, kekacang (termasuk kacang buncis dan kacang jenis lebar yang lain), telur (menyebabkan alergi terhadap telur), gluten, kacang soya, ikan dan haiwan bercangkerang. 
  • Ingat, makanan tersebut boleh diberikan kepada Si Manja seawal enam bulan ketika anda mula memperkenalkan makanan pejal kepada mereka.  
  • Cuba untuk memperkenalkan satu makanan yang mempunyai risiko alergi dalam satu masa dengan kuantiti yang sedikit supaya anda dapat mengesan jika berlakunya alergi makanan, terutamanya alergi terhadap telur pada peringkat awal. 
  • Apabila Si Manja tidak menunjukkan apa-apa reaksi, cubalah untuk memasukkan makanan tersebut dalam diet harian mereka untuk mengurangkan risiko alergi makanan pada masa akan datang. 
  • Jangan lengahkan untuk memperkenalkan Si Manja kepada kacang tanah dan telur ayam sehingga mereka berusia 6-12 bulan, kerana banyak kajian menunjukkan ianya akan menaikkan risiko alergi terhadap telur dan kacang tanah. 
  • Tanda-tanda untuk kanak-kanak mendapat alergi pemakanan boleh berlaku sejurus selepas dimakan, atau dua tiga jam selepas itu. 
  • Awasi tanda-tanda alergi yang biasa berlaku seperti: bibir atau lidah bengkak, berdehit atau kesukaran untuk bernafas, gatal-gatal pada kulit, tekak, lidah atau mata, ruam atau gegata, batuk, cirit-birit, muntah-muntah dan hidung yang berhingus atau tersumbat. 
  • Reaksi alergi yang teruk ataupun anafilaksis adalah serius, jadi anda perlu memberikan perhatian tentang apa yang patut dilakukan seterusnya. 
  • Jika anda mengesyaki Si Manja mempunyai reaksi alergi, kekal tenang dan dapatkan bantuan perubatan sejurus anda melihat tanda-tandanya. 
  • Jika Si Manja menunjukkan tanda-tanda alergi yang teruk atau anafilaksis, hubungi bantuan kecemasan secepatnya. 
  • Jika Si Manja mempunyai alergi makanan, pastikan anda membaca label makanan dengan teliti dan elakkan makanan yang tidak pasti kandungannya. 
    Intoleransi makanan bukanlah reaksi sistem imun. Ia selalunya menandakan bahawa makanan tidak dapat dihadam dengan mudah. 
  • Ingat, tanda-tanda intoleransi makanan terhadap kanak-kanak kecil boleh muncul dengan lambat, membuatkan ianya susah untuk dikesan. 

Perhatikan tanda-tanda seperti: sakit perut dan kembung perut. 

  • Cara yang terbaik untuk dilakukan jika anda bimbang akan Si Manja mempunyai alergi ataupun intoleransi makanan, anda perlu mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan. 
  • Untuk mengetahui lebih lanjut tentang alergi dan intoleransi Si Manja, sila rujuk artikel alergi yang sering dihidapi kanak-kanak dan cara untuk membantunya. 

 

Tahukah anda?

Reaksi alahan di kalangan kanak-kanak seperti gatal-gatal, ruam dan perut kembung adalah tanda-tanda awal untuk alergi. Pemilihan protein yang tepat dalam diet Si Manja boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan ini. NANKID OPTIPRO® HA® 3 menggunakan Gentle Protein*, iaitu protein daripada susu lembu yang melalui proses NESTLÉ yang unik, menjadikannya 10x lebih kecil. Ianya menjadikan protein senang untuk dihadam dan mengurangkan kesan alergi atau reaksi alahan buat Si Manja. 

Dengan NANKID OPTIPRO® HA® 3, anak anda bebas untuk terokai dunia dengan selesa.  

NANKID OPTIPRO® HA® 3 mengandungi Protein Hidrolisis, DHA & ARA dan 100 juta Probiotik B. lactis

*Merujuk kepada Protein Hidrolisis
 

Join

MVP Logo

Here’s where you’ll find everything you need to make the best of those first 1,000 days of parenthood… TOGETHER.

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Not quite what you're looking for?

Try out our new smart search engine