Feed icon
Artikel

Membimbing Si Manja Mengenai Tabiat Pemakanan yang Baik

Masih tidak terlewat untuk anda memupuk tabiat pemakanan yang sihat dalam diri Si Manja.

2 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Masih tidak terlewat untuk anda memupuk tabiat pemakanan yang sihat dalam diri Si Manja. Berikut adalah beberapa tip untuk anda semasa memberi makanan kepada Si Manja.

•   Perhatikan sebarang tanda yang menunjukkan Si Manja sudah kekenyangan. Jika Si Manja menolak suapan yang kita beri, keluarkan semula makanan yang telah disuap, berhenti sementara dari menyuap Si Manja. Jangan paksa Si Manja untuk makan dan menghabiskan makanan atas pinggan mereka. Pemakanan yang sihat untuk Si Manja harus dikaitkan dengan tingkah laku positif.

•   Jangan menjadikan makanan sebagai ganjaran untuk Si Manja semasa dia berkelakuan baik. Ini akan mendatangkan persepsi yang salah terhadap makanan oleh Si Manja. Sebaliknya, berikan pelukan, kata-kata semangat atau pujian sebagai hadiah kepada Si Manja. Ini lebih berkesan.

•   Jangan menjadikan makanan sebagai ganjaran untuk Si Manja semasa dia berkelakuan baik. Ini akan mendatangkan persepsi yang salah terhadap makanan oleh Si Manja. Sebaliknya, berikan pelukan, kata-kata semangat atau pujian sebagai hadiah kepada Si Manja. Ini lebih berkesan.

•   Walaupun anda mempelbagaikan pilihan makanan untuk Si Manja, jangan lupa untuk memberi bijirin bayi yang diperkaya dengan zat besi yang Si Manja perlukan. Ini akan memastikan Si Manja sentiasa mendapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran yang sempurna.

•   Sentiasa pastikan suasana makan yang selesa untuk Si Manja anda. Anda perlu sentiasa positif, mempunyai emosi yang stabil dan kekal tenang semasa memberi makanan kepada Si Manja.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.