Feed icon
Artikel

Meningkatkan Perkembangan Minda Si Manja

Masa Si Manja membesar adalah proses pembelajaran mereka. Si Manja kebiasaanya bersikap ingin tahu.Sebagai ibu bapa, anda semestinyaingat bagaimanakah anda meneroka perkara-perkara baru semasa anda masih kecil.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Masa Si Manja membesar adalah proses pembelajaran mereka. Si Manja kebiasaanya bersikap ingin tahu.Sebagai ibu bapa, anda semestinyaingat bagaimanakah anda meneroka perkara-perkara baru semasa anda masih kecil. Semasa Si Manja sedang bertumbuh dan berkembang, ia adalah penting untuk membina asas yang kukuh untuk pembelajaran dan perkembangan minda Si Manja.

Si Manja belajar dengan terbaik apabila dia berasa selesa. Apabila anda ingin menggalakkan Si Manja untuk belajar, anda perlu sediakan suasana yang selesa untuk Si Manja. Ia adalah mudah untuk bergantung kepada gajet dan alat permainan sebagai alat pembelajaran untuk Si Manja. Namun begitu, ini mungkin akan memberikan rangsangan yang terlalu banyak semasa pembelajaran Si Manja dan seterusnya menyebabkan tekanan.

Terdapat beberapa cara untuk menggalakkan minat Si Manja untuk belajar. Antaranya adalah menyanyi, berbual, berjalan dan mendengar. Kesemua aktiviti ini walaupun mudah, namun ia dapat menggalakkan minat Si Manja dan membantu dalam perkembangan minda Si Manja. Berbual dan menyanyi dapat membantu Si Manja mempelajari asas-asas bahasanya. Pembelajaran melalui latihan secara berulangan adalah cara yang terbaik untuk Si Manja. Jadi anda perlu meluangkan masa untuk membantu Si Manja berlatih  untuk membantunya mengamalkan kemahiran yang diperolehi, seperti membaca beberapa buku berulang kali. Jika Si Manja anda sudah bersedia, anda boleh menaikkan taraf pembelajaran Si Manja.  Contohnya, anda boleh memberi Si Manja buku yang mengandungi gambar dan lebih patah perkataan. Pembacaan buku adalah penting untuk meningkatkan perkembangan minda Si Manja.

Makanan memainkan peranan yang penting dalam membantu Si Manja membesar. Apabila Si Manja membesar dengan cepat, dia memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk terus membesar dengan sempurna. Contohnya, DHA dan ARA adalah lemak tidak tepu yang boleh dijumpai di dalam otak. Apabila Si Manja mempunyai badan yang sihat, mereka tidak akan mudah dijangkiti penyakit yang boleh mengganggu proses pembelajaran mereka.

Susu berkhasiat tinggi boleh memberikan nutrisi-nutrisi yang penting seperti kalsium dan protein kepada Si Manja. Biarlah Si Manja cuba LACTOKID® 1-3, ia merupakan susu tepung yang dirumus khas untuk Si Manja yang berumur 1-3 tahun. Ia mengandungi lebih kalsium, 13 vitamin & mineral, serta DHA untuk membantu menyokong pertumbuhan optimum Si Manja anda!

Si Manja belajar dengan baik apabila mereka ceria. Oleh itu peranan anda sebagai ibu bapa adalah paling penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan minda Si Manja.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.