MyFeed Personalized Content
Selepas bersalin
Artikel
Add this post to favorites

Masa untuk Diri Sendiri

Mencari masa untuk diri sendiri. Selepas berminggu menguruskan Si Manja, beri masa beberapa jam kepada diri anda sendiri, pasangan atau kawan-kawan anda tidak bermakna anda mengabaikan Si Manja.

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

Mencari masa untuk diri sendiri. Selepas berminggu menguruskan Si Manja, beri masa beberapa jam kepada diri anda sendiri, pasangan atau kawan-kawan anda tidak bermakna anda mengabaikan Si Manja.

Jaga Diri Anda Sendiri!
Bukankah ianya memuaskan hati untuk mempunyai Si Manja dan dapat mencurahkan sepenuh kasih sayang kepadanya? Dapat menjadi ibu bapa kepada Si Manja yang comel adalah satu pengalaman yang teramat berharga. Tetapi, pengalaman ini tidaklah boleh didapati dengan mudah. Ianya perlu dibayar dengan sesuatu yang lebih berharga dari wang ringgit, iaitu masa, kesabaran dan juga tenaga. Dan sebab itulah, masa untuk diri anda sendiri amat penting.

Berikut beberapa langkah yang boleh anda ikuti:

Ambil Sedikit Masa untuk Diri Sendiri Setiap Pagi
Jangan mulakan pagi anda dengan terus membuat kerja-kerja rumah. Bangun lebih awal daripada Si Manja dan duduk tanpa bergerak untuk menghilangkan segala tekanan dan kekusutan yang melanda pemikiran anda. Antara cara yang terbaik untuk menenangkan diri anda ialah mendengar lagu yang beralunan lembut.

•    Beri Masa pada Diri Sendiri setiap minggu
Selain waktu kerja dan waktu di rumah, anda digalakkan untuk mengambil udara segar di luar.

•    Berjalan di taman pada waktu petang
Ini merupakan salah satu cara yang mudah untuk anda menghabiskan masa untuk diri anda sendiri. Tetapi kita tahu bahawa ia tidak ringkas kerana ia mermelukan komitken dari kita. Namun kita patut senaraikan manfaat-manfaat dan memberi motivasi kepada diri sendiri dengan melakukannya dengan rakan yang rapat.

•    Berjalan di pusat beli belah
Aktiviti ini boleh menjadi satu terapi bagi anda. Kadangkala idea untuk meluangkan masa di luar rumah boleh membantu anda mengendurkan minda anda.

•    Keluar mencari makan
Mencari makanan sihat yang dijual diluar dan menikmati waktu makan tersebut akan membantu anda untuk kembali bertenaga dan tenang.
 

Ingat, anda layak ambil sedikit masa untuk diri sendiri juga!

Apa yang disenaraikan di atas hanyalah sebagai cadangan sahaja, namun cadangan tersebut hanya boleh dilakukan jika pasangan anda bersetuju untuk memberi kerjasama. Kongsikan artikel ini bersama pasangan anda dan dia juga boleh melakukan apa yang anda lakukan, iaitu mengambil masa untuk diri sendiri.

Mulakan senaman sekali lagi
Senaman fizikal amat bagus untuk badan anda, dan ia membuatkan anda merasa lebih bertenaga, dan menghabiskan masa untuk sesuatu yang berfaedah. Anda boleh cuba untuk turut serta dalam aktiviti berkumpulan seperti yoga, aerobik dan juga kelas regangan otot. Fokus utama adalah anda dapat menghabiskan sedikit masa untuk diri anda sendiri. Namun sila berbincang dengan doktor anda jika anda berfikir untuk terus kembali bersenam sejurus selepas bersalin. Pastikan badan anda anda telah betul-betul bersedia sebelum anda kembali bersenam.

Bagaimana untuk melatih diri anda agar anda bersedia untuk bersenam
Latih otot abdomen anda dengan senaman ringan seperti berenang dan pergi ke gim. Mula dengan perlahan dan jangan paksa diri anda.

Masa anda adalah sangat berharga jadi anda perlu membuat aktiviti tersebut di kawasan yang berdekatan dengan rumah anda.

Menghabiskan masa bersama dengan pasangan anda

Beberapa sebab mengapa ini merupakan idea yang terbaik


•    Menjadi ibu bapa yang penyayang dan bertanggung jawab adalah cara yang terbaik
•    Keluar dari rutin harian sekali sekala adalah perlu - untuk membuang kekusutan yang melanda
•    Mendengar masalah dari ibu bapa lain juga penting, kerana ia boleh membantu kita dalam menangani masalah tentang Si Manja
•    Berkongsi masalah dengan rakan-rakan juga bagus kerana ia akan membantu kita dan melegakan perasaan.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.