Bagaimana untuk Menyimpan Makanan Bayi Anda untuk Kekal Segar
Penyediaan alatan dan bahan-bahan memasak untuk setiap hidangan bayi anda mungkin memenatkan, terutamanya apabila hidangan makanan bayi begitu kecil. Salah satu penyelesaiannya adalah memasak dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, bagaimana anda boleh menyimpan makanan bayi tersebut agar ia kekal segar? Berikut adalah beberapa tip.
1. Simpan makanan bayi dalam peti sejuk
Peti sejuk adalah salah satu ciptaan yang terbaik untuk menyimpan barangan segar, termasuk tuna sandwich minggu lepas. Anda boleh menyediakan makanan terlebih dahulu dan simpan di dalam peti sujuk agar makanan tidak cepat busuk. Anda boleh menyediakan makanan bayi sama ada dalam satu hidangan kecil atau kuantiti yang berlebihan untuk hari tersebut. Hidangan tunggal dalam bekas adalah lebih mudah untuk dikenalpasti, di mana anda boleh melabelkan bekas-bekas tersebut mengikut tarikh dan resipi. Jika anda menggunakan bekas yang besar, jangan tinggalkan sudu di dalam, kerana ia akan mengumpul bakteria. Gunakan sudu yang bersih untuk mengambil bahagian untuk hari tertentu.
Kebanyakan makanan puri bayi akan bertahan sehingga 48 jam dalam peti sejuk.
2. Membekukan makanan bayi dalam bekas kiub ais
Dengan penyejukan makanan bayi, makanan boleh tahan lebih lama. Tambahan pula, penyimpanan makanan bayi melalui pembekuan membolehkan anda merancang dan memastikan bahagian makanan tahan dalam tempoh yang lebih lama. Sekarang, selain daripada menyimpan makanan dalam peti sejuk, anda boleh menggunakan bekas kiub ais. Kebanyakkan peti sejuk terdapat bekas kiub ais. Apakah faedah menggunakan bekas kiub ais? Makanan bayi anda akan dibahagi secara sama rata dan mudah untuk dikira dan dibahagikan. Labelkan beberapa beg beku, letakkan kiub ais puri ke dalam beg dan biarkan ia beku sehingga anda memerlukan pada waktu makan seterusnya. Itu dia, anda sudahpun selesai!
3. Memanaskan makanan untuk
Langkah seterusnya dalam penyimpanan makanan bayi adalah pencairan atau pemanasan makanan. Anda boleh meletakkan makanan beku ke dalam mangkuk, tutup dengan bungkus berpaut dan letakkan dalam peti sejuk semalaman untuk mencairkannya.
Jika anda kesuntukan masa, salah satu cara yang paling cepat untuk melakukannya adalah dengan menggunakan ketuhar. Namun, anda perlu berhati-hati kerana memanaskan makanan dengan ketuhar boleh menghasilkan kawasan panas yang tidak dingini. Oleh sebab ketuhar memanaskan makanan dengan cepat, ia boleh menyebabkan makanan bayi menjadi sup mendidih dan bukannya puri yang hangat. Kacau dan putar makanan bayi; lebih penting lagi, pastikan makanan sama seperti suhu bilik sebelum dihidangkan.
Anda juga boleh cairkan makanan bayi dengan rendamkannya dalam air suam. Letakkan beg kiub beku dalam air suam supaya ianya cair sebelum meletakkannya di atas mangkuk untuk dihidang.
Penyimpanan makanan bayi tidak terlalu sukar. Anda hanya perlu ingat beberapa tip ini. Gunakan peti sejuk untuk jangka masa pendek dan peti sejuk beku untuk jangka masa panjang. Berhati-hati dengan makanan yang panas dan sentiasa menguji suhu sebelum hidang kepada bayi anda.
Jika anda memerlukan beberapa resepi puri, anda boleh muat turun e-Buku Resipi CERELAC peribadi anda sendiri. Anda boleh muat turun e-Buku Resipi CERELAC kami di sini? Ia tersedia dengan banyak resipi makanan bayi yang lazat lagi berkhasiat. Atau, anda boleh menonton cara-cara untuk menyediakan makanan bayi untuk bayi anda di sini.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.