Membesarkan Si Manja adalah satu pengalaman yang bernilai bagi anda dan juga Si Manja. Ia boleh menjadi sangat mencabar untuk mengetahui bagaimana untuk menyediakan asas yang kukuh untuk kehidupan Si Manja, sama ada perwatakan Si Manja ataupun fizikal yang sihat. Berikutlah cara untuk membesar bersama Si Manja.
Perkara pertama yang perlu anda ingat adalah bahawa anda berbeza dengan ibu bapa anda. Kaedah pengajaran ibu bapa anda tidak semestinya berjaya terhadap Si Manja. Si Manja sedang membesar dalam zaman dan era yang baru. Anda juga tidak mahu mengulangi apa-apa kesilapan ibu bapa anda terhadap Si Manja. Namun, anda patut mengikuti pengajaran positif ibu bapa anda. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, dan ada sebab-sebabnya mengapa sesetengah teknik ibu bapa anda berkesan. Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh cuba dalam membesarkan Si Manja.
Apabila anda membesarkan atau membesar bersama Si Manja, antara perkara utama adalah mengajar Si Manja tentang disiplin. Walaupun tidak selalu dapat dielakkan, Si Manja yang merengek dan mengamuk kadang kala boleh memberi tekanan kepada anda. Pendidikan disiplin membolehkan anda mengajar Si Manja tentang sikap yang betul. Dengan mewujudkan peraturan tentang pengamalan sikap yang baik, ia boleh digunakan sebagai asas untuk membentuk Si Manja sebagai seorang yang bertanggungjawab. Sebagai permulaan, pendidikan disiplin haruslah konsisten. Si Manja tidak boleh menerima mesej yang berlainan setiap hari. Jika anda telah menghadkan jumlah makanan ringan yang boleh diambil oleh Si Manja, anda perlu tegas terhadap peraturan ini. Komunikasi dengan pasangan anda juga adalah penting kerana ia boleh mengajar mengajar Si Manja untuk menghormati anda dan pasangan anda sebagai ibu dan bapa.
Satu cara untuk mengajar tentang disiplin adalah di meja makan. Apabila Si Manja bersikap baik semasa makan, anda boleh memuji dan menggalakkan Si Manja untuk terus bersikap sedemikian. Jika Si Manja mengamuk, anda seharusnya tegas, namun elakkan daripada memarahi Si Manja. Anda tidak harus bersikap negatif dan perlu menjaga perkataan anda kerana ia akan mempengaruhi emosi Si Manja. Tetapkan waktu makan yang konsisten dan galakkan Si Manja untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Membesar bersama Si Manja bukan sekadarnya tentang disiplin. Ia juga penting untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Waktu makan bersama keluarga adalah waktu apabila kesemua ahli keluarga perlu ada bersama dan tiada alasan untuk tidak turut serta. Hujung minggu bersama keluarga dan bermain bersama Si Manja juga dapat membina hubungan yang lebih erat. Ia juga adalah salah satu cara untuk menggalakkan Si Manja untuk bersenam.
Anda harus sentiasa memberi perhatian kepada Si Manja. Ini akan membantu Si Manja memahami bahawa dia tidak perlu merajuk atau mengamuk untuk mendapatkan perhatian anda, tetapi hanya perlu rapat dengan anda. Waktu berbual bersama keluarga adalah waktu yang terbaik untuk mengeratkan hubungan dengan Si Manja dan membiarkan mereka meluahkan perasaan mereka.
Masa makan adalah masa yang baik untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga anda dengan sesi perbualan yang baik. Anda juga boleh merancang nutrisi Si Manja bersamanya. Ia akan memberikan Si Manja peluang untuk memahami kepentingan nutrisi-nutrisi dalam pemakanannya.
Membesar bersama Si Manja adalah satu proses pembelajaran untuk anda dan juga Si Manja. Anda harus sentiasa peka dan bersedia untuk memperbetulkan diri anda sendiri. Terdapat pelbagai sumber yang dapat membantu anda mengharungi proses ini, dan segalanya akan membuahkan pengalaman untuk anda. Anda akan belajar, berubah dan sesuaikan diri semasa proses pembelajaraan ini. Dari semasa ke semasa anda akan menjadi lebih baik sebagai ibu bapa Si Manja. Jangan bersikap terlalu keras terhadap diri sendiri jika anda melakukan kesalahan.
Anda juga harus mempunyai masa untuk diri anda sendiri seperti tonton wayang bersama pasangan anda dan cuba hobi baru. Si Manja memandang anda sebagai contoh. Oleh itu, anda tidak harus stress selalunya. Akhir sekali, ingatlah bahawa membesarkan Si Manja boleh menjadi sangat mencabar, namun jika anda sabar, ia akan membuahkan hasil yang sangat baik.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.